Mohon Nasihat Rumahtangga

Salam semua, mohon pandangan dan nasihat anda yang telah berada di alam rumahtangga. Saya bakal pengantin Februari 2025. Tempoh masa yang tak lama lagi.

Kebiasaannya saya akan tanya pendapat ibu, tapi sejak kesihatan ibu tidak baik sangat dan tak boleh stress, saya tak nak bertanya lagi soal keraguan saya.

Kami PJJ bukan pasangan bercinta yang boleh keluar dating. Jadi segala komunikasi melalui Whatsapp dan jarang2 call.

Si dia pernah maklumkan dia ‘anak mak’ tapi saya tak pernah nampak mak dia manjakan dia. Mak ayah orang senang tapi dia hidup berdikari dah lama.

Lepas habis belajar terus menetap di semanjung dan kerja sebagai tukang masak.

Si dia bukan jenis curang, solat jaga, kawan sekerja yang baik agama. Alhamdulillah.

Sepanjang tunang semuanya baik2 saja. Cuma satu hal yang membuat hati saya bolak balik. Si dia tak tetap pendirian dalam rancangan masa depan. Situasi begini ada berlaku 2 3 kali tapi isu yang lain.

Contoh situasi,

Nikah lagi 2 bulan, plan nak menetap dimana masih tak jelas lagi. Dia kerja di Shah Alam, ada beli rumah di Semenyih. Awalnya kami setuju sewa rumah berhampiran tempat kerjanya.

Tiba2 dia nak bincang dengan family dia dulu. Kemudian dia baru maklumkan bahawa parents dia tak setuju.

Saya mohon pembaca kongsikan pendapat dan nasihat rumahtangga. Saya tak nak jadi dominan dalam segala hal berkaitan planning.

1) Bagaimana nak minta dia tegas buat keputusan tanpa merendahkan dia?

2) Macamana kalau dia hanya follow segala keputusan family dia sahaja?

3) Saya nampak dia seperti kurang matang, apa perlu saya buat? (Kami sebaya)

– Bakal isteri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Dulu saya pernah ada keraguan mcm ni, tak pasti sama ada dia cuma menghormati pendapat keluarga ataupun memang mengikut tanpa bantah kata keluarga. Jadi saya tanya dia tentang situasi2 lepas kahwin, contohnya, 1. dalam hal nafkah, siapa yang dahulu? isteri atau ibu? 2. kalau kita pergi bercuti, dia akan beritahu keluarga ke? tu contoh2nya, semoga dipermudahkan ya, bakal isteri

  2. 1.kahwin bukan perkara mudah, nasihat saya. letak lah satu tempat, yang sesuai dengan pekerjaan suami . kita as isteri kena ikut pilihan dan tempat suami bekerja. sebab suami yang akan menangung kita lepas kahwin .
    2.untuk tidak merendahkan dia . kita sebagai isteri kena terangkan suami apa yang perlu dan tidak perlu dalam hidup dia , tanpa meninggikan dan tanpa buat dia rasa tercabar (kena nada cool je)
    3. semua lelaki dia akan bersikap kurang matang lebih dari perempuan sebab dia tak dapat berfikir lebih dari perempuan . jadi kita perempuan yang mencorakan pemikiran lelaki, bagaimana sesuatu itu perlu dan kenapa ia berlaku .
    semoga dipermudahkan urusan kamu …

    • Nampak sangat tak de pendirian sendiri dan tak tegas buat keputusan. Susah kalau dia tak ubah sikap. Bukan mudah nk ubah sikap bila dah kahwin. Nanti awak yg makan hati. Fikir2lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *