Moga Allah Dengar Rayuanku

Assalamualaikum aku tulis confession ni untuk minta semangat, pendapat dan petua. Nama aku Ana, sudah berkahwin 3 tahun dan belum mempunyai anak. Tiap hari aku tengok berita pasal buang anak,dera anak dan abaikan anak. Berita tu buat aku rasa marah rasa geram sebab orang-orang macam itu tidak tahu macam mana kami usaha untuk dapatkan zuriat.

Pagi tadi aku cuba test UPT (Pregnancy Test) akan tetapi result masih gagal. Nasib baik suami masih lagi positive. Masih lagi cakap takpe. Sebab dy cakap awal lagi untuk test sebab belum late lagi. Aku rasa down, give up dan dah tak boleh nak gambarkan perasaan tu. Yep, ada yang lebih lama dari kami, hanya Allah sahaja tahu macamna perasaan kami yang ber ttc ni.

Last week dengar adik yang baru nikah, dah start late period. Lagi lah mood jadi down and kelaut. Kadang- kadang down yang sampai rasa doaku belum di pandang Allah. Yep aku kene percaya qada dan qadar Allah, tapi dari hari ke hari, aku makin tiada kekuatan. Aku insan yang lemah. Tentang rawatan, jangan kata ubat- ubat yang konon boleh hamil cepat je aku pernah try, tapi follow up doctor juga (dalam rujukan) dan berurut. Duit habis banyak tu biasa bagi kami yang berttc ni. Nak dapat anak punya pasalkan.

Kadang-kadang aku sampai fikir beruntung orang yang solat berlubang-lubang tapi Allah bagi zuriat cepat. Itu pon kadang masih ada tak bersyukur dan tidak faham Allah dah bagi nikmat & ujian tu untuk kita beribadat lebih pada Nya. Walaupon sebenarnya mereka adalah antara orang yang rugi.

Aku juga faham, anak itu juga ujian, dan segala yang kita ada ni jugak ujian. Cuma kadang-kadang hati ni terdetik rasa sedih sebab tengok rezeki orang lain. Sebab tak semua orang sekeliling kami ni yang faham perasaan kami. Moga aku terus kuat untuk hadapi ujian ini dan mohon doakan kami supaya cepat dapat zuriat kami sendiri. Terima kasih

– Ana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *