Tak lama lagi nak Raya. Tak sabar rasanya nak ber hari raya dengan keluarga tercinta. Tahun ni giliran beraya di rumah mentua.Ada beberapa perkara yang aku rasa tak patut dibuat bila beraya dirumah orang tua kita..
Suamiku ada 9 orang adik beradik,semua perempuan kecuali suami yang bongsu lelaki,dengan masing masing ada anak 3-5 orang.Semua tinggal berhampiran dengan rumah mentua,dalam lingkungan setengah jam perjalanan dari rumah mentua.Cuma aku dan suami tinggal paling jauh dari mereka,perjalanan dalam 4 jam untuk pulang.
Bayangkan kalau semua berkumpul, ramainya,belum campur budak2.Bila raya semua ipar ipar akan pulang beraya kerumah mak mereka kerana mereka semua tak de mentua.Untung kan..haha.
Antara yang tak patut dilakukan atau perlu dilakukan
1) Disebabkan rumah mereka tak jauh dari rumah mentua,apa salahnya masak la dulu kat rumah,rebus la ketupat segera,masaklah rendang ayam sekor,buat lah sambal kacang sikit atau apa apa juga lauk raya.Bawaklah datang ke rumah mak ..bila semua anak anak bawak lauk raya sorang sikit,tentu meriah.Ada juga menambah nambah lauk raya,takkan nak harapkan mak masak rendang ayam 2 ekor untuk korang anak beranak makan..ingat cukup ke..makan time buka dh abis tak sempat tunggu raya esoknya..Janganlah kedekut sangat nk keluarkan duit.Yang nak makannya korang anak beranak juga.Ni semua ipar datang bawak perut dan bontot je..tak nak langsung berkongsi rezeki..masing masing cakap pandai jangan berkira dengan adik beradik..tapi korang sendiri yang berkira..asyik berharap kan orang lain yang menyumbang tapi sendiri sumbang apa pun takde..Aku?
Aku pernah beberapa kali bawak balik lauk raya,beria masak sebelum balik kampung dengan harapan nak kasi semua rasa lauk raya aku,malangnya aku dikecam,kononnya lauk yg aku masak tak mencapai tahap standard masakan mentua,ini tak kena,itu tak sedap,padahal masakan mentua bukan sedap sgt pun,biasa biasa je,pada tekak diorang mestilah sdap sebab dari kecik dh makan masakan mcm tu..tapi aku rasa takperlu lah smpi memeperlekehkan masakan aku ,masing masing punya cara gaya memasak yang berbeza,raikan lah perbezaan seadanya..Sudahnya suami cakap takpayah la bawak apa2..nanti hati sakit sebab kena kecam..haha..aku ikut cakap suami tak bawak apa2 masakan tapi aku dan suami akan belikan barang2 extra,ayam extra,daging.Siapa yang nak masak tu terpulanglah..haha..sebab kalau aku masak tak menepati selera diorang.
2) Datang awal rumah mak memang bagus,tapi kalau datang tak buat apa apa baik tak payah datang.Setakat datang awal,duduk2, umah mentua tu bukan besar sangat,setakat kemas sikit sekejap je..yang bagusnya tolong la mak masak..ni masing2 duduk ngadap hp,tak pun ngadap tv..Aku? Dari awal masuk family ni,aku selalu juga ringan ringankan mulut tanya mentua nk tolong apa ni mak..3 kali tanya..jawapan mentua ” takpe..biar mak buat sendiri”.Sudahnya aku cuma tengok dia masak sambil layan dia borak.Tak pasti kenapa dia tak sudi aku tolong ke atau taknak susahkan menantu ke atau dia nk buat semua sendiri.Begitu juga time Raya,dia akan masak sendiri semua,dah la tak berapa sihat,tapi still gigih nak memasak.Aku masih juga tak diberi peluang nak menolong walau dah offer diri banyak kali.Ipar ipar aku mcm biasa,memang tak ada yang menolong kat dapo..entah apa diorang buat aku pun tak tau.
3) Sebelum balik jangan lupa bawak balik pampers anak2 korang,jangan tinggalkn je dlm bilik air,takde orang gaji yang nak tolong buangkan.Ko bayangkan kalau semua tinggalkan pampers dlm bilik air….balik mcm tu aje..sudahnya mentua yang buangkan pampers tu..takmalu ke..tu pampers anak korang..takkan nak suruh mak pak yang buangkan..Aku? Pampers anak aku mmg ku buang dlm plastik sampah lain,tak campur dalam plastik sampah yg sama dengan diorang sbb senang nak buang.Tak kuasa aku nak kumpul banyak banyak.
4) Raya setahun sekali apa salahnya kumpul satu keluarga RM 50,ada 9 beradik dah dpt RM 450,boleh la topup barang dapo umah mak,beli apa yang patut,dah kita datang cuma bawak bontot dan perut,takkan nak sumbangkan RM 50 untuk parents sendiri pun berat,RM 20 satu family untuk duit bil api air,ko ingat datang rumah tu nak free aje semua,pakai apa yg ada kat umah.Itukan rumah mak ayah kita,biar beradab datangnya dan jangan pula menyusahkan…bil api air tentu naik bila dah ramai yg balik,jadi apa salahnya sumbangkan sikit..kata nak jadi anak yang berbakti..
5) Dah tau rumah mak tu kecik,tkde bnyak toto,selimut,ko dtang tu bawaklah sekali toto ke,selimut ke untuk ko anak beranak.Kan datng naik kereta,bukan jalan kaki,apa salahnya bawak,sendiri juga nak pakai.Ni pakai semua selimut kat rumah mak lepas tu nk balik tinggalkn gitu je..ko pikir ada orang gaji nak basuhkan? Kalau nk pakai,sebelum balik pastikn basuh dulu,g la basuh kat dobi..kan senang.Jangan nak menyusahkan mak bapak.Toileteris pun jangan lupa bawak,kalau dah ramai ramai guna barang kt rumah tu..abis la semua ..nanti orang tua tu nak pakai ubat gigi pun tak ada.Benda yang macam remeh tapi sebenarnya kalau kita tak ambil peduli akan menyusah kan orang tua kita tanpa kita sedar.Baju baju korang anak beranak pun bawaklah balik,jangn dilonggokkn dalam bakul baju mak,nanti dia kena basuh semua.Patut ke dah beranak pinak baju pun mak kau yang basuhkan.
6) Kalau nak buat open house,silalah dapatkan khidmat katering atau masak sendiri.Jngan menyusahkan mak suruh masak itu ini.Dengn alasan masakan mak sedap.Sedap kat tekak kita belum tentu sedap kat tekak orang lain juga.Tu alasan orang pemalas.Dahla suruh mak masak,duit langsung tak bgi,barang langsung tak belikan,datang tolong pun tak,main order je.Mak pulak jenis tak reti nak kata NO,kesian kan anak punya pasal sanggup la masak walau kaki sakit,tapi terdengar juga keluh kesah penatnya memasak.Tu nk dikira apa,takkan nk tunggu mak.cakap taknak baru korang nak hentikan semua ni,sebagi anak tak terpikir ke untuk tak memyusahkan mak bapak kita.
Moga kakak2 ipar aku baca confession ni,sebab diorang memang kaki socmed.Banyak masa nak bersosial di media.Aku bukan tak pernah bagi cadangan pada kaklong,sebab dia yang sulung dan ketua semua,tapi dia pun perangai sama je.Alasannya,diorang adik beradik bukan org senang,sebab tu cadangan aku utk collect RM 50 time raya dan RM20 utk bil api air ditolak.Alasan yg aku langsung takleh terima.Alasan lain ialah mak dan abah tak bising pun,kenapa pulak aku yang beria nak bg cadangan mcm2.Aku cuma kasihan kat mentua,sebagai anak kalau kita tak mampu bagi kemewahan pd mereka,cukuplh dengan jangan menyusahkan mereka.Mereka tak tau pakmentua selalu menceritkn keluh kesah nya pada aku tentang belanja rumah yang tak cukup sebab perangai anak anak yang tk bertimbang rasa.( pakmentua rajin bercerita dgn aku,sbb mumgkin aku rajin melayan dia berbual sebab katanya anak anak dia semua tak mau berbual dgn dia).Takkan aku nak bagitau apayang pak mentua cerita pd ipar ipar ku.Itukn hal mereka anak beranak,aku cuma orang luar.Jadi aku bg cadangan dgn harapan ipar ipar terpikir..
Aku memang bukan menantu yang baik,banyak kekurangan,dpt jenguk mereka sebulan sekali je,bagi duit pun ikut mana yang termampu tapi sejahat jahat aku tak sampai hati nak hambakan mentua sendiri,cuma mampu membantu apa yg termampu dengan cara aku.Untuk ipar ipar ku semua,kalian selalu upkan di social media nak anak anak menjadi nak yang berbakti,tanpa sedar kalian tak menunjukkan contoh yang baik pada anak2.
Untuk semua,elakkan lah dari jadi anak yang tiada ehsan pada ibu bapa kita.Yang mana baik ambillah jadi teladan.Yang mana buruk buang jauh jauh.Kadang kita rasa kita dah cukup berbakti pada orang tua kita tanpa sedar sebenarnya kita menyusahkam mereka.Yang mana nk kecam aku,kecamlah..korang takde kat tempat aku,korang tak tau mcm mana kasihannya aku melihat mentua melayan kerenah anak anak yang tak ber timbang rasa.
– Menantu yg tak dianggap
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit