Mohon Muslimah Yang Solat Di Surau Lebih Prihatin

Assalamualaikum. Thank you iium admin for publishing this post in your page. Saya cuma nak suarakan pendapat mengenai muslimah-muslimah yang menggunakan surau/masjid untuk solat. Apa yang akan saya utarakan hanyalah pandangan/pengalaman saya sahaja. Jika baik, diharap boleh diambil pengajaran dan iktibar masa kita ingin solat di surau/masjid. Jika tidak, minta maaf.

1. Gantung telekung selepas guna.
– Kalau disediakan tempat untuk menggantung telekung, tolong gantung kembali telekung tersebut selepas guna. Ini penting untuk mengurangkan bau yang kurang menyenangkan dan demi keselesaan pengguna lain.

2. Jangan solat di depan cermin
– Okay, bab ni kita faham kalau dah penuh sangat surau tu, tapi kalau surau tak penuh, tolonglah jangan solat depan cermin sebab anda akan buat kesesakan yang tidak perlu. Mana orang nak solat, mana yang nak solek. Aduhhh. Mudahkan kerja orang kan dapat pahala.

3. Solat di saf depan
– Jika surau/masjid kosong ketika anda sampai, tolonglah solat di saf hadapan. Pernah tak kalian alami situasi di mana surau agak ramai tapi semua orang solat di saf kedua dan kebawah (belakang). Bila kita nk ke saf hadapan, susah nk langkah-langkah orang yang tengah solat. Tapi kalau tak langkah, ruang yang ada tidak digunakan dengan baik lalu akan menyebabkan kesesakan. Saya tak faham kenapa orang perempuan tak suka solat di saf hadapan dan sanggup tengok orang lalu lalang depan korang yang tengah khusyuk solat tu.

4. Pastikan jarum peniti anda tidak tercicir
– Jika anda memakai 2 jarum peniti, sila pastikan masa nak balik, anda masih mempunyai 2 jarum peniti. saya biasa jumpa jarum peniti merata-rata tempat, atas lantai surau, tempat wuduk, dekat cermin, malah atas karpet pon ada. kadangkala susah untuk kita nampak kehadiran jarum peniti tersebut. Perkara ini boleh membahayakan orang lain terutama kanak-kanak dan warga tua yang kadangkala terpijak jarum-jarum ini. Tolonglah korang rasa bersalah sikit bab ni. Nak cantik boleh, tapi tolonglah jangan menyusahkan atau mengakibatkan kesakitan pada orang lain. Bayangkn kalau jarum tu dah terbiar lama dan berkarat lalu tercucuk kaki seseorang, apa akan berlaku kepada dia? Tolong sensitif bab-bab ini.
– Salah satu cara untuk kurangkan jarum peniti jatuh/hilang, guna jarum peniti berkepala, sebab mudah kita nak cari jika tercicir, orang pon senang nampak dan kurang kebarangkalian untuk terpijak.
– Atau anda boleh jugak sediakan bantal kecil dan diletakan dalam beg tangan anda. Bila nak buka tudung, cucuk segala jarum yang korang pakai kat tudung tu, maka kuranglah kes jarum tercicir lagi.

5. Jangan kawal cermin
– Kadangkala surau/masjid sediakan cermin besar yang boleh digunakan 2-3 orang dalam satu-satu masa. Tapi kadang-kadang kita akan terjumpa dengan orang yang pentingkan diri. Tiba-tiba dia bersiap sambal berdiri di hadapan cermin (and block everyone else. Thanks!).
– Dik, sini kakak nak nasihat sikit, ramai nak pakai cermin tu dik. Kalau ko nak tengok cermin dekat-dekat, ko duduklah. Boleh la orang lain berdiri dan bersiap guna cermin tu jugak. Cermin tu bukan untuk ko sorang je dik.

6. Pulangkan telekung/sejadah yang korang pinjam sebaik selepas habis guna
– Kadang-kadan orang tengah ramai, ada yang tengah cari telekung dan sejadah untuk solat. Tapi ko ni dik, dah siap solat, tapi ko tetap la pakai telekung dan duduk atas sejadah sambil menata rias muka. Tolonglah jadi bijak sikit dik, lepas siap solat pakai barang yang ko pinjam tu, bukak dan simpan balik ke tempat asal. Lepas tu ko nak tepek muka ko berjam-jam pon takpe dik, takde siapa kisah. Jap, kalo surau tu penuh sangat, ko jangan la nak tepek muka lama-lama sangat. Sikit-sikit cukup. Kalau tak cukup, ko pegi sambung kat tandas ke kat luar ke kat mana-mana la asalkan jangan menyemak kat surau yang tengah sesak itu. Ko faham tak ni, dik? Kakak nak suruh kau berfikir sikit.

7. Susun kasut dekat rak yang disediakan
– Biasanya surau/masjid ada menyediakan rak kasut. Tapi malangnya tidak ramai yang ingin menggunakan rak tersebut, ramai memilih untuk pndang sepi. Tapi kadang-kadang orang terlupa, kasut yang berselerak di surau bukan sahaja nampak semak, malah kotor dan membahayakan. Bayangkan ada seorang warga emas nak jalan, terpaksa pijak kasut-kasut tu semua, kalau ada yang licin, kalau dia jatuh, macam mana? Ko nak bayar ganti rugi?
– Lagi kasihan jika ada yang menggunakan kerusi roda atau tongkat untuk ke surau, dia terpaksa alih kasut2 tu semua dari jalan sebab kalau tidak berbuat demikian, macam mana kerusi roda dia nak jalan?!.
– Tu belum lagi sentuh pasal kasut yang diperbuat daripada kulit khinzir. Kadang-kadang ada orang tak cermat beli kasut, asal lawa, rembat, tak tengok dah kasut tu diperbuat dari apa sebab yakin kononnya semua yang dijual di pasaran Malaysia halal. Korang boleh bayangkan tak kasut korang yang bila-terkena-kulit-wajib-samak ni dah buat ramai orang lain tak sedar mereka perlu menyamak tapak kaki mereka selepas terpijak kasut ko yang ko letak tengah-tengah jalan?

So far, that’s all I can think of. Maaf kalau terkasar bahasa. Saya cuma nak mengingatkan diri saya dan muslimah-muslimah di luar sana. Semoga kita sama-sama memanfaatkan kemudahan yang ada dan tidak menyusahkan orang. Janganlah kita nak buat pahala tapi tiba-tiba tertambah dosa. Even a tiny good deeds count, okay. So lets be a great Muslimah who isn’t selfish and very thoughtful to others.

– – yang suka galakkan orang untuk kejar pahala kecik-kecik

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit