Assalamualaikum. Ingin aku kongsikan sedikit tentang perjalanan hidupku mencari rezeki Tuhan. 3 tahun dahulu aku adalah lepasan ijazah universiti awam. Alhamdulillah, pencapaian aku dalam pelajaran maintain. Aku bukanlah top student akan tetapi tidak juga pelajar tercorot.
Ibuku seorang ibu tunggal, tidak bekerja. Aku punya adik yang masih bersekolah. Pendek kata, aku merupakan sumber pendapatan utama keluarga kini.
Sejak 3 tahun lalu, aku tidak pernah berhenti mencari pekerjaan dalam bidang kejuruteraan. kerana bagiku ia adalah pekerjaan yang mampu memberikan aku gaji yang lebih baik kerana kelayakan sijil belajar aku dahulu.
3 tahun bukan singkat, bukan mudah. Setiap hari gagahkan diri mencari sesuap nasi untuk makan diri dan keluarga. oh ya, gajiku sekarng 1100 sebulan dan masih menghitung setiap perbelanjaan hingga hujung bulan.
Job fair? Jawatan kosong? Indeed? Telegram? setiap hari aku scroll mencari peluang yang ada. 3 tahun aku ulang rutin yang sama. Pencapaian terbaik aku, ialah peringkat interview untuk jawatan dalam LHDN. Itu pun gagal. Setelah aku berhempas pulas, jawap exam, ujian fizikal, pergi interview. Aku tetap gagal. Bukan murah untuk aku jejak kan kaki ke KL semata mta untuk hdir ujian dan interview. Kos pengangkutan, tempat tanggal. Nak makan bulan2 pun sendu. Ini kan nak tampung pergi KL.
Cuba bayang bila check result dan keputusannya gagal. Allah je tahu. Nak mengadu pada mak aku xsanggup. Dia bergantung padaku. Melihat wajahnya tiap pagi, kadang buat hati aku pilu. Sampai buntu aku fikirkan, cara nak keluar dari kemiskinan ni. Aku tak ada kekasih pun. Aku tahu belum layak. Makan sendri tak tertanggung, nak tanggung anak orang.
Tiap hari aku cuba cara baru perbaiki diri. makin kenal Tuhan. hadiri kelas ilmu. Sekurang2 nya andai aku pergi hari ni, ada sedikit bekalan yang aku usahakan. Sebab aku memang dah nampak yang hidup didunia ni memang xda apa2. Sampaikan ak pernah fikir yang ak tak kisah diambil nyawa. Tertekan. nak bunuh diri tak boleh. Pastu kalau ak mati, mak camna? adik? Sapa nak jaga?.
Dulu aku pernah bekerja dia sebuah syarikat swasta. Pekerjaan pertama ak setelah tamat belajar. Kerja aku alhamdulillah ok. Aku antara yang perform dan dapat perhatian majikan. Niat ak kerja cuma satu, kalau aku tak dapat jadi jurutera, aku niat, aku akan buat yang terbaik dalam apa jua yang engkau tentukan untuk aku ya Allah. Aku betul2 berserah rezeki aku padaNya.
Namun realiti alam pekerjaan xseindah yang disangka. Masa tu gaji aku dah hampir 1800 sebulan. Untuk kami yang tinggal di pantai timur. Gaji sebanyak tu sudah mampu tampung keluarga aku. Setelah setahun kerja, karier aku mula dilanda badai. Kalau setakat kena tabur fitnah, kena caci maki rakan sekerja. Itu aku dah alami. Sampai dah lali.
Manusia ni memang tak boleh percaya. Orang yang kita hormat level mak ayah pun boleh fitnah kita kat belakang. Reka cerita sampai gaduh. dan sampai sekarang kalau jumpa, ajak borak mcm kau xpernah buat salah.
Tapi sampai satu peringkat dimana aku dibomoh kawan sendiri. Ya kawan ku sendiri. Kawan yang makan sama2 tengahari, yang bercerita berkongsi masalah rumah. Ya kawan yang tu lah, yang bomoh aku. Puncanya kerana aku berbaik dengan staff yang dia benci. Apa salah aku pun, aku tak paham. Dia benci orang lain, tapi bomoh aku. Bomoh la orang tu, kau benci dia kan?
Akhirnya aku berhenti kerja. Aku dipulihkan oleh saudara aku. Dia sedar perbezaan sikap aku dan bawa aku berubat. Semua yang berlaku aku rahsiakan dari pengetahuan mak. Aku tanggung sendri. Masa hantar surat berhenti, majikan aku masa tu chinese, muda daripada aku. Dia betul2 terkejut. Kesian pun ada kat dia. Dia akan lost sedikit kalau aku tak da. Aku banyak tolong cover kerja penting company. Bila tiba2 hantar notis 24 jam, dia jadi serba salah. Dia tak nak aku berhenti, tapi dia tahu keadaan aku teruk. Aku cuma cakap aku sakit. Aku tak explain detail, nanti seram plak dia nak pergi kerja.
Lepas berhenti beberapa bulan aku menganggur. Nak cari kerja gaji 1000 pun susah. Saving makin habis. Hari2 aku runsing, xkeruan. Pump station pun tak nak ambil aku kerja. Last2 aku pergi agensi cari pekerjaan. Aku dapat kerja gaji 1000. office hour. Alhamdulillah. sekurang2 nya ada sumber pendapatan. Untuk dapat lebih aku kena usaha cari lain. Sebab kerja admin tak da ot.
Baru beberapa bulan, aku kerja tempat baru. Bos lama aku call aku ajak jumpa. Oh ya, bos ak ni, amoi cina, muda lagi. Masa jumpa dia tanya khabar aku and life sekarang mcm mna. Pastu dia tanya dah sihat belum. dan dia cakap, kenapa tak bagi tahu you kena bomoh?
Aku terdiam. Mana dia tahu aku pun tak sure. Last2 dia pandang aku and cakap, You memang dah tahu ya Z ni amal black magic. Kenapa tak bagitahu saya?. Aku tak tahu nak jawap apa. Kalau boleh aku tak nak dah cakap pasal tu. Serik. Sumpah serik. Kalau boleh sebut nama orang tu pun tak nak. Kalau kau ada pengalaman kena bomoh, kau akan faham.
Pastu dia bgtau aku yang sebenarnya dia pun kena. Aku terkejut gila. Nak gelak pun ada. Macam mna orang melayu bleh bomoh orang cina. Aku pun tak paham. Dia memang tak solat, nak plak setan kacau dia. Tapi dia bagitau dia betul2 sakit. Family dia bawak dia pergi berubat, cara orang cina.
Pastu dia tanya aku, macam mana nak settle masalah tu. Z si pengamal ilmu hitam tu, still kerja kat office dia. Dia nak pergi kerja pun takut2 sekarang.
Aku pendek kan cerita, lepas beberapa minggu, ramai dah sedar yang Z amalkan ilmu syirik. Dan akhirnya dia lari tanpa notis atau berita, sampai sekarang. Alhamdulillah, Allah tunjukkan kepada semua bahawa aku dianiaya tanpa perlu aku bercerita kepada sesiapa. Hikmah sabar bila dianiaya.
Dan aku macam biasa teruskan hidupku struggle dengan gaji 1100. Ada beberapa kali aku menyatakan hasrat untuk bekerja diutara tanah air. Kerana disana peluang lebih cerah dan banyak. Malah rakan2 masa universiti dulu pun ada recommend aku untuk kesana. Akan tetapi setiap kali aku cuba bercakap tentang perkara tersebut. Mak seperti berat hati nak mengiakan. Yelahkan, sapa nak teman mak ngan adik. Kalau jadi apa2, kan susah nak balik nanti, utara ke timur lebih kurang 6/7 jam. Banyak kali aku on/off tentang niat aku untuk kesana.
Setelah genap setahun, bekerja sebagai admin, majikan lama aku panggil aku semula. Kukira dia nak offer kerja semula dengan dia. Tapi sebenarnya tidak.
Dia tanya padaku, nak tak join business dengan dia, jadi partner?. Dia baru nak mulakan bisnes makanan, dan dia nak komersialkan makanan cina kepada orang melayu. Oleh itu, dia mahu partner melayu yang mnguruskan. Aku agak kurang yakin pada mulanya. Yelahkan, aku ni setakat masak nasi, ayam kicap boleh lah. Macam mana nak bisnes makanan cina. Masakan melayu pun tak berapa kenal.
Kalau nak dibandingkan aku dan dia, mcm enggang dan pipit. Dia enggang aku lah pipit. Dia ank dato seri yang agak dikenali. Kalau aku sebut perniagaan ayah dia, pasti orang negeri aku kenal. Dan aku ni, jiran hujung corner rumah pun belum tentu tahu nama aku.
Untuk bisnes tu, modal 100 peratus dia sediakan, malah dia akan hantar aku untuk latihan kursus masakan. Katanya, aku handle operation, dan dia sales and account. Dan share syarikat dibahagi 50/50.
Pernah aku tanya kenapa aku?. Tak rasa rugi ke ajak aku yang tak tahu apa2 ni bisnes. Dah la tak kluar modal. Jawapan dia cuma satu. Sebab dia yakin aku jujur dan tak akan khianati dia.
Oleh itu, insyAllah hujung bulan ni, aku akn start training. Dan kami akn start berniaga. Apa yang aku bleh cakap, aku betul2 tak duga jalan cerita yang Allah lukiskan untuk aku. Ini baru satu permulaan. Jangan fikir lebih, kami cuma kawan dan share partner. Sebab aku tahu, ak kena langkah mayat pak dia, kalau nak tackle anak dia.
Tapi yang aku harap, ini satu permulaan yang baik untuk aku dan keluarga aku. Mak berhak dapat kehidupan yang lebih baik, setelah apa yang dia korbankan untuk kami. Aku berdoa kalau benar ini jalan rezeki kami yang Kau telah aturkan, permudahkanlah ya Allah. Peliharalah persahabatan serta keluarga kami. Ameen.
*Terima kasih baca sampai habis. Doakan lah supaya dia dikurniakn hidayah. Haritu aku ada ajar dia sebut Alhamdulillah.
– Jojo Arsyid
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit