Mokku

Assalamualaikum dan terima kasih admin sekiranya luahan aku ni di siarkan. Hampir 6 tahun aku pendam dan harini aku terdetik nak luahkan apa yg terbuku di hati ni. Seumur hidup ini, tiada seorang pun sahabat aku yang tahu kisah peribadi aku. Btw, aku hana berumur 26 tahun. Sebelum itu, aku nak minta maaf andai kata karangan aku agak teruk atau sukar di fahami. Aku sangat jarang menulis sebelum ni. Hehe.

Awal tahun depan genap lah 6 tahun pemergian arwah ibu aku yang aku panggil mok. Arwah meninggal di sebabkan beberapa komplikasi. Sewaktu aku kecil2 dulu ayah aku bekerja dekat singapore, sebagai buruh kasar. Jadi arwah mok aku la sorang2 membesarkan anak2. Ayah aku balik dalam 5 bulan sekali. Alhamdulillah walau berjauhan, ayah aku tak pernah miss hantar duit. Ayah aku ni kategori agak lurus bendul dan gagap, sejak kecil orang2 kampung selalu menyindir ayah aku sbb pertuturan ayah aku tak berapa jelas. Dan banyak kali jugak ayah aku kena tipu, abang dia sendiri pun pernah tipu ayah aku.

Berbalik kisah arwah mok aku ni, sejak kecil aku selalu ikut arwah mok aku masuk hutan. Kami selalu pergi kait daun pisang dan angkut buah kelapa(waktu umur 8 tahun aku dah boleh angkat 15 bijik buah kelapa dengan guna kereta sorong). Pagi2 sebelum tu aku atau adik beradik lain akan pergi hantar kuih muih ke kedai2 makan berhampiran. Arwah mok aku jual kuih muih jugak kalau beliau larat. Rutin tersebut berlarutan sehingga arwah mok aku melahirkan adik bongsu aku dan ayah aku dah mula kerja di kawasan yang dekat dengan rumah.

Di takdirkan, adik bongsu aku lahir dengan bermacam komplikasi dan di sahkan lumpuh. Dah boleh bilang berpuluh kali kena tahan ward dan berpuluh pembedahan di jalankan. Sejak dari tu, arwah mok aku tak masuk hutan dah, cuma buat kuih jela jarang2. Sebab arwah pun tak berapa sihat. Malam2 selalu jugak la sakit2 kaki. Kami adik beradik selalu bergilir2 urut arwah.

Selepas spm, sambung asasi di selangor dan selepas asasi, sambung belajar di universiti di sabah. Selama berjauhan tu, aku aku hanya dapat perkhabaran melalui telefon/mesej sahaja. Waktu tu, smartphone dah ada, cuma aku lambat sikit(banyak. Haha!). Ni pun baru 2 tahun aku guna smartphone. Sebab dah macam keperluan dah smartphone ni. Hehe.
6 bulan sebelum kematian, waktu hari raya puasa, aku dah nampak lain macam arwah mok aku.

Selalunya aku ni kuat melawan dan arwah mok aku pun sama naik dengan aku. Tapi aku tak tahu, raut wajah beliau, cara beliau bercakap dengan aku, aku rasa lain. Dia senyum je walau sakit, selalu pesan jaga kesihatan, jaga solat semua tu. Lain macam yg aku tak boleh jelaskan.

3 bulan sebelum kematian, arwah mok, beliau dah start tak boleh nak jalan. Dia boleh duduk dan mengengsot saja. Waktu aku call dia pun dia menangis tanya aku. Tak ada ke ikhtiar ni agak2 nya. Aku cakap aku akan cuba tolong apa yang termampu. Malam tu aku menangis tapi tak ada seorang pun roomate aku perasan atau tahu masalah aku. Sebab aku memang tak pernah tunjuk aku sedih ke apa. Apa2 luahan ke tak ada orang pernah tahu. Esok tu, aku pergi jumpa lecturer aku, aku bagitau aku nak quit belajar. Beliau tanya tapi aku tak bagitau masalah.

Akhirnya air mata aku menitis tak henti, aku cuma cakap aku nak balik kampung jumpa mok, mok tak sihat. Dia tanya aku ada duit tak nak balik. Aku senyap jela. Pastu dia bagi nasihat mengenai keputusan aku utk quit belajar ni. Dia suruh aku balik rumah seminggu, dia bayarkan tambang tiket penerbangan pergi balik.

Aku sangat berterima kasih dekat beliau, dan sampai harini aku tak lupa jasa2 beliau terhadap aku. Waktu aku balik tu, arwah nampak pucat dan banyak termenung. Akak dan abang aku dah bawak mok aku ni pergi berubat kat hospital semua. Tapi tula, arwah mok aku macam dah agak lemah sebenarnya. Lepas selesai urusan kat kampung, aku balik semula ke universiti dan teruskan pembelajaran seperti biasa walau hati dah tak ada kt uni tu. Selepas habis final exam, aku ada beberapa urusan yang perlu di lakukan di uni ni. Hati aku tak berapa sedap dah sebenarnya, jadi ada satu program kt uni aku ponteng dan aku balik rumah(nasib baik ada sedikit duit utk tiket).

Aku tak tahu kenapa, perjalanan nak balik kampung tu macam cepat dari kebiasaan. Sebab sampai kt klia, aku kena naik bas pulak untuk balik kampung aku. Kebiasaan nya, kalau malam gerak pukul 5 lebih aku akan sampai negeri aku, tapi aku sampai negeri aku ni dalam pukul 3 pagi. Agak cepat jugak la sebenarnya. Sampai je kat rumah, arwah mok aku mcm dah agak teruk. (beliau baru sahaja keluar dari hospital beberapa hari sebelum tu). Arwah menangis tengok aku, aku cakap kat arwah, sabar dan insyaallah ada jalan utk kesulitan ni. Aku dah rasa lain macam sebenarnya. Air muka arwah nampak lain. Dan bila arwah nak membuang air besar, terdapat kesulitan seperti sembelit dan najis pon warna lain.

Aku tak sedap hati dah. Aku bincang ngn abang dan akak aku, kena bawak pergi hospital ni. Esok tu kitorang bawak arwah pergi hospital. Waktu dekat emergency room tu doktor serba salah nak masukkan wad ke bawak balik rumah(means dah tipis harapan kalau bawak balik umah ni)sebab darah arwah dah rendah gila2. Tapi doktor berkeputusan utk warded arwah. Kitorang teman arwah seharian dan aku kena balik rumah sebab kena uruskan adik bongsu. Jadi akak aku yang ambil giliran jaga arwah malam tu.

Pukul 6 pagi, akak aku call dan menangis cakap arwah tak sedarkan diri dah. Aku menggigil nak menangis semua ni, dan kitorang pergi hospital serta merta. Adik lelaki aku sorang stay kat rumah untuk jaga adik bongsu. Waktu sampai tu, arwah dah sejuk, aku pegang tangan pun dah tak ada respon, bergantung kat mesi dah waktu tu. Aku dah redha kalau arwah pergi haritu.

Sebab aku tak sanggup tengok arwah terseksa menahan sakit. Tepat jam 12 tengah hari, doktor sahkan kematian arwah. Aku dah redha dengan pemergian arwah. Waktu mandikan arwah, aku menangis jugak la. Sebab waktu jiruskan air dekat telinga arwah, aku marah orang yg jirus kena telinga sebab risau masuk air dalam telinga arwah. Padahal arwah dah tak ada, waktu dalam van jenazah pun, aku termenung dan berdoa segala urusan berjalan lancar.

Okay, macam dah panjang sangat luahan hati aku. Maaf2.

Aku cuma nak pesan, tolong lah hargai ibu bapa anda semasa hayat mereka masih ada, bila dah tak ada, macam2 perkara yang di sesalkan terutama tak sempat nak bagi arwah hidup senang. Harap maaf kalau penceritaan aku tunggang langgang. Aku tak biasa menulis karangan. Itu saja, terima kasih kepada yang sudi baca. Semoga segala urusan kita di berkati dan di permudah kan.

– Hana

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *