Hello! Nama aku Selena, 27, anak sulung dan masih bujang. Dalam hati korang mesti dah agak “Ahh, ni team single lah ni nak meluah rasa indahnya hidup single.” Hahaha. Not really. Ini cuma pandangan peribadi aku dan juga persoalan kepada pembaca page ini. By the way, I love love love this page. Postings semua sleek and clean and the admins really make sure they post up the good ones untuk dijadikan tauladan. Sebelum itu, Selamat Hari Raya semua! ;)
Tidak dinafikan kadang kala aku sedikit mencemburui rakan-rakan yang sudah berkahwin dan menimang cahaya mata yang comel. Memang naluri manusia, kita inginkan norma kehidupan yang sudah ditetapkan dari zaman dahulu lagi, iaitu bersekolah, bekerja, dan berkeluarga. Keluarga aku juga sering menanyakan soalan “bila” tetapi kedua ibu bapa aku jenis tidak mendesak lagi-lagi pada zaman moden masa kini. Aku sendiri pula mewujudkan rasa fobia dalam diri. Mana tidaknya, baca sahaja laman KRT sudah cukup membuat aku berasa seakan takut untuk berkahwin sekiranya mendapat pasangan yang tidak betul. Pengalaman kawan rapat mahupun sepupu yang sudah bercerai juga menyumbang kepada rasa fobia itu. I guess that is just my way of protecting myself from getting hurt. Memang aku pernah bercinta, bahkan bertahun lamanya dan bekas teman lelaki juga not too bad, tapi semua tak menjadi. I never get that feeling of “oh, this is the one”. Jodoh aku tersesat lagi nih. Hahaha.
Persoalan-persoalan aku kepada pembaca yang sudah berkahwin pula, banyaaak! Kadang-kadang bila aku terbaca luahan hati mereka yang tidak bahagia dalam perkahwinan, I have a lot of WHYs. Lepas kahwin banyak sangat yang diadunya. Kenapa tidak benar-benar mengenali hati budi sebelum kahwin? Sebagai manusia, kita mempunyai naluri dan firasat. Sekiranya mendapat naluri yang tidak selesa mengenai pasangan, kenapa masih diteruskan?
Aku selalu menasihati diri aku agar berhati-hati. Yelah, kita berkahwin biar sekali. Jangan sembang pasal kahwin 4 ye abam-abam sekalian. Hashtag sistur tak suka kongsi Aku pernah berkawan selama 5 tahun, dan aku rasa aku kenal sungguh baik buruk ex aku tetapi aku tetap was-was. Sebab, seeloknya lambat dari mendapat yang tidak benar or prevention is better than cure.
Paling kasihan yang sudah mempunya anak-anak kecil. Lagi-lagi para isteri yang tidak bekerja dan mengharapkan suami tapi suami harey tak boleh pakai. Jadi aku rasa wanita zaman ini perlu memodifikasikan hidup mereka dengan memastikan mereka mempunyai wang sendiri. Minta jauh kes suami curang etc, bagaimana jika ajal suami sampai awal? Siapa yang akan menanggung anda anak beranak?
Ni nak masuk topik hot masa kini. Yang gatal tak boleh blah pergi kacau suami/isteri orang. Why do you feel that is it okay to do so? Apa rasa anda andai bapa atau ibu anda berskandal? Tapi topik ini sangat subjektif dan taboo untuk dibincangkan. Kalau untuk dibuat gossip, cepat je! Aku bekerja di persekitaran yang lebih banyak lelaki dari perempuan dan tidak dinafikan mereka ini berpendapatan lumayan, tetapi aku sentiasa mengingatkan diri aku agar tidak terjebak dengan skandal “hak milik orang” ini sebab aku percaya jahat yang kita buat, jahatlah yang akan kita dapat. Tapi jap lagi ada lah yang bagi komen “jodoh itu ditentukan oleh Tuhan”. Ye, betul. Tapi sekiranya “jodoh” anda dengan suami/isteri orang itu sebenarnya merupakan dugaan Tuhan kepada mereka and you’re just the extra actors, macam mana pula? Hahaha.
Life is really complicated and all we are doing is trying to survive. Yet, none of us will get out alive. Sad? That’s life. Apa yang kita semua boleh buat adalah untuk melakukan yang terbaik untuk diri kita dan orang di sekeliling kita dan berharap agar sepanjang proses itu tiada yang akan terluka. Ceewah, boleh buat lagu tak? ;p
Aku doakan agar dunia ini lebih aman dan mudahan manusia lebih berperikemanusiaan. Dengan banyaknya kes bunuh etc zaman ini, this world seems like a scary place to live in. Agree? Minta maaf andai penulisan aku tiada tauladan yang diperolehi. Sekadar ingin meluah rasa hati yang single ini. Till next time, bye!
– Selena
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit