Assalamualaikum and hi warganet. Aku Neptune. Harini aku nak share teladan hidup kita sebagai manusia di bumi, walau nama aku Neptune. Aku harap benda ni bermanfaat lah untuk kita.
Dalam dunia ni, orang ada 2 jenis senang nak cerita, either baik atau jahat. Baik bermuka2, atau jahat sikit ke banyak tu kau tolak tepi dulu.
Tepuk dada tanya iman dan hati kau kat mana, hati aku kat mana. Ada baik & jahat.
Dan Kita semua ada hati. hati kita ni Allah design memang fond to kebaikan. Kejahatan semua tu setan yang masukkan.
Kau tanyalah pembunuh bersiri mana pun, jika ditawarkan kebaikan, pasti dia mahu. Jika menolak kebaikan dari kita, cuba tanya apa saja kebaikan yang exist atas muka dunia ni, pasti dia nak. Sebab fitrah manusia sukakan kebaikan untuk dirinya sendiri, tapi sayang.
Penduduk bumi ni, tak semuanya “terima” atau “absorb” satu lagi fitrah kita, iaitu inginkan kebaikan jugak buat orang lain. Tak reti melihat orang sekeliling sebagai manusia macam dia, sukakan kebaikan.
Kau tanya pembunuh, nak ke dia dibunuh? Nak ke kalau anak dia pulak dibunuh? Taknak. Tapi dia buat pada orang lain.
Kau tengok orang yang mulut dia suka menghina, dia nak ke orang hina dia? Dia nak ke orang jatuhkan maruah dia?Taknak. Tapi dia buat pada orang lain.
Kau tengok majikan yang zalim. Dia nak ke kena zalim dengan orang? Nak ke anak dia kena maki macam orang takda maruah? Taknak. Tapi dia buat pada orang.
Dan orang yang hina janda, Kau nak anak kau dihina sebab bercerai? Taknak. Tapi kau buat pada orang.
Dan itulah yang manusia sering lupa.
Apa kau taksuka, kau buat pada orang. Sebab? Alah bukan apa2 pun, bukan siapa2 pun. Ok, elok kau tulis dialog ni atas kertas tau. Then kau simpan.
Masa kau yang kena pulak nt, kau naik angin, kau rasa dizalimi, kau rasa orang tu jahat. Kau ambil kertas tadi, kau salotip di kepala kau. Ha, itulah mindset orang terhadap kau. Kenapa marah?
Kau pun cakap macam tu kat orang kan?What you give you’ll get back. Cepat atau lambat kau akan dapat jugak penghapusan dosa kau / pembalasan.
Allah ni maha melihat hati kita. Kita takboleh meletakkan orang dalam situasi dizalimi, even diri sendiri pun kau takboleh zalimi. Kita takda HAK! KITA MILIK TUHAN, MILIK ALLAH.
Kau rasa hebat ke, orang diam saja bila kau maki? Kau rasa hebat ke, boleh komen pedas²? Kau rasa hebat boleh rendahkan orang? Kau rasa hebat, maki2 orang, lepastu kau block? Sedangkan kau yang salah. Tapi kau rasa menang.
Kau kena hati-hati. Orang2 yang suka lukakan hati orang ni bahaya kedudukannya.
Bahaya sebab kau berhutang sesuatu dalam pengetahuan Tuhan. Hutang apa tu Neptun, hutang kembalinya perbuatan busuk tu pada kau one day, kalau kau tak taubat dan minta ampun pada Allah dan manusia yang kau buat jahat.
Dosa dengan Allah selain syirik, Allah baik mengampunkan. Dosa dengan manusia? Jaga2 alam barzakh, jaga2 di mahsyar, jaga2 anak cucu, even diri kau di dunia ni.
Manusia ni tak sempurna mcm Tuhan, Dia ada sakit hati, ada “pendam” luka dan bukan semua sedia memaafkan seperti Allah yang baik، kita Istighfar, Allah clear dah buku jahat kita. Manusia? Mintak maaf sekali dua belum tentu dimaafkan.
Sebab tu memaafkan tu hebat, ganjaran dia syurga. Sebab bukan semua benda manusia mampu memaafkan. Cuba kau korek luka paling dalam tersimpan dalam hati kau, dah maafkan ke belum?
Maaf, tapi taknak tengok dah muka dia.
Maafkan saja, tapi benci dah tengok syarikat ni
Maafkan dah pun, tak nak dah jumpa dia.
Maaf tu maaf, tapi aku takkan ambil dia kerja lagi.
Maaf tu maaf, tapi aku takkan bagi muka lagi.
See? Kesan di hati manusia. Dan Tuhan “kira” semua tu. Kalau dia maafkan sbb kita benar2 mintak maaf oklah, kau tawakkal dan taubat nasuha. At least Allah nampak kau USAHA minta maaf.
tapi kalau kau tak mintak maaf? Ego? Jaga2.
Allah mengadili, kalau dosa kau dengan Minah tak setel di dunia, Allah akan adili di akhirat. Kau jumpa la dengan Minah mahsyar nt.
Kau punya pahala akan Minah ambil. Kalau habis pahala kau, kau akan pikul pulak dosa Minah, nak langsai hutang.
Aku ada terbaca kesan kisah menzalimi orang lain, kadang Tuhan ni tak bagi #cash pembalasan, Dia tangguh dulu. Bagi ruang kau taubat, cari Dia, mintak maaf dengan orang tu,
Tapi tak. Tak semua orang pakai peluang tu, malah ramai yang bangga dapat untung ribu riban, selepas buang kerja 3 staff sebab kau nak staff lain jadi staff kau, contohnya la kan.
Kau rasa hebat, megah, sombong, ego.
bukan rasa insaf. Maka berlalulah waktu hidup kau, sampai kau tak ingat benda jahat apa kau buat, tapi Allah takkan lupa.
Sampailah kejadian sama atau lebih buruk berlaku pada kau /orang yang kau sayang, baru kau muhasabah.
Oo, aku dulu jahat dengan orang.
Masa tu kau akan sedar, yang manusia yang kau zalimi tu, ada PENJAGANYA ; ALLAH SWT.
ada juga ditangguh lagi lama, dunia ni enjoy rancak. Sepanjang hidup tak dibalas, tapi bila mati? dibalas sebagai azab kubur. Nauzubillah.
Masa tu lah kau sedar, manusia yang kau zalimi, dan kau yang zalim ni ada TUHAN yang namakan, ALLAH dan dirinya Maha Adil.
Dan sifat memaafkan itu sangat mulia, jika orang menzalimi kita, jahat dengan kita, sedih normal marah tu normal, tapi memaafkan itu MULIA. Jadi pilihlah memaafkan. Dan ALLAH akan ganti dengan rahmat lebih luas buat kita.
Maafkanlah. Cuba, cuba. Tuhan pandang kau cuba. Dia tak mintak maaf? Kau maafkanlah dahulu. Supaya segera sampai rahmat pada kau, sebab kau nak Allah ampunkan kau jugak. Dahtu perbuatan jahat tak kena semula pada dia la kalau maafkan? Itu semua urusan Allah.
Kau dah maafkan, alhamdulillah settled. Tapi sejauh mana hati dia lepas ni, perjalanan hdup dia lepasni, kau serah pada Allah. Kau nak masuk syurga kan?
Motivasi kau sebagai orng yang dizalimi, doa kau makbul, kau akan diampunkan Allah. Maka doalah kebaikan yang banyak untuk diri kau.
Sampai kau takda masa nak terlalu fokus pada kezaliman orang, ingat doa kau makbul, jaga hubungan dengan Allah.
Aku pun pernah dizalimi teruk, hampir trauma. Tapi kau fokus sahaja pada kelebihan tadi. Dan jaga diri kau, jgn sampai dilenyek lagi. Kau akan ok in sha Allah
Orang yang menzalimi? Stop lah, mintak maaf selagi kau hidup. Aku pelik macam mana orang berani “menang” di mahkamah sivil, penuh ketidakadilan.
Dan berani pula hidup, terlepas hukum gantung, teruskan hidup, siang, malam, siang, malam, on the way berjalan untuk mati, singgah barzakh, dan terus mahkamah ALLAH yang ABADI?
Kes akan dibuka semula disana, disaksikan semua manusia dari zaman Nabi Adam, disaksikan oleh semua makluk!
Ngeri.
Sedangkan prihal di mahkamah tadi itu dosa sesama manusia. Kau akan diadili lagi di Akhirat kelak weh, depan ALLAH!
Ngeri!
Maka buat yang menzalimi, mintalah maaf kerana Allah. Kau minta maaf kerana Allah, Allah mudahkan kau. Kau mintak maaf kerana manusia? Maka kau akan letak expectations pd manusia. manusia2 ni lain2, kau takboleh expect semuanya jahat, semuanya angelic.
Sebab tu kau kena betulkan niat. Mintak maaf kerana Allah, sebab Allah suka orang yang meminta maaf.
sunat taubat kat Allah dulu, janjilah, takkan zalim lagi. Mintak Allag kikis degil hati. Dan carilah orang tu, in sha Allah kalau Allah dah ampunkan, Allah mudahkan kau, Allah settled kan urusan kau dengan manusia.
Cubalah, hati manusia Allah yang pegang. Bab2 memaafkan boleh jugak nk apply ayat ni, bukan cinta ajer.
Buat yang dizalimi pula, maafkanlah. Kau sakit, aku tahu. Kau dendam sebab dia buat kaw kaw teruk, aku faham. Cuma day by day, kau cubalah maafkan. Bukan sebab siapa2 tau, sebab Allah sahaja.
Kerana Allah, Titik. Betulkan niat kau nak maafkan tadi. Sebab Allah suka orang memaafkan, sebab kau nak Allah maafkan kau.
Dan dari ujian ni, in sha Allah doa kau makbul, sebab kau dizalimi. Dan kau tawakkal pada Allah, mintak Allah adili semuanya untuk kau, believe me, He will.
Itu sahaja dari aku. Semoga Allah maafkan kita, semoga kita jadi pemaaf kerana Allah, dan minta maaf kerana Allah.
– Neptune (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit