Moga Terus Tabah II

Untuk part I, (https://iiumc.com/moga-terus-tabah/).

Assalamualaikum & terima kasih aku dahului atas penyiaran confession ini. Kali ini aku cuba kongsikan antara usaha aku untuk terus melangkah setelah buta sejak dewasa.

Mungkin kalian beranggapan aku ni jenis lelaki yang cepat sensitif atau mudah mengalah bila baca confession aku yang pertama.

Itu hanyalah sekadar coretan hati aku sebagai manusia biasa. Akan ada masa sunyi, sedih, duka. Ada masa gembira, bersemangat, gila-gila. Jadi secara lahiriahnya aku ni jenis yang crazy go lucky. Hehehe…

Aku pernah tulis yang tahap penglihatan aku masa tu beransur dari celik kepada rabun kepada rabun teruk dan akhirnya buta sepenuhnya. Tapi beransur-ansur bukan dalam sekelip mata.

Aku mulakan dengan pengalaman aku masa tahap penglihatan aku rabun / rabun teruk. Jadi masa ni aku masih boleh berjalan macam biasa di luar.

Cuma akan ada sedikit masalah pada tempat yang kurang pencahayaan / malap. Mata masa tu akan nampak bayang-bayang dan tak jelas objek apa yang ada di sekitar.

Pernah jatuh longkang. Pernah langgar tiang. Pernah langgar pokok. Sebab masa tu tak belajar lagi kemahiran menggunakan tongkat putih di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB). Hehehehe..

Masa tu pun berlaku konflik dengan orang lain. Sebab orang tengok secara fizikal mata aku ni elok. Tak ada kecacatan apa.

Tapi masalah mata aku ni berkaitan dalaman mata. Memang tak nampak punya kesan buta kalau dilihat secara luaran. Tu yang orang ingat aku ni pura-pura langgar sesuka hati.

Tu belum lagi masa tercari-cari barang di kedai. Nampak objek. Tapi tak tahu apa benda secara terperinci. Memang akan berlaku banyak salah faham, salah tanggapan, miscommunication juga la.

Bila nak baca buku atau surat khabar kena guna kanta khas. Kanta ni boleh dapat melalui hospital yang ada kepakaran bahagian oftalmologi melibatkan mata.

Nanti doktor akan uji dan syorkan kanta yang sesuai dengan tahap penglihatan masa tu. Boleh juga beli kanta jenis elektronik macam boleh kontras warna, boleh zoom, boleh dibawa ke mana-mana.

Masa mata aku dah beransur semakin teruk, barulah usaha untuk belajar asas kemahiran hidup orang buta di MAB. Aku berhijrah dari negeri asal aku ke KL untuk belajar jalani kehidupan yang lebih baik walaupun di negeri sendiri ada persatuan orang buta.

Aku belajar kemahiran guna tongkat putih berjalan dalam bangunan, melintas jalan raya, pergi kedai makan, naik LRT, pusing-pusing sekitar Brickfield.

Belajar menaip guna mesin braille. Belajar baca tulisan braille. Belajar komputer dan smartphone guna screen reader. Belajar berkawan dalam dunia orang buta. Belajar tackle awek rabun / buta. Hehehehe….

Selesai program pemulihan masa tu, aku sambung pengajian di universiti. Masa ni mata memang dah buta la ya.

Cabaran memang hebat juga sebab bergerak solo. Belajar berkomunikasi minta tolong rakan / orang sekeliling untuk sesuatu urusan. Contoh nak bergerak dari asrama ke tempat kuliah.

Dari satu bilik kuliah ke bilik kuliah yang lain. Belajar salin nota guna komputer atau rakam audio. Belajar siapkan assignment dan cari bahan guna komputer.

Lepas tu belajar minta tolong rakan-rakan atau sukarelawan bacakan bahan buku atau softcopy gambar rajah / jadual / peta minda.

Memang tak mudah la juga perjalanan tu sebenarnya. Dalam bersabar pun dah banyak kali nak give up. Sebab tak semua yang aku nak buat tu akan tercapai dengan jayanya. Layan jer la kan~~~ Kalau stress, aku banyak tidur.

Dah masuk alam pekerjaan ni aku tekad nak kerja di KL. Sebab? Aku suka bergerak sendiri tanpa terlalu bergantung kepada orang.

Contoh, aku nak pergi solat Jumaat di masjid. Aku naik LRT dan turun di stesen LRT yang mudah untuk jalan kaki ke masjid. Senang kan? Tapi andai aku di negeri lain, takkan nak harap setiap masa orang bawa ke hulu ke hilir?

Akan ada masa orang lain ada urusan peribadi yang tak dapat dielakkan. Dan akhirnya kita tetap perlu usaha sendiri.

So, aku fikir daripada aku call sana, call sini, call situ tapi berakhir dengan tiada apa-apa hasil, lebih baik aku pilih satu tempat yang aku boleh berdikari sendiri walaupun bukanlah sepenuhnya. Asalkan bahagia. Soal jauh dari family tu tak ada apa sangat nak dirisau.

Pesanan untuk diri aku sendiri dan untuk rakan-rakan OKU Penglihatan yang buta dewasa atau buta masa kecil. Pandai-pandai bawa diri kalau nak teruskan kehidupan yang lebih baik.

Sampai bila nak family uruskan semua hal kan? Setakat dihina, diejek, dipulau, disisih. Itu asam garam kehidupan kalau nak lebih matang dan berjaya. Come on! Be strong, man!

Apa yang aku buat kalau bosan? Antara aktiviti aku setakat ni aku layan baca IIUM Confession BM di FB ni. Hahahaha….

Sambil-sambil online youtube, nyanyi kat sing smule, buat senaman sikit, edit audio, edit video, dengar anime yang English atau BM.

Pasal jodoh? Aku malas dah nak fikir dan malas nak mencari bila dah masuk fasa umur 30.

Dulu memang aku bersemangat nak cari dan nak jaga perempuan yang aku sayang. Tapi sekarang aku rasa bahagia la juga bila single ni.

Untuk perancangan hidup masa depan? Aku nak kumpul duit dan buat umrah kalau ada rezeki & peluang. Lepas tu nak travel ke Jepun, Korea, UK, Vietnam, dan beberapa tempat lagi.

Ok, sampai sini saja luahan hatiku. Moga aku terus diberi ketabahan mendepani cabaran hidup seterusnya walaupun buta dan single. Hahaha…..

– ahmadyazid678 (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *