Mohon Respon Dari Surirumah

Assalamualaikum. Aku terus terang saja kat sini yang aku perlukan sangat respon dari semua suri rumah.

Betul ke suri rumah semua berlapang dada jadi suri rumah? Keperluan korang cukup ke? Layanan suami korang sama ke sebelum n selepas jadi suri rumah?

Situasi aku..

Anak nak masuk 3. Aku bersalin bulan 9 ni. Suami aku cakap, lepas lahir yang bongsu ni, dia minta aku jadi suri rumah sebab kos anak-anak hantar kat babysitter dah melebihi gaji aku, jadi tak berbaloi.

Tapi, aku tak yakin dengan suami aku. Apa kami nak makan nanti? Sekarang ni, Makan pun bercatu walau sama-sama kerja.

Nanti suami aku respect lagi ke kat aku?

Duit bulanan mama ayah aku, siapa nak bagi? Penat mak ayah aku sekolahkan aku sampai diploma. Aku nak juga berbakti walau sikit..

Sorry kalau nampak macam negatif je soalan aku ni.

Aku tengok contoh paling dekat biras aku. Daripada kerja elok-elok, sekarang kena jadi suri rumah atas alasan sama, anak makin ramai dan tak berbaloi bayar semua gaji kat pengasuh.

Lepastu mak mertua aku selalu mulut jahat cakap biras aku ni macam beban.

Dulu dia kata kesian anak lelaki kerja sorang-sorang, hasil kena ‘perah’ dengan isteri. Padahal bukan mewah pun aku tengok hidup diorang, cukup makan je. Apa entah MIL aku sakit hati..

Pastu, Baru-baru ni biras aku masuk hospital berkali2. Lepas patah tulang, dia kena batu karang pula.

Jadi suami dia (abang ipar aku) kena belanja extra – ubat, makan anak & jaga anak (sebab takde orang boleh jaga, isteri warded). Itupun MIL aku dah rengus2.

Pastu biras aku cakap dia selalu kecil hati kat abang ipar aku. Dia kata lepas jadi suri rumah, cara layanan suami tu macam dia tu beban and pengemis.

Nak beli pad waktu period pun kena minta2 banyak kali. Nak beli underwear pun sama padahal dah buruk sangat. Dia rasa macam terhinalah sebab itu kan keperluan perempuan.

Minta topap duit barang dapur pun kena herdik dan dituduh tak berjimat. Padahal lauk yang biasa dia beli, telur, ikan kecil & ayam sekali sekala.

Kadang biras kata, dia terfikir, dulu-dulu husband dia manja n baik2 dengan dia sebab dia ada duit ke? Sekarang ni semua hilang sebab dia takde duit, tak contribute and dianggap beban ke?

Pastu biras kata dia rindu sangat zaman bekerja. Compare masa kerja dulu and ada duit, semua pun beli sendiri. Kalau nak apa-apa, duitnya ada. Kalau teringin makan sedap, boleh pergi bila-bila. Even bukan beli mahal-mahal, tapi duitnya ada.

Even besfren aku sekarang pun, dah mula burnout jadi surirumah. Dia kata hidup dia sunyi sangat. Rasa ketinggalan. Takde kawan. Tak dihargai.

Suami banyak sindir-sindir dan pandang rendah kat dia as suri rumah walau gurau-gurau. Tapi dah terlalu kerap, dia rasa terluka sangat.

Sorrylah kalau cerita aku caca marba. Aku harap sangat para suri rumah kat luar boleh bagi nasihat kat aku. Dan aku pun harap korang jujur.

Korang menyesal tak jadi suri rumah?

Apa condition terbaik yang membolehkan seseorang boleh jadi suri rumah yang bahagia?

Korang sebenarnya rasa dihargai tak?

Terima kasih semua yang sudi jawab. Thanks in advanced…

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. org yg brkrja mmg org akan pndg tggi….beza dgn surirmh yg org x brpe nk pndg…contoh trdkt kwn baik aku…..dia surirmh..ipar dia brkjya..dia rajin mcmne pn..amik ht dlm keluarga mertua dia tetap x di pndg..beza dgn ipar dia..dtg skli skala…bila dtg mcm biasa la…ddk skjp blk..yg penting hulur tue yg org pndg..biar x brpe nk rajin pn..aku cma ckp kt dia mcm nie..sdh2 la ko nk amik ht..sdgkn ht ko sakit…knp la org suka pndg rendah pd surirmh…sbb d org x de duit sendiri ke…x fhm aku..aku geram jg dgn org yg pndg rendah nie…

  2. Dulu ada org nasihatkn aq, klaw susah mcmne pon, jgn berhenti kerja.. bkn shj utk bli kperluan diri sendiri.. tp klaw jd apa2 nt; klaw umur suami tu x pnjang, or jodoh x pnjang.. nk cari kerja, susah jugak, sbb umor dah bnyak.. klaw nk kerja ‘kuli’, bdn pulak yg xlarat.. insha Allah, bincangla dgn suami.. cuba ‘culculate’ n ‘accumulate’ dua2 gaji or pendapatan lain, then bhgikan ikut kperluan.. mngkin duit antar ank ke pengasuh bole ‘combine’ or diskaun ckit, klaw hantar ke pengasuh yg sama, mkn pon kna survey tempat yg murah ckit utk bli bhn mentah, ank2 nt kna ‘didik’, jgn minta bli brg2 yg bkn kperluan, spt mainan or gajet yg mhal, mnabung walau pon sedikit.., dan yg plg penting ‘maruah’ kita di mata suami n kluarga nya.. kluarga kita pon kna jaga jugak.. so, fikir2kan lah baik buruknya, sbelom brtindak.. wallahu a’lam

    • Ade kelebihan n keburukan nye jdi suriRumah ni.. buruk nye duit sntiasa takde, nk apa² perlu mngemis dulu ngn laki. Sometimes bkn dia tknk bgi.. tpi sbb kn kesempitan wang n suami akan rsa smua beban pda dia sorg.. isteri kene main peranan ada side income sndri dlm hal ni.. sbb org yg dh biase pgang duit sndri ni akn rse sgt terbeban bila ape yg diorg perlukan tk dpt di tunaikn..

      Jdi suriRumah ni automatic kwn pon akn hilang 1 per 1.. klo tak caye, try dlu.. sbb u akn busy 24 hrs kerja yg tk pnh habis.. nasihat i, lapang kn dada accept ur fate.. if u rase terbeban smua tu akn jdi tak ikhlas n slow² jdi tak puas hti n punca gadoh ngn hubby n ur kids…

      The best part jdi housewife is u dpt tgok sndri perkembangan anak².. safety anak.. telatah anak .. diorg membesar dgn sgt cepat.. n u gonna miss how cute they r while growing.. how reliable they r to u..

      Setiap detik dgn anak² tk dpt dibeli dgn wang ringgit.. fikir² kn la sbb situasi setiap org tak pernah sama…

      Ikhlas dari seorg housewife wth 2 kids..

  3. Dari gaya mak mertua layan biras awk, dan cara suami dia layan biras awk, lebih baik laah awk bekerja daripada jadi surirumah. Layanan akan berubah bila dah jadi surirumah…..jika tak percaya cuba laah jadi surirumah selama 6 bulan – setahun.

  4. cter2 ko smue sbb laki jenis hauk padan la dapat life mcmtu, cuba dapat laki yg masyuk and caring. heaven je jadi surirumah. goyang kaki,g mkn buffet skaliskala. blk kg bg duet kat mak pak guna duet laki ko. tiap2 tahun dapat hadiah emas, so what kan org lain nk mengata?

  5. saya hormati suri rumah sbb tugas suri rumah lagi berat dari pergi keja, suami nak pi keja semua dh siap, baju dh iron, sarapan dah redi, balik makan malam dah atas meja, mandi, letak baju dlm bakul, makan malam, tengok tv, yg lain isteri uruskan, masak, membasuh, siapkan pakaian, siapkan anak2, malah ada surirumah hantar/ambik anak balik sekolah, tiap2 hari non-stop, bila weekend pun camtu, sy nampak jadi surirumah jauh lebih teruk dr bekerja, bila weekend, saya tk bagi isteri masak, sy akan offer utk makan apa, tk yah masak, luangkan masa bersama2, sbb sy nampak beban isteri surirumah ni lebih berat dari suami yg keluar bekerja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *