Assalamualaikum wbt
Terima kasih admin kerana sudi siarkan confession ini.
Pernah tak alami situasi, nak apply/mohon kerja, tapi tak cukup syarat? Nak apply biasiswa, tapi tak cukup syarat?
Mesti ramai yang cakap, “tak payah apply la, dah tak cukup syarat, confirm tak dapat punya”
Kalau pernah alami, nasihat aku, apply je, mungkin ada rezeki dapat. Meh aku share pengalaman aku, mungkin boleh bagi semangat pada korang.
Aku dulu belajar di London, di salah sebuah universiti terkemuka di dunia. Every year universiti aku ni masuk dalam ranking 10 universiti terbaik di dunia. Disebabkan itu, jadi sangat susah nak dapat tawaran belajar dekat universiti ni. Alhamdulilah aku dapat tawaran untuk belajar dekat sini. Cuma yang tak bestnya, aku seorang je Malaysian dalam course aku ni. Senior takde, junior takde.
Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Belajar dekat sini susah gila. End up aku fail exam tahun kedua dan kena buang. Actually, bukan aku sorang, tapi ramai jugak yang fail exam dan kena buang dalam course aku ni, termasuklah mat saleh. Even, kalau kira, every year mesti ada 2-3 orang Malaysia yang kena buang dari universiti aku sebab fail exam. Maksudnya, bukan course aku je susah, course lain pun susah. Sebab ada je Malaysian buat course lain pun fail exam dan kena buang.
Waktu tu aku rasa dunia sangat malap. Masa depan aku gelap. Impian aku nak grad dari universiti terkemuka dunia terus lenyap. Kebiasaannya, siapa yang fail, pihak penaja/sponsor akan suruh balik Malaysia dan sambung belajar dekat IPTA/IPTS. Jadi boleh kata semua student Malaysia yang fail akan balik Malaysia. Sepatutnya aku pun begitu. Sponsor aku minta aku balik Malaysia untuk belajar dekat Malaysia. Tapi aku taknak, aku tetap nak terus belajar di UK.
Maka aku cuba apply universiti lain (luar London sebab kos lebih murah). Alhamdulillah ada 5 universiti lain yang sudi menerima aku. Dan aku pilih salah satu universiti ni, sebab aku ada kawan-kawan Malaysia yang study dekat situ. Disebabkan sponsor aku tak bagi aku belajar dekat UK lagi, jadi diorang suruh aku balik. Tapi aku degil dan nak sambung belajar dekat sini. Disebabkan aku ingkar/melawan keputusan sponsor , maka sponsor menamatkan biasiswa aku.
Yuran pengajian dekat UK ni mahal mencanak, setahun £15,000 (lebih kurang RM 100,000). Disebabkan aku takde sponsor, jadi aku terpaksa bayar yuran guna duit sendiri. Luckily pihak universiti bagi bayar secara ansuran/instalment 3 kali. So aku just bayar £5000 je dulu. Alhamdulillah sepanjang belajar di London dulu aku ada savings £3000 (RM 17,000). Sebab tu untung belajar dekat UK, setahun biasanya boleh simpan £1000 ke £2000 (RM 6000 – RM 10000). Parents aku pun ada bagi duit jugak untuk topup bayar yuran pengajian. Waktu ni aku dah plan nak kerja part time sebab aku dah takde sponsor/elaun, so aku kena cari duit untuk tampung kos hidup dekat sini. At the same time aku buat rayuan pada sponsor untuk sambung balik biasiswa aku, walaupun aku tahu aku tak cukup syarat dan sepatutnya aku balik Malaysia.
Lepas beberapa bulan belajar dekat univerisiti baru ni, tetiba sponsor aku contact aku. Diorang cakap biasiswa aku akan diteruskan di tempat baru. Alhamdulillah, syukur sangat2. Rasa macam tak percaya je. Miracle? Yes. Keajaiban yang tidak aku sangka. Walaupun tak cukup
Fast forward, aku pun berjaya graduate dengan second class lower (ijazah kelas kedua bawah). Dulu aku merancang nak sambung PhD lepas habis ijazah pertama (first degree), tetapi disebabkan result degree aku hanya second class lower, so memang mustahil nak sambung PhD.
Disebabkan aku mengunakan konsep, “apply je walaupun tak cukup syarat” aku pun gatal tangan isi borang permohonan untuk sambung PhD. Kalau baca syarat kelayakan, memang aku tak layak. Kalau nak sambung PhD, at least kena ada Masters atau dapat First Class Bachelor’s degree. Aku ni, masters pun takde, first class pun bukan. Tapi sebab aku yakin, kalau ada rezeki tak ke mana. Jadi aku pun apply untuk sambung PhD di UK.
Lepas beberapa bulan, aku dipanggil untuk temuduga PhD secara skype (waktu ni aku dekat Malaysia dah). Alhamdulillah temuduga berjalan dengan baik dan aku ditawarkan untuk sambung PhD di salah sebuah universiti terkemuka di UK. Miracle? Yes. Keajaiban yang tidak aku sangka. Aku pun masih tak percaya. Walaupun tak cukup syarat, tapi aku berjaya ditawarkan untuk buat PhD.
Next, kena cari biasiswa/sponsor. Bila aku tengok dekat website biasiswa, syarat kelayakan untuk biasiswa PhD adalah kena ada master atau first class degree. Again aku tak penuhi syarat. Tapi disebabkan aku menggunakan konsep, “apply je walau tak cukup syarat”, aku pun apply.
Lepas beberapa bulan, aku dipanggil untuk temuduga. Alhamdulillah walaupun aku tak cukup syarat, tetapi aku berjaya dipanggil temuduga. Untuk biasiswa ni,, ada lebih kurang 10,000 orang yang memohon. Disebabkan ramai sangat, jadi temuduga dilakukan secara beramai-ramai. Satu bilik, ada 10 orang calon yang ditemuduga secara serentak. Sepanjang sesi temuduga ini, kami diajukan banyak soalan, dan alhamdulillah aku paling banyak jawab dengan betul. Calon-calon lain kebanyakan senyap dan ada yang memberi jawapan yang salah. Boleh dikatakan, dalam 10 orang tu, aku yang paling perform dan paling skor.
2 bulan menunggu, keputusan biasiswa pun keluar. Alhamdulillah aku terpilih. Aku terkejut sangat. Walaupun aku tak cukup syarat, tetapi aku berjaya. Ada kawan-kawan aku yang turut sama memohon dengan aku, diorang tak berjaya. Walaupun diorang first class degree. Miracle ? Yes. Ajaib sangat dunia ni.
Mungkin ada yang berfikir, ni mesti ada guna orang dalam. Kalau ada yang fikir macam tu, korang salah. Aku tak kenal siapa-siapa pun yang kerja dengan penaja/sponsor biasiswa. Dan biasiswa yang aku dapat untuk PhD ni adalah dari sponsor yang berbeza, bukan dari sponsor waktu degree dulu. Aku memohon macam orang lain. So apa rahsianya?
Rahsianya adalah “cemerlang sewaktu temuduga”/ doing well in the interview. Walaupun tak cukup syarat, tapi kalau waktu temuduga/interview korang perform dan panel pun suka dekat korang, inshaAllah korang akan dapat. Jadi bila nak interview, korang kena buat persediaan secukupnya. Korang kena yakin dan confident, walaupun tak cukup syarat, tapi korang akan buktikan yang korang mampu/ boleh laksanakan tugas kerja tersebut. Itulah usaha yang korang perlu lakukan. Lepas tu doa dan tawakkal.
Aku yakin ini adalah rezeki dari Allah yang telah tertulis untuk aku. Walaupun tak cukup syarat, tetapi sekiranya ianya milik kita, kita akan dapat juga.
Jadi kepada korang di luar sana, sekiranya korang nak apply/mohon apa-apa,tetapi tak cukup syarat, aku nasihatkan korang apply je. Mana tahu ada rezeki, korang dapat.
Bagi yang dapat pointer rendah dekat uni, rasa down, rasa tak cukup syarat, jangan mengalah. Korang apply je walau tak cukup syarat. Waktu interview korang buat betul-betul, cuba menangi hati panel penemuduga. Lepas tu doa dan tawakkal. Minta mak ayah korang doakan. Doa mereka mustajab. All the best!
– Mad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit