Mohon Bantu Suami Saya

Bismillah . Assalamualaikum & selamat sejahtera . Terima kasih Admin yang sudi siarkan cerita saya ini .

Nama saya Niku , berumur 24 tahun . Ini cerita suami saya dan saya sebagai isteri cuba membantu suami saya kerana tidak tahu di mana lagi perlu meminta bantuan . Berdasarkan dari tajuk saya , saya ingin meminta bantuan dan pendapat dari semua pembaca dan dari orang-orang yang berpengalaman dalam hal ini . Saya menerima segala pendapat , cadangan , sokongan mahupun kecaman .

Saya pernah bekerja di sebuah syarikat swasta di kawasan Selangor setahun yang lepas . Dan di syarikat ini juga saya berkenalan dengan suami saya . Ini bermakna saya dengan suami pernah bekerja di syarikat yang sama . Selepas saya berhenti kerja dari syarikat ini kami mengambil keputusan untuk berkahwin . Alhamdulillah segalanya berjalan lancar sehinggalah suami ingin mengambil cuti untuk berkahwin .

Dari sini lah segalanya bermula . Untuk mana-mana syarikat pasti pihak pengurusan akan memberi cuti kahwin terpulang pada syarikat itu sendiri . Namun di syarikat kami ini , suami tidak diberi cuti malah kena ambil cuti . Dan limit untuk cuti kahwin hanyalah sebanyak 4 hari sahaja kerana kawasan yang suami jaga tidak ada staff yang boleh cover .

Suami saya adalah staff contract dalam syarikat ini . Jadi pastinya tidak ada kemudahan seperti cuti tahunan , bonus & OT . Contract ini selama setahun . Jadi dari mana suami saya dapatkan cuti ? Ya , bekerja pada hari sabtu & ahad tanpa kira OT tetapi diberikan cuti . Sekiranya suami bekerja pada public holiday gaji tetap sama namun akan diberikan cuti ganti . Jadi suami perlu menyimpan cuti dia untuk perkara tertentu sahaja kerana cuti suami terhad dan tidak banyak .

Masalah seterusnya ialah suami saya seorang sahaja kena cover kawasan Melaka . Jadi suami lah yang perlu membuat semua kerja-kerja Admin seperti hantar invoice , hantar quotation , kerja hantar barang ke negeri-negeri lain , dan pergi berjumpa client . Pada suami dia tak ada masalah jika dia masih bujang tetapi sudah berkahwin perlukan masa bersama keluarga . Suami juga perlu menggunakan kenderaan sendiri dan menggunakan wang sendiri dan hujung bulan baru boleh claim .

Syarikat ni 100% berhubung melalui handphone . Rasanya ada lebih 50 group dalam whatspp suami yang semuanya hal kerja sahaja dan semuanya active sepanjang hari . Pukul 2 3 pun masih berbunyi ting ting . Dan yang paling merimaskan bila kita kena respon tidak kurang dari 30 saat . Jika lambat pihak pengurusan akan call personal untuk respon segala soalan walaupun dah habis waktu bekerja .

Dalam contract ada tulis jika berhenti dalam tempoh contract pihak berkenaan perlu membayar 2 bulan gaji . Walaupun ada notis sebulan , syarikat tidak akan membayar gaji pekerja sebulan . Ini bermakna pekerja tidak akan dapat gaji sebulan dan perlu membayar 2 bulan gaji kerana melanggar perjanjian contract . Hal ini kami dah bentang ke pejabat buruh namun pejabat buruh tidak dapat mengambil tindakan kerana gaji melebihi RM 2,500 ke atas .

Dipendekkan cerita , pada hari khamis kami bertolak dari Selangor ke JB untuk membuat persiapan hari persandingan sebelah suami pada hari sabtu . Sampai sahaja di JB , suami dapat whatsapp dari Manager meminta suami ke Melaka untuk ambil barang untuk hantar ke Muar . Sedangkan pada hari itu adalah hari suami sedang bercuti . Boleh bayangkan situasi tu macam mana ? suami perlu patah balik ke Melaka semata-mata hantar barang . Padahal office JB boleh sahaja hantar barang tersebut . Namun Manager tetap berkeras meminta suami yang hantar kerana Melaka dan Muar dekat sahaja katanya . Suami cuba slow talk mengatakan dah sampai JB jadi mustahil untuk dia patah balik Melaka lagi . Sudahlah wang minyak tidak diberi . Suami dah buntu tidak tahu nak buat apa . Suami ambil keputusan untuk senyapkan diri namun berterusan dapat panggilan dari Manager kerana katanya hal urgent . Disebabkan tidak tahan dengan segala hal , suami mengambil keputusan untuk berhenti secara mengejut tanpa memberi notis 24 jam selepas mendapat gaji sebab suami tahu syarikat tidak akan membayar sebulan gaji walaupun ada notis . Namun suami dah standby untuk membayar 2 bulan gaji kerana melanggar perjanjian contract .

Tidak habis sampai situ , suami dapat surat dari peguam syarikat meminta suami membayar 2 bulan gaji beserta gaji sebulan yang suami tidak beri notis . Disebabkan tidak mahu panjangkan cerita dengan mahkamah suami pun membayar segala yang di minta . Jumlah bayaran adalah dalam RM 5k lebih .

Setelah habis membayar semua , kami ingat kan dah boleh tarik nafas lega bermaksud kami dah tak ada apa-apa hubungan dengan syarikat ini lagi . Namun ternyata tidak . Hari ini , suami menerima surat dari peguam syarikat mengatakan suami perlu meminta maaf kepada syarikat kerana membuat komen-komen dengan niat memburukkan syarikat . Surat itu mengatakan suami mengkomen-komen dengan orang lain di laman sosial instagram memburukkan nama syarikat sedangkan di dalam perbualan komen-komen itu suami tidak mention kan nama syarikat mahupun nama Manager , Director & Boss . Surat itu meminta suami memohon maaf di instagram , menulis surat permohonana maaf secara bertulis dan secara terbuka dengan datang sendiri ke syarikat dalam tempoh 14 hari dan juga perlu membuat bayaran sebanyak RM 250 sebagai caj bayaran untuk penegluaran notis .

Natihjanya , disini saya ingin pendapat dari semua pembaca dan yang berpengalaman dalam hal ini untuk memberi tahu saya dan suami apa yang perlu kami lakukan ? Adakah kami patut menurut sahaja apa yang notis minta ataupun ada tindakan lain yang kami boleh buat ? Sebab bukan kami sahaja yang jadi mangsa namun ada pekerja lain juga turut menjadi mangsa seperti kami . Apa yang kami mahu cuma hentikan segala hubungan dengan syarikat ini dan hentikan segala agenda syarikat ini yang banyak menyeksa pekerja .

Sekian dari saya & suami .

Terima kasih & wasalam .

– #istericuba

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit