Modesty

Assalamualaikum semua. Saya memakai jubah seluar 19 tahun dulu semasa interview dengan JPA.

Sebagai pelajar aliran sains dan agama daei sekolah harian, baru lepas spm dan belum kenal dunia. Saya beranikan diri kerana memakai seluar adalah sesuatu yang janggal bagi pelajar sekolah agama.

Jubah seluar tu saya tempah berharga RM70, tak termasuk harga kain dan berwarna maroon.

Pegawai yang interview saya waktu tu berkata walaupun kebanyakan pelajar akan memilih negara barat sebagai pilihan universiti mereka, tapi saya memilih negara asia timur sebagai pilihan pertama.

Untuk seorang yang berpakaian muslimah dan ke negara bukan muslim, bukan sesuatu yang mudah. He also impressed for my modesty. Alhamdulillah saya lulus temuduga tersebut walaupun ramai calon hebat-hebat.

6 tahun kemudian, saya memakai jubah seluar semasa job interview di salah sebuah negeri di negara matahari terbit.

Kali ini, jubah seluar yang saya pilih lebih nampak professional berharga RM200 lebih, yang dibeli di butik sekitar kota Kuala Lumpur sewaktu saya balik cuti summer.

I didn’t know that the interview session was recorded and was watched by top manager from both japanese company and malaysia branch.

Selepas saya join company tersebut, the bosses said that they were impressed by my modesty during the interview. Although I had spent 4 years in their country, it seems that I had my own originality and firm character.

They said, it shows no matter how difficult the situation is, I could face it in future. Mungkin asbab tu, saya lulus temuduga tersebut.

Bila ingat balik, how crazy I was. Budaya sana waktu job interview adalah formal attire. Untuk wanita adalah black suit. Huhu.

Tapi saya terpaksa. Saya tak boleh pakai kerana baju mereka selalunya short and cutting fit. Saya lebih selesa mencari baju yang labuh, tidak menampakkan bentuk peha dan punggung.

Walaupun saya hanya bersaiz M dan memang banyak saiz baju sana yang sebenarnya ngam dengan saya.

Dulu, semasa saya menjadi budak perempuan yang berumur 17 tahun, saya sentiasa berharap agar jubah seluar akan diterima pakai sebagai professional attire satu hari nanti.

Now it is widely accepted and the price is affordable. Ramai orang boleh pakai. Dan kebanyakannya bekerja. I’m so happy.

Di pejabat saya sekarang, boleh lihat pekerja memakai jubah seluar di mana-mana. Begitu juga bila bersiar-siar. Rasa tidak janggal dah berjubah seluar.

As I grow older, my taste also changed. Selalunya jubah seluar yang dijual sekarang adalah one colour, selalunya berwarna terang dan material lembut. Saya lebih menyukai material seperti soft blazer. Berwarna hitam atau earth tone sahaja. Susah nak jumpa sekarang.

Jubah seluar RM200 sewaktu job interview saya dulu berwarna kelabu, masih lagi saya simpan. Kainnya jenis soft blazer dan cuttingnya sangat cun, tidak ketat atau terlalu longgar. Saya simpan untuk anak je la, sebab mak nya sekarang dah berubah size. Hehe.

Disebabkan sukar mencari jubah seluar yang saya minat, saya beralih gaya pemakaian. Saya memakai seluar ala palazo dan berbaju kemeja labuh bila ke pejabat.

Susah nak cari kemeja labuh yang saya suka. Kerana ciri yang saya cari adalah mempunyai butang penuh di hadapan, lengan berbutang dan plain color. Sama macam top yang biasa dipakai dengan blazer, cuma ia lebih labuh.

Mulanya fashion ini janggal, tetapi sekarang saya lihat ada staff yang mula memakai fashion yang sama. Mungkin nampak lebih professional di situ. Huhu.

Saya juga suka bersukan. T-shirt sport labuh dulu susah saya nak cari tempat untuk tempah dan harganya sekitar RM50. Sekarang dah boleh cari di shoppe dengan harga sekitar RM30.

Dulu hanya perempuan bertudung bidang 60 yang pakai t-shirt labuh ni, sekarang sesiapa pun pakai t-shirt labuh ni asalkan selesa.

Saya dulu kurang gemar tudung bidang 60, saya akan cari bidang 55 atau 50. Sebab saya kurus dan saya rasa macam pakai kelambu kalau pakai bidang 60. Ha ha.

Tapi dulu tak banyak bidang tu. Sekarang dah banyak pilihan, begitu juga shawl. Saya suka shawl yang lebih lebar dan panjang 2m. Senang nak lilit. Dan boleh labuhkan ke bawah dada.

Tapi shawl yang murah-murah selalunya cutting lebih kecil dan pendek. Mestilah saya cari yang murah. Dan kadangkala shawl yang lebar dan panjang ni tak banyak pilihan jenis material dan agak mahal.

Semasa berumur 19 tahun, saya juga pernah memakai short sun dress dipadankan jeans jacket atau jacket yang lebih feminine untuk menutup bahu dan lengan, regular cut jeans bottom and sneaker. Semestinya dengan bertudung.

I was questioned by malay boy student, what kind of fashion is this? Tak pernah tengok dan dibuat orang. Ha ha.

Orang lelaki mana tahu, susah tau nak cari baju yang labuh dan longgar sikit kat negara sakura ni. But I always think I am okay, asalkan saya selesa dan cover apa yang patut saya cover.

Then the fashion was accepted and widely spread. Bila mana ada pelajar malaysia yang lain turut mengikut memakai gaya yang sama. Now I saw some influencer and model get the same fashion.

Semasa saya di universiti tahun akhir, saya lihat fashion di sana juga semakin labuh. Trend yang lebih modesty untuk anak muda. Cuma mereka gayakan dengan seluar skinny atau tidak berseluar.

Sekarang pun jika ke Uniqlo dah ada banyak baju labuh sedangkan dulu boleh kata janggal nak tengok fashion ala muslimah ni. Orang muda sana memang ada yang seksi, tapi ramai juga suka yang lebih simple dan modest.

Apapun, pakailah pakaian yang kita selesa. Seeloknya yang longgar dan tidak mengikut bentuk tubuh. Bertudung menutup dada.

Nak berfashion bagi saya tiada masalah selagi aurat dan prinsip asas dijaga. Niatkan semuanya kerana Allah, insyaAllah akan dikira sebagai ibadah.

Semasa saya di sana, saya akan pastikan pakaian saya sedia untuk solat kerana di sana tiada surau. Sekarang mungkin lebih convenience, dah banyak surau. Kami biasanya solat di tepi tangga, di dalam changing room, di taman atau di belakang drug store atau kedai.

Pernah waktu Covid, sewaktu pengguna di surau dan tandas dihadkan. Waktu solat subuh pula nak habis kerana ramainya orang beratur.

Lepas berwudhu, saya cari sudut yang tidak mengganggu, hampar sejadah, buka kasut dan terus solat. Tanpa telekung. Sebab telekung tertinggal. He he. Rasa macam kat bumi sakura pula.

Selepas Covid ni, saya lihat masyarakat Malaysia lebih terbuka untuk solat tanpa menggunakan telekung. Cuma pastikan pakaian kita mengikut prinsip menjaga aurat dan bersih. Longgar dan labuh. Sedia untuk menunaikan solat.

Kalau ada kedai-kedai yang sesuai dengan saya ni bolehlah recommend di comment ye..

– Alani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *