Assalammualaikum. Ini bukan luahan, tapi nak mohon pendapat parents atau guru².
Sekolah harian biasa/ SBP/MRSM?
Alhamdulillah, anak lelaki saya berjaya cemerlang dalam UPKK, 9A’s.
Untuk result sekolah harian pun keputusan dia selalu cemerlang. Guru² suggest suruh mintak MRSM/SBP.
Tapi anak saya kurang berminat sekolah berasrama. Nak sekolah dekat² rumah je katanya.
Sekolah mana-mana pun sama je katanya,pembawaan diri yang penting. Huuu.. dia ajar kita.
Dari kecik tak pernah berenggang.
Saya tak suka memaksa, sebab yang nak belajar tu anak. Saya hanya boleh guide dan tegur.
Cikgu² pulak cakap sayang kalau sambung sekolah harian biasa sebab dia bijak. Kena cuba suasana dan circle yang berbeza.
Hati puan mama ni mula setuju..
Tapi… bila ada saudara terdekat yang anaknya di sekolah asrama berperangai agak nakal, ada yang memberontak, hati puan mama ni agak ragu.
Tambahan pulak bila banyak berita² kurang enak pasal circle asrama. Buli, liwat, budaya songsang. Haishhhh.. nauzubillah.
Mohon pendapat parents yang ada pengalaman.
– Puan mama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Isunya sekarang, siapa yang nak belajar? Anak puan kan? Kalau dia ckp dia lebih selesa belajar dekat dengan rumah dan sekolah lama, ikutkan saja. Risau bila dihantr ke asrama, anak remaja akan memberontak. Lagipun sebagai student, nak dpt result cemerlang, hati kena tenang, fikiran x serabut dengan masalah persekitaran. dah banyak kes anak² remaja yg masuk asrama tapi x perform mcm student yg stay kat sekolah harian. Nak anak berdikari, tak semestinya hntr ke skolah asrama. dekat rumah lagi senang. bleh ajar dia tlg puan buat keje rumah biarpun anak tu lelaki.
Saya cadangkan puan mama tanya dan turutkan kemahuan anak puan. Beri peluang untuk dia buat keputusan besar dalam hidup dia, dan menikmati kesan baik dan buruk daripada pilihan yang dia buat. Jika anak puan mama tetap memilih untuk bersekolah di SMK contohnya, puan tapis dan pilih SMK yang berpotensi untuk menyempurnakan pilihan dia. Kami adik beradik perempuan yang berkelahiran SBP/MARA dari pelbagai tempat kecuali seorang, dapat berikan keputusan cemerlang dan seorang lagi dalam kalangan kami (perempuan) bersekolah di SMK turut cemerlang. Adik beradik lelaki kami di SMK juga cemerlang. Semuanya pilihan kami sendiri yang dibantu dan disuluh oleh ibubapa kami. Saya berpendapat ibubapa yang memainkan peranan penting selain guru/sekolah dalam memastikan matlamat anak-anak ke sekolah pada setiap hari tidak melencong dan sentiasa dalam landasan yang tepat. Berkenaan dengan gejala-gejala buruk seperti yang dinyatakan puan mama di atas, saya rasa kita boleh dapati ianya di mana-mana, tidak kira sekolah dan tempat. Ahli-ahli rumah yang tidak berusaha mengenal Allah dengan baik juga boleh menimbulkan perkara buruk itu di dalam rumah kediaman sendiri. Bapak saya cakap bencana buruk (keruntuhan akhlak dan moral) yang menimpa dunia hari ini ialah hasil dari ketidakpatuhan manusia sebelumnya dan sesudahnya (hari ini) yang dibuat sedikit demi sedikit sehingga berlubang besar. Tiada daya kita nak tutup lubang besar tersebut dalam masyarakat (semoga Allah ampunkan dosa kita yang berusaha melebihi kuasa yang kita ada), jadi cukuplah kita mulakan dengan berusaha sebaiknya untuk menjaga keturunan kita. Akhir sekali, yang dinyatakan hanyalah pendapat saya pada puan mama. Ada yang baik boleh ambil, yang buruk boleh tinggalkan.
ikut minat anak, kita sebagai parent beri sokongan padanya. Jawapan anak puan dah boleh tahu kemahuannya. dia selesa berada dipersekitaran bersama keluarga, dan dia boleh belajar dengan cemerlang.
Belum tentu jika dia pergi ke sekolah berasrama, dia dapat adaptasi dengan persekitaran di sana dan meneruskan kecemerlangannya.
apa-apa pun, ibu bapa doakan yang terbaik buat anak-anak.