Mohon Pendapat

Assalamualaikum semua. Bagitau awal-awal. Ini bukan luahan KRT ya. Sekadar nak tanya pendapat.

Aku suka baca komen-komen dalam IIUM Confession ni. Sebab nampak la matang dan cerdik di situ.

Intro F31, seorang isteri dan ibu yang bekerja swasta. Gaji sekarang boleh la cukup makan nak tanggung 2 anak (2 tahun & 4 tahun) walaupun kadang saving sendiri pun celup-celup. Suami pun kerja.

Masuk tahun ni dah 7 tahun la aku kerja (dah lompat 4 company). Yang tak best nya aku dah mula bosan dengan nature kerja aku. Sumpah bosan. Hadap perangai operator-operator Bangla/ Vietnam/ Indonesia.

Kerja nak membongak jer bila ada complaint/ problem dengan produk. Yang kena menjawab complaint tu aku. Alasan berjela-jela bila suruh buat.

Pekerja local pun sama naik. Nak kena ketuk tanya baru kerja jalan. Padahal memang jobscope kerja kau. Cemuih la nak bunyi tiap kali. Dah tua bangka kot.

Aku nak cuba masuk kerajaan. Nak rasa pulak environment tempat lain.

Aku selalu jugak ulang alik berurusan dengan pejabat kerajaan. Tenang je aku tengok. Envy nya. (Mungkin sebab aku datang bukan time peak kot. Department lain aku tak tau la)

Tapi tahu la kan, kerja kerajaan sekarang mostly kontrak. Lepastu starting gaji dari bawah balik. Aiyoo. Dengan komitmen yang ada sekarang, emm confirm sakit nanti. Tapi aku nak pengalaman tu.

Nak harap gaji laki suami aku cover? Memang idok ler. Yang sekarang pun aku tolong yang tak cukup. Kalau aku single, memang lama dah aku redah je.

Banyak benda aku tak capai lagi sebab kekangan duit. Nak sambung belajar, nak beli rumah, nak buat aqiqah anak, nak pergi umrah, nak bawak parents pergi melancong. Haihh… banyak la naknya~~

Buat part time? Aku pernah jadi part time consultant sekejap.

Mak aii.. mencabar keimanan yer dealing dengan mentaliti client yang rasa dia “always right” sebab dia bayar servis kita. Yang kita kata tak boleh tu la.. Dia dok ratib nak bagi boleh jugak~~ So.. aku hold kejap buat part time ni.

Mohon pandangan bernas pembaca-pembaca ya.. Terima kasih.

– Karipap Pusing (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Hi sis, idk if my opinions will help or not but here’s my takes regarding ur issues :

    1. masih tak terlambat la kalau sis nak try govt, but the competitions are tough. dah jawab 10kali ujian psikometrik dia tu pon tak menjamin akan pass untuk next stage. Besides, diorang ada calon simpanan yg ramai, kadang tu dia panggil kita exam tu ibarat buat syarat je la.

    2. kalau sis jenis org yg nak grow dan tak suka ikut telunjuk orang, percayalah govt sector is not for you.

    3. based on cerita sis, apa yg saya faham ialah sis nak ada financial freedom ( fair wages) and dalam masa yg sama nak WLB kan? so saya cadang dgn 7yrs experience tu pergi la jump MNC/ GLC. my experience 3yrs dgn MNC i can tell saya langsung tak stress, tak sedar pon dah quite long stay dgn company tu. sbb in MNC you hanya buat kerja ikut jobscope you je, tak perlu nak kisah jobscope org lain. the works segregation are fairly equal and reasonable with the pay.

    all in all, kalau sis takleh secure kerja kerajaan tu, try la mnc. they have different cultures with SME. hope this helps! goodluck sis

  2. Agree dengan comment dekat atas. MNC lagi besar kemungkinan nak dapat WLB. Saya pun dalam tak sedar dah 5 tahun lebih, padahal plan asal nak jump company lain haha. Buat kerja within jobscope, tak banyak office politic, orang tak sibuk hal peribadi, balik on time. Thats it.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *