Mohon Sumbangan Doa Ikhlas

Assalamualaikum W.B.R. & Selamat Sejahtera. Terima kasih admin, jika confession ini di published kan. Terima kasih juga jika tidak di published kan, sekurangnya dapat juga diluah kan segala yang terbuku.

Buat semua pembaca, harapnya kita semua sihat, sentiasa dalam rahmat & lindungan Allah. Confession ini adalah sekadar luahan dari hati sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang anak & seorang kakak.

Saya sudah 2 tahun berkahwin. Sangat baru. Dikurniakan seorang anak yang sangat² comel. Alhamdulillah untuk semua nya. Bekerja stabil husband & wife, Alhamdulillah.

Satu hari, anak warded. Sebab lung infection, doctor syak dapat dari taska. Selidik², betul. Sebab ada anak taska warded, reason yang sama. Jadi nya, berjangkit kat anak kami. Masa di hospital, husband ulang alik office – hospital.

Saya memang EL. Almost 2 weeks anak warded. Husband kerja office hours, tapi selalu kena OT sebab memang nature pekerjaan dia. Sebab kerja dalam group. Tapi masa anak kat hospital, husband balik ikut office hours. Bos dia bising.

Orang lain pun ada family, kata dia. Orang lain pun, itu ini, kata dia. Saya stress. Bising² kat husband. Dengan anak tak tahu bila boleh keluar, dengan husband kena tembak dekat office.

Husband dua kali ganda stress. Balik kerja, kena bising dgn wife, dekat office kena tembak dgn bos, balik kampung, kena bising dengan emak dia.

Saya mengaku, sebagai seorang isteri, saya patut support, bukan bising. Tapi, pada saya agak melampau bila tembak staff macam tu sedangkan dia balik ikut office hours & buat kerja, dan reason balik awal dari biasa sebab anak dekat hospital. Bukan suka².

Selepas 2 minggu, anak discharged. Hati saya meronta – ronta nak berhenti kerja. Tapi dapat nasihat dari ibu saya, mertua saya. Jangan berhenti. Saya carik alternative lain, Alhamdulillah saya dapat kerja sangat dekat dengan rumah. Boleh tengok anak saya selalu.

Tapi, gaji sangat berbeza dgn kerja sebelum nya. Tup², husband buat keputusan nak berhenti kerja dari office dia. Katanya, penat.

Anak dah discharged pun, masih kena tembak. Lepastu selalu kena balik pukul 3@4 pagi. So dia penat mental & fizikal. Masa untuk family, memang tiada. One of the reasons emak mertua saya pun bising.

Lepas berhenti kerja, husband sara kami dengan bawak grab. Tambah sedikit dengan gaji saya yang tak seberapa, Alhamdulillah. Tidak pernah lagi bercatu makan. Tapi, sedikit terkesan lah. Sebab semua nya berlaku mendadak.

Tiba², kita dilanda Covid-19. Kami sekeluarga sempat balik kampung sewaktu tempoh PKP. Bulan 3 sampai bulan 6, kalau tak silap saya. Saya terus kan kerja dari rumah, online kelas.

Bila dah boleh balik Selangor, kami balik. Kami berdua kerja macam biasa. Sehingga lah PKPB di Selangor. Husband stop bawak grab, cuba alternative lain.

Sebab masa tu kata dia grab driver pun, kalau jumpa roadblock, tak semua tempat dia boleh lepas. Family pun minta dia slow down dulu, risau kan jumpa orang ramai.

Dia cuba alternative lain, try² freelancer Amdec (kalau tak silap saya).

Sambil² itu, kami isi segala Jawatan Kosong yang kami jumpa. Hantar borang ke mana² yang ada jawatan kosong. Family pun, kalau ada iklan je, forward pada kami. Alhamdulillah, mana yang ada kaitan tu, kami isi jee.

Minta doa dari semua yea supaya sangkut 1@2 kerja untuk kami.

Tapi tu lah. Husband saya, nama pun freelancer, dia pun baru join kelas semua. Income memang zero. Mengharap pada BSH & i-lestari. Saya punya i-lestari last bulan ini. Bulan depan ni dah tak dapat.

Kami bayar duit rumah menggunakan duit² bantuan tu (Husband dapat duit tu, memang dia simpan untuk sewa rumah). Sebab duit saya memang untuk kami makan. Boleh tolong bayar sewa, tapi kena ada saving dari bulan ni sikit untuk cover next month punya belanja.

Now, husband memang mengharap KWSP akaun 1 next year. Tapi taktahu lah dapat ke tak dapat tu. Saya pun sama. Rasa sayang nak guna. Tapi keadaan memaksa.

Jangan tanya simpanan, sebab kami memang baru kerja, terus kahwin. Akhir tahun grad universiti, awal tahun depan tu baru kerja, tengah tahun kahwin, awal tahun depan nya, daapt anak. Rezeki.

Kata orang, zaman enjoy pegang duit. Beli itu ini. Lepas kahwin lagi la. Beli barang rumah, seronok. Beli itu, beli ini. Hehe. Tak beringat masa susah.

Semalam saje borak dengan husband. 1 perangai husband, selagi tak tanya, dia takkan cakap. Ada duit ke, takde ke. Dia buat biasa je.. tapi, bila tanya, dia akan jawab jujur.

Alhamdulillah, belum pernah dia menipu. Kalau dia taknak bagitahu pun, dia akan cakap, “takpelah, tak penting, tak perlu tahu”.

Saya tnya dia, bulan depan, ada duit nak bayar sewa tak, katanya, tiada. Saya tnya lagi, pada dia, ada berapa? Dengan niat nk buat kira² untuk bantu tambah berapa yang kurang. Jawapan nya, tiada. Zero.

Lepastu, dia tambah lagi. kalau dia tak dapat elaun freelancer tu, bulan depan kereta takboleh gerak, sbb roadtax mati & kereta belum bayar. Allah. Saya terdiam juga sejenak.

Musim PKPB ni, majikan saya hanya membayar mengikut gaji hari. Saya faham sebab majikan pun ada commitment. Sewa yang dia kena bayar, lagi besar lah tanggungan dia. Company sendiri, sdn bhd.

Nasib saya baik sebab saya minta untuk tak tolak KSWP gaji bulan ni, alhamdulillah majikan setuju. Sekurangnya, takdelah sikit mana duit yang akan saya dapat, betul?

Allah kurniakan majikan yang baik pun rezeki. Anak yang sihat & ceria, rezeki. Husband yang baik, rezeki. Tidak ada apa untuk saya merungut.

Saya cuba berjinak-jinak menjual ais krim malaysia. Sekarang nak cuba tambah jual dadih. Sekurang nya dapat juga duit tepi, walau tidak banyak.

Belanja rumah, memang 100% saya. Sewa² je sayaa tolak pada dia. Hihihi. Itu yang terdetik nak tnya dia pasal sewa rumah bulan depan.

Sedikit sedih juga sebab tak berapa mampu tolong adik² saya. Sebelum ni, alhamdulillah saya dapat juga tolong walau tak bnyak. Tapi 2 bulan akhir ni, tak mampu nak lebihkan ke adik². Sebak rasa. Bahagian emak abah, alhamdulillah masih ada, walau sedikit.

Alhamdulillah sangat emak & abah saya jenis yang tak kisah. Tapi, terkilan juga bagi pihak mertua. Bahagian saya pun tiada, apatah lagi untuk mertua (harap pembaca faham maksud saya). Kadang terasa juga nak bagi semampu nya, tapi segan.

Yelah, maybe sebab tak biasa. Selalu by hand, tak kisah berapa amaun nya. Bila nak bank in, Allahu.. terasa mcm sedikit.

Minta tolong doakan saya dapat bantu keluarga kecil saya. Minta tolong saudara saudari bantu doakan kami sekeluarga. Saya percaya, ada diantara doa kalian, yang Allah kabulkan. Minta juga kalian tolong doakan kami dapat kerja yang lebih baik dari sekarang.

Doakan husband saya dapat kerja tetap, yang lebih stabil. Selagi saya mampu, insyaAllah saya boleh. Tapi tak salah untuk kita minta yang terbaik, untuk kita perbaiki kehidupan kita, betul?

Sebenarnya terasa sedikit berat di bahu dan di dada. Itu yang nak diluah juga. Kalau boleh nak avoid luah pada emak, sebab tahu nanti emak mesti akan tolong. Bukan saja tolong doakan kami, tp mesti akan tolong lebih dari tu. Segan lah saya. Lagi segan kalau emak bagitahu abah.

Bila keadaan macam ni, hati meronta nak balik kampung. Peluk emak abah. Menangis semahu nya. Saya bukan penat, saya tahu saya mampu. Cuma terasa sedikit berat.

Mungkin saya dah lama tak jumpa parents, perasaan bercampur baur. Selalunya, saya akan call emak dan bercerita, then saya akan lega.

Tapi kalini, saya tahu, kalau saya cerita, mesti saya akan menangis. Saya mahukan sedikit kekuatan dan semangat dari semua. Saya ni jenis menangis. Happy menangis, sedih lagi la menangis. Type confession ni pun menangis – nangis. Haha. Alhamdulillah, sedikit lega.

Semoga Allah ambil semula virus yang diturunkan ini. Semoga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk kita semua. Semoga Allah kurniakan tubuh badan yang sihat buat kita, buat ibu ayah kita, buat anak² kita. Semoga Allah panjangkan umur kita semua.

Ya Allah ya tuhan kami, sesungguh nya kami hamba Mu yang lemah. Pinjamkan kami sedikit kekuatan Mu untuk kelangsungan hidup kami, ya Allah. Bantu lah kami, ya Allah. Permudahkan lah segala urusan kami. Engkau lah Tuhan yang Maha Besar. Ameen, ya rabbal aalamin.

– The Wife (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *