Moga Syurga Buat Beliau

Assalamualaikum. Aku AS (bukan nama sebenar). Sebenarnya aku banyak kali berfikir untuk luahkan atau tak di page ini. Tapi, aku tak tahu nak luahkan pada siapa memandangkan tiba-tiba aku terbangun dari tidur dan aku memang jenis manusia yang tak menceritakan perasaan dan masalah aku pada orang lain walau dengan kawan baik sekali pun.

Memandangkan medium ni tiada siapa yang tahu identiti aku jadi aku fikir bolehlah aku kongsikan Kisah ni moga jadi teladan buat semua. Ini cerita tentang Al-Marhumah mak cik aku..

Ketika aku tengah menaip ni, macam-macam yang aku rasa. Menangis, tersedu dan terharu.

Beberapa bulan lepas, mak cik aku meninggal dunia. Mak aku salah seorang ahli keluarga terdekat yang sangat bersedih atas kehilangan beliau. Aku dan adik beradik lain pun sedih juga tapi aku tau deep down inside mak aku lah manusia yang paling sedih atas kehilangan beliau.

Baru-baru ni aku dan mak balik kampung melawat kubur beliau dan suami serta anak beliau. Aku tengok mak aku sebenarnya masih lagi sedih sebab mak aku merupakan adik beradik yang paling rapat dengan Al-Marhumah.

Untuk pengetahuan pembaca, Al-Marhumah semasa hayat nya selalu mederma, buat baik dengan orang, hafaz Al-Quran dan banyak lagi kebaikan beliau yang sebenarnya aku sendiri tak tahu. Bila beliau meninggal, orang-orang terdekat seperti ahli keluarga beliau dan orang masjid cerita kan kebaikan beliau yang salah seorang penyumbang derma ke masjid. Dan yang paling tak sangka, sebelum akhir hayat beliau, beliau telah menyerahkan tanah pusaka beliau kepada mak aku.

So, para pembaca boleh nampak tak pertalian erat hubungan beliau dan mak aku.. Sebenarnya, aku tak sangka pun yang beliau akan serahkan tanah beliau pada mak aku. Apatah lagi mak aku langsung tak terfikir yang beliau akan menyerahkan tanah pada mak aku. Betapa kasihnya beliau pada mak aku. Masa beliau meninggal dunia, muka beliau memang nampak tenang dan bersih je.. Ya Allah, mulia betul hati mak cik aku.

Masa aku balik dari kampung dengan mak aku, terbuka lah satu demi satu cerita tentang kebaikan beliau yang membuatkan aku tersentuh dan berkaca-kaca mata aku masa dengar cerita dari mak aku.. Aku tahan air mata dari jatuh sebab tengah memandu masa tu.

Untuk pengetahuan pembaca semua, beliau mak cik yang tak kedekut dengan keluarga aku, masa aku sambung belajar, beliau ada juga menghulur Wang untuk perbelanjaan aku kat universiti. Beliau lah juga antara mak cik yang pernah melawat aku di University. Beliau juga mak cik yang bila kami balik kampung akan sambut kami sekeluarga dengan meriah dan cium aku bertalu-talu bila jumpa. Aku pula jenis manusia yang rimas bila orang cium aku bertalu-talu.

Ada sesekali tu aku mengelak dari kena cium bertalu-talu kat pipi. Beliau perasan aku tak selesa. Lama-lama beliau dah kurang cium banyak kali kat pipi aku. Tapi masih cium kiri kanan. Bodohnya aku sebagai anak buah yang tak perasan kasih sayang mak cik aku pada anak buahnya sendiri. Bodohnya aku tak menghargai orang yang sayang aku dengan keluarga aku. Bila aku baru tahu waktu ni, aku rasa ralat sebab tak banyak balas jasa dan kebaikan mak cik aku.

Jadi sewaktu pulang dari kampung, mak aku cerita macam – macam kebaikan Al-Marhumah mak cik aku dan kebaikan mak cik yang masih hidup lagi. Aku tanya mak aku, kenapa sebelum ni tak pernah cerita pasal ni. Mak aku cakap sebab aku tak tanya. So, buat pembaca semua cuba nanti tanya pada mak Kamu semua tentang kehidupan mak – mak Kamu dan orang yang selalu berbuat baik dengan keluarga kamu. Jangan jadi macam aku, tak sempat nak balas kebaikan mak cik aku.

Aku sedih gila. Seriously sedih. Hilang satu doa daripada mak cik aku yang seorang ni. Ahli keluarga mak cik aku cerita yang mak cik aku selalu mendoakan mak aku dan keluarga kami. Ralat sungguh aku tak sempat nak balas kebaikan mak cik aku. Sebenarnya banyak lagi yang aku nak cerita, tapi tak mampu nak luahkn.

Btw, aku masih bujang dan fokus utama aku buat masa ni nak balas jasa mak aku dan mak cik aku yang lain. So, aku tak terfikir lagi nak cari pasangan hidup. Bagi yang selalu sibuk tanya orang single bila nak kawin tu, cukup lah tanya sekali je bukan berkali-kali. Sebab setiap orang matlamat hidup lain-lain. Fokus aku sekarang nak membahagiakan mak aku dan nak bawa mak aku pergi umrah.

Tolong doakan aku dan mak aku dimurahkan rezeki. Tolong doakan aku dapat bawa mak aku pergi umrah dan dapat balas jasa orang sekeliling aku. Dan paling penting tolong sedekahkan Al-Fatihah buat Al-Marhumah mak cik aku. Semoga syurga buat beliau dan semoga kami semua dipertemukan di syurga. Amin. Terima kasih.

– Cik AS

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *