Moga Ada Bahagia Untukku

Hai semua pembaca. Selama ni aku hanyalah pembaca tegar dalam group ni. Seronok baca kisah dan pengalaman hidup masing-masing.

Ada yang boleh dijadikan pengajaran, ada yang lucu, ada yang jahat, ada yang baik. Pelbagai ragam manusia dapat dilihat kan.

Dan aku sangatlah tertarik dengan confession mengenai seorang insan bernama Aril. Korang ingat tak cerita dia pasal isteri yang mengidam bau ex tu? (https://iiumc.com/mengidam-bau-ex-iv/)

Hihihi.. kisah hidup dia lebih kurang aku je. Cuma ending tak sama… hahaha.

Ok aku nak confess satu pengalaman hidup aku yang aku pon tak tahu apa endingnya lepas ni. Aku nak guna nama Maya sebab bagi aku nama ni mencerminkan seorang yang kuat & baik.. Harap aku boleh jadi seiring dengan nama ni.. Haha..

Kisah aku bermula bila aku berkenalan dengan lelaki (suami aku sekarang ni) di alam maya. Alaaaaa masa ni famous dengan Friendster la, myspace la.

Aku selesa berkawan dengan dia. Sampai lah satu masa, aku further study di utara tanah air. Masa ni suami aku ni bekerja di selatan tanah air.

Hubungan kami berlalu dengan baik tanpa ada apa-apa masalah. Kami PJJ lama jugak. Jumpa pon masa semester break je. Selalunya aku akan naik bas, then dia akan pick up aku di satu terminal bas dan terus anta aku balik ke kampung.

Bagi aku, dia bertanggungjawab la sepanjang hubungan kami ni. Sampai la 1 hari, kami bertunang. Masa ni aku berada di tahun terakhir study. Miang kan.. hahaha.

Hubungan pertunangan kami diuji dengan hadirnya orang ketiga. Kami hampir putus tunang masa ni. Tapi dijadikan cerita, aku lah yang menang. So orang ketiga tu undur diri. Then kami pon berkahwin.

3 bulan pertama usia perkahwinan, kami diuji lagi. Orang yang sama dulu tu hadir lagi. Hahah.. Kuat rupanya jodoh mereka. Masa tu aku terpaksa libatkan family aku jugak.

Parent aku ni seboleh-boleh tak nak la terlibat dalam masalah rumahtangga aku ni. Cuma mereka sentiasa nasihat aku, bagi sokongan yang kuat untuk aku.

Tapi aku tak boleh nak berdiri sorang-sorang. So mereka terpaksa masuk campur. Sampaikan parent aku cakap dekat suami aku ni, kalua lah hubungan kami ni dah tak dapat diselamatkan, pulangkan aku ni kat mana dia lamar aku dulu. Setel cara baik.

Since then, suami aku lembut hati. So rumahtangga kami selamat. Lepas pada tu, kami diberikan rezeki ada anak sorang. orang ketiga tu pon dah jumpa jodoh dia dan dapat anak.

Aku ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Di usia rumahtangga kami nak masuk 7 tahun, aku diuji lagi. Perempuan yang sama hadir Kembali weh.

Korang boleh bayangkan tak apa yang aku rasa? Apa yang dalam hati aku ni? Fuhhhhh pecah wehhh jiwa raga aku. Hancur lebur. Aku nangis sentiasa masa ni. Pegi keje nangis, tengah buat keje dekat ofis pon nangis, uruskan anak-anak pon aku nangis.

Oh lupa nak cerita, masa ni suami aku ni kira senang jugak la. Dia keje yang selalu outstation. So jarang ada dirumah. Aku yang uruskan segalanya dirumah.

Semua ni jadi bila aku tergerak hati bukak fon dia. Memang dia pakai password. Selama ni kami tak pernah pon nak tukar tengok fon ke ape ke. Tapi hari tu, aku bukak fon dia. Password tu pon aku main bedal je, ehhh betul pulak.. Hahaha..

Berderau hati aku bila semuanya terbongkar. Selama dia pergi outstation, mereka selalu dating. Selama aku bersusah payah dekat rumah, mereka keluar dan check in. Gigil tangan aku masa tu.

Segala gambar keseronakan mereka di simpan dalam 1 folder. Aku tengok semua gambar tu. Sampai ada gambar yang aku pon tak sanggup tengok.

Nangis teruk aku masa ni. Sumai aku yang baru siap mandi tu pon tergamam bila tengok aku nangis sambil pegang fon dia. Aku mintak penjelasan, tapi dia hanya mampu diam. Sebutir kata pon tak terluah dari mulut dia. Aku mintak izin nak keluar tenangkan hati.

Aku capai kunci moto, aku terus keluar tanpa arah tuju. Mana aku nak pergi entah masa tu. Otak tak boleh nak berfikir dah. Tup tup moto aku stop kat tepi tasik. Aku stay kat tasik tu sorang- sorang.

Tak lama lepas tu, dia mesej aku, suruh balik. Kalau aku tak balik, nusyuz katanya.. Uwaa…. So aku pon balik la. Dia ni tahu, aku ni seorang yang amat mendengar cakap. Aku tak pernah bangkang apa pon yang dia cakap.

Then, malam tu kami bincang dari hati ke hati. Dia mintak izin untuk kahwin lain. Lagi la aku nangis masa ni. Haha.. Aku tahu dia tak kan mampu untuk berlaku adil.

Aku buat keputusan, aku tak setuju poligami ni. Aku nak dia buat pilihan, antara dia ataupon aku. Dia tak boleh nak buat pilihan tu. Dia nak dua dua.. hahaha.

Aku tanya dia, apa salah silap aku, apa kurangnya aku. Dia hanya mampu diam. Aku ni takde la sampai meroyan sorang-sorang.. Haha…

So bila otak aku dah berfungsi dengan waras, aku ambil keputusan untuk confront dengan wanita bertuah yang bertakhta di hati suamiku itu. Kami berjumpa 2 orang. Bincang secara baik. Aku tanya kenapa hubungan mereka masih wujud. Korang nak tau tak apa jawapan wanita tu?

Dia cakap “sebab kami tak boleh hidup tanpa masing-masing’. Mereka saling mencintai walaupun masing- masing dah punyai kehidupan keluarga sendiri. Masa ni pon Wanita tu ada anak kecil yang masih menyusu badan. Korang boleh imagine tak situasi ni?

Aku ni geram ada, kesian ada, lucu pon ada. Aku minta dia undur diri sebab suami aku taknak lepaskan aku. Aku tak mampu untuk berkongsi kasih. & suami aku pon tak kan mampu dari segi kewangan dia untuk berpoligami.

Ada satu masa tu, anak aku warded di hospital.Masa ni aku tengah bergaduh dengan suami aku. Aku juga tak boleh nak lari dari meeting pada waktu tu. Tapi disebabkan anak, aku shoot juga ulang alik dari ofis ke hospital untuk jaga anak aku.

Perjalanan yang selalu mengambil masa sejam, masa tu aku buat setengah jam je. Lepas anak tidur, aku shoot ke ofis semula untuk meeting. Kalaulah aku mati eksiden masa tu, aku takt ahu la apa akan jadi kat anak2 aku. Ayahnya tengah mabuk bercinta.. Haha.

Dipendekkan cerita, hubungan cinta tiga segi ni berakhir dengan aku kekalkan hubungan dengan suami & anak-anak. Wanita itu tetap dengan suami & anak-anak dia jugak.

Selepas dari itu, kami teruskan hidup seperti biasa. Tapi aku tak dapat pon rasa kebahagiaan tu. Aku dan suami amatlaha jarangggg sangat bercakap. So komunikasi 2 hala ni jarang sangat terjadi.

Kalau nak bincang pasal anak-anak, kami lebih selesa berhubung melalui telefon bimbit je walaupon pada masa tu dua-dua berada di rumah… hahaha.

Kadang-kadang aku cemburu tengok hubungan orang lain. Mesra dan bahagia je nampak. Tapi aku ni pula pendam segala perasaan tu. Bila aku nak bermanja ataupun bermesra dengan dia pon, dia tak kan layan.. Hahaha.

So macam aku ni cakap dengan dinding je la jawabnya. Tapi aku masih sabar, aku masih senyum je. Bila hati aku ni rasa yang bukan-bukan, aku akan banyakkan zikir nabi yunus, selawat. Untuk tenangkan hati aku.

Kalau dia rasa dia nak marah ke, nak maki hamun aku ke, direct je dia bagi. Even depan kawan ke, depan orang ke, selamaba dia je. Tapi aku masih diam je dia buat apa-apa pon kat aku.

Aku hanya mampu berdoa agar Allah lembutkan hati dia. Buka hati dia untuk terima aku ni sebagai isteri dia seadanya sebagaimana aku terima dia sebagai suami aku seadanya.

Aku pon tak tahu kekuatan aku ni dating dari mana. Selama aku hidup ni, sebelum berkahwin, aku ni seorang yang manja, lembut hati. Tapi lepas kahwin, aku jadi keras hati, pemendam. Aku telan semuanya. Bila aku rasa tak tertahan lagi, aku akan nangis je la.

Tu je lah pon cara aku nak luahkan. Aku ni seboleh-boleh tak nak orang keliling mahupun family tahu pasal masalah dalam rumahtangga aku. So aku akan tunjuk segala yang baik-baik je. Tapi di sebalik senyuman aku, gelak tawa ku, memendam pelbagai perasaan.

Aku buntu. Aku tak tahu nak buat macam mana lagi untuk aku rasa bahagia tu. Aku menginginkan hubungan rumahtangga yang saling lengkap melengkapi. Bukan hanya dari sebelah pihak sahaja.

Aku tak tahu apa yang ada dalam hatinya. Siapa yang ada dalam hatinya. Adakah Wanita itu masih bertakhta dalam hatinya?

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *