Mohon Doakan Aku

Assalamualaikum.. Terima kasih admin.. Aku tak tahu la confession aku ni disiarkan atau tak.. Kalau disiarkan, aku mohon kata positif dari kalian.. 

Harini aku rasa down teruk.. Rasa macam bertubi² aku diuji.. Rasa macam nak give up..

Aku nak post kat sosmed aku, aku taknak nanti ada yang kecam.. Kalau post kat sini at least takde sapa yang kenal aku.. Kalau yang kenal pun, yang sangat dekat dengan aku je.. Yang tahu semua yang aku lalui.. 

Kenalkan, aku Lestari (semestinya bukan nama sebenar).. 3 tahun lagi usiaku mencecah angka 40.. Pernah dipinjamkan suami dan dikurniakan seorang anak..

Sekarang hidupku hanya dengan anakku setelah suamiku pulang pada pemilik.. Itu bukan ujian pertamaku.. Hanya sedikit pengenalan diri.. 

Aku tak tahu ujianku bermula bila.. Tapi aku pasti, bermulanya sebuah kehidupan, maka bermulalah juga sebuah perjuangan yang disulami dengan ujian..

Pada awalnya kehidupan, aku rasa Allah sangat sayang pada aku.. Sangat mudah..

Malas- malas belajar pun, masih juga Allah rezekikan keputusan yang baik dan menjejak kaki ke salah satu universiti awam terkemuka dan berjaya grad on time.. Habis belajar, kerja pun mudah.. Antara aku nak kerja atau tak je. 

Aku kahwin agak lewat.. Mungkin tika inilah ujian hebatku bermula.. Di saat rakan-rakan lain telah berumahtangga, jodohku sampai di kala usiaku 27 tahun.. Majlis biasa-biasa sahaja since aku pon orang-orang biasa..

Masa tu geram dengan mulut² jahat manusia.. Bukan aku tak nak kahwin, Allah menunda jodohku..

Apa boleh aku buat.. Sedangkan ramai lagi yang belum berkahwin.. Dan ada yang Allah takdirkan tak berkahwin hingga akhir usia pun.. 

Selamat berkahwin, ujian rezeki dalam berkahwin.. Kewangan turun naik, tapi masih cukup seadanya.. Rezeki anak juga lewat.. Lebih 3 tahun berkahwin baru direzekikan anak..

Allah bagi anak, Allah ambil suami.. Ujian terbesar ku.. Rasa tak mahu teruskan hidup.. Tapi selepas lahirnya anak, aku kembali punya kekuatan untuk melangkah.. 

Semua kembali membaik.. Terasa lancar kehidupan tanpa bebanan.. Rasa bahu ringan menggalas tanggungjawab.. Sekejap je..

Anak berusia 2 tahun, ada delay tumbesaran tak seperti kanak² seusia.. Tapi tak mengapa, masih boleh hadap. Semua temujanji tak pernah miss..

Berkat kesabaran, Allah bagi rezeki kerja berdekatan dengan rumah.. Anak masih belum discharge dari temujanji.. Mild autism dan speech delay.. Allahu, ujian lagi..

Dalam kekalutan itu, dikurniakan pula kerja yang jadi impian kebanyakan orang.. Government servant.. Tapi.. Ditempatkan jauh.. 3 jam perjalanan.. Dengan laluan yang agak mencabar bagi aku seorang wanita.. 

Aku terima.. Nak bawa anak bersama, ada pula isu yang tak dapat dielakkan.. Dah cuba bawa bersama, tapi tak boleh.. Buat keputusan minta bantuan ibu ayah untuk jagakan anak..

Sejujurnya berjauhan dengan permata hati yang ada isu pertumbuhan, sememangnya meruntun jiwa.. Sudahlah ditakdirkan tidak punya sosok ayah menemani kehidupan, ibu pula dijauhkan.. Membesar dengan atuk dan nenek..

Ujian aku turut terpalit pada orang lain.. Aku mengharapkan ibu ayahku tak lagi perlu bersusah-payah untukku, tapi makin hari aku rasa aku ni makin menyusahkan.. Maafkan aku.. 

Untuk memohon pertukaran dalam sektor ni ternyata tak semudah yang disangka. Aku hanya mampu mengharapkan keajaiban dari Allah..

Walaupun sudah tiada jiwa untuk bekerja, aku laksanakan tanggungjawab semampu yang boleh.. Masalah di tempat kerja, cukuplah biar aku yang tahu.. Setiap hari aku berdoa moga dipermudahkan segala urusan ku.. 

Kadang aku rasa nak give up.. Nak berhenti kerja nak fokus pada anak.. Kerana kehidupannya masih jauh.. Tapi aku buntu..

Setiap kali pulang untuk bekerja, sepanjang perjalanan ditemani air mata.. Sepanjang bermusafir, tak henti² doaku untuk dekat dengan anakku.. Kadang sampai aku persoalkan kenapa aku diuji sebegini rupa.. Dosa apa yang dah aku lakukan..

Pernah aku berfikir nak akhiri kehidupan sebab aku dah penat.. Dah tak sanggup nak lalui semua ni. Tapi aku ada anak.. Apa nasib dia kalau aku takda.. Tapi apa guna ada aku kalau kami dijauhkan sebegini.. 

Apakah aku yang tak reti bersyukur? Kadang orang nampak kita bahagia, tapi tak tahu derita apa yang kita sembunyikan.. Aku hanya melalui sahaja apa yang Allah dah aturkan..

Ye aku pendosa.. Sekarang aku sedang menerima hukuman Allah di dunia ini.. Jujur aku dah penat.. 

Aku tak tahu nak luahkan pada siapa.. Jadi aku meluah di sini, dengan harapan ada insan yang baik hatinya mendoakan aku.. Mana tahu doa² kalian Allah makbulkan..

Mungkin doaku Allah belum terima.. Entah.. Hanya Allah yang maha mengetahui.. 

Aku tahu ada yang lebih struggle berbanding aku.. Tapi entahla.. Semoga sahaja segala urusan kita dipermudahkan.. 

Cukuplah sampai sini.. Doakan aku ya.. 

– Lestari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Salam..semoga Allah memudahkan urusan kamu dan anak kamu…meringankan ujian yang dihadapi..amin..

  2. Hidup ini kalau pikir susah.. Maka susah lah yg akan hadir…. Cuba menjadi matahari ketika redup Dan gelapnya alam… Cuba tukar setiap ujian yg datang senyum lah berlapang dada.. Kalau dok pikir Dan kita tidak ada kudrat utk ubah maka jgn semak utk pikir… Biar segala mengalir bak air Di sungai ke laut Dan senyum lah bila hadapi ya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *