Saya terpanggil untuk hadir beri semangat pada TT, sebagai seorang anak perempuan yang pernah diberi nikmat uruskan ayah yang uzur (stroke whole body) dan menjaga ibu yang ada sakit kronik.
Asalnya saya nak put comment saja tapi saya tak nak profile saya terlalu dikenali maka saya confess saja terus.
Kenapa saya kata nikmat, sebenarnya dapat peluang jaga orang tua sakit/uzur hujung usia depa ni satu nikmat cukup besar. Banyak sangat kebaikan dan rahmat kita terima.
Beberapa tahun sebelum, saya sering berdoa supaya saya diberi peluang dapat jaga mak ayah hingga depa pejam mata kerana saya dari muda jarang dapat balik kg kerana bersuami orang jauh.
Dalam family saya satu satunya anak yang berkahwin dengan orang luar dan suami adik beradik saya 1 negeri dan ada duduk dekat dengan mak ayah.
Takdir ketika ayah dan mak datang ke KL rumah anak anak, saja jalan jalan, ayah diserang stroke half body. Saya jaga 3 bulan hingga dia boleh berjalan tapi dalam condition yang tak seperti dulu.
Then dia nak balik kg. Saya sedih teruk. Saya pujuk suruh stay dengan saya. Sebab saya rasa tak de peluang dah nak jaga dia lepas ni. Sana abang saya dan ipar saya dua dua berkerja. Dan saya tak rasa mak boleh uruskan ayah sorang diri. Adik2 lelaki pun semua kerja.
Betul sangkaan saya, mak saya terkena covid agak teruk. Maka disitu lah bermula balik fasa saya boleh menjaga dia semula dan saya kembali ambil ayah waktu mak dalam kuarantin di pusat waktu semua sedang lalui tempoh PKP.
Surat rentas negeri kami mohon, polis tak soal banyak bila tengok alasan ambil ayah pesakit stroke untuk jaga nak rentas negeri.
Tapi perjalanan jauh saya khuatir bebankan body ayah pesakit stroke. Kami dua beradik terpaksa berhenti sebab ayah cramp dan terpaksa lah urut2 dia untuk kurangkan pressure.
Sebetulnya saya sendiri pun sakit saraf bekasan bersalin. Tapi gagahkan jualah demi ayah.
Sampai di rumah. Saya cukup happy. Perkara pertama saya plan. Berikan balik selera makan dan kembalikan mood dia kerana dia sangat bersedih bila mak di tahan di pusat kuarantin. Condition mak teruk juga. Oksigen drop. Dia pesakit diabetes. Memang risiko tinggi.
Emosi ayah tak stabil. Dia selalu fikir yang mak saya akan tinggalkan dia. Maka menangislah dia nak kena dipujuk pulak. Setelah beberapa bulan mak saya pulih dan kembali ke KL sama menemani ayah. Keduanya lalui hari hari tua depan mata saya.
Saya masih sibuk dengan uruskan anak anak & perniagaan saya. Memang penat. Mujurlah waktu kerja saya sangat fleksible.
Waktu tu, saya terfikir mujurlah saya berkerja sendiri kalaulah saya kerja fixed hrs dah tentu saya pun tak berpeluang nak jaga keduanya. Saya pernah berkerja sektor profesional.
Pagi saya sediakan makan minum depa. Bersihkan apa patut. Balik ketika ayah masih condition half body stroke saya masih mampu bawa dia kebilik air seorang diri.
Saya belajar teknik angkat disabled person dari youtube, belajar apa apa barang keperluan orang sakit macam ni, kita sendiri kena mood sangat strong dan bertenang.
Menguruskan disabled person sangat penat, burden pada body sendiri. Nak nak waktu tu saya baru setahun melahirkan anak. Badan sendiri pun tak sepenuhnya ok.
Mak saya 100℅ serahkan pada saya sebab dia tak ada kemampuan dari segi tenaga. Bila ayah masuk condition whole body ia jadi sangat stress, saya kena pandai kawal mood dia.
Ada masa saya bawa dia keluar pusing dengan kereta untuk ambil angin. Saya juga perlu kuat kerana tenaga saya perlu double untuk uruskan dia. Masa ni saya hampir hopeless juga dengan adik beradik lelaki di KL yang sibuk dan tak ada masa nak datang.
Melihat keadaan saya seorang maka suami main peranan, dia membantu saya mengangkat ayah, ada masa dia sendiri basuh berak ayah masa mandikan.
Kami memang dah macam mandi berkubang macam lembu dah hahaha. Dengan badan sendiri kotor. Dengan basah satu bilik, dengan nak kena tukar cadar hari hari. Di pakaikan diaper. Subhanallah.
Saya pakai tight paras betis sahaja ketika nak uruskan ayah untuk mudah pergerakkan. Kang jatuh dua dua dalam bilik air. Tak pasal pasal.
Jadi pakaian kita untuk uruskan disabled person ni memang kena jaga juga. Sebab ada masa baju kita pun kena tarik sebab nak menahan beban waktu dia nak jatuh.
Bilik air saya beli handle yang boleh lekat kat shoppe. Saya taruklah beberapa tempat untuk dia berpaut. Cuma pintu bilik air agak challenge. Sejak tu saya terfikir nak upgrade toilet untuk mudahkan urusan orang tua sakit.
Saiz pintu, keluasan untuk wheel chair boleh masuk. Tandas cangkung Tak leh nak fikir nak lawa lawa dah semata. Time sakit baru terfikir praktikal atau tak.
Saya sediakan bell beli dekat shoppe. saya letak dekat ayah. Just incase dia nak panggil saya just tekan bell tu. 1 rumah boleh dengar. Saya pesan dekat anak anak. Kalau saya keluar once bunyi bell dari bilik korang kena terus pergi no excuse.
Saya pastikan ada anak anak dekat rumah kalau saya keluar sekejap. Biasanya saya tak lama. Sebab saya risau nak tinggalkan ayah lama lama.
Diapers kena kerap tukar kalau tak kulit dia akan kudis. Jadi saya letak kipas stand menghala kawasan punggung dia supaya sentiasa kering. Diaper saya tak gam ketat2, supaya angin masuk dan skin dia kering. Cuma saya lebihkan double dan alas bawah punggung dia dekat plastik dan atasnya kain untuk elak kena tilam.
Saya tak pakai tilam angin getah sebab ia panas dan skin cepat kudis. Saya pakai tilam biasa alas plastik dan alas matress protection + comforter lembut yang boleh masuk washer (ini yg saya tukar hari2).
Pakailah mask ketika urusan najis berat, memang tak tahan. Tapi hadap jerlah dengan mask. Happy happy jer sambil gurau 2 dengan ayah. Hilanglah stress kita dan ayah.
Sebenarnya ayah pun stress sebab tengok kita anak berhempas pulas sampai najis dia. Ada masa dia akan mengalir air mata say thank you pada kita. Sebab sanggup hadap semua ni. Dia tahu kesusahan kita sebagai anak.
Percayalah saat tu redha dia pada kita sedang Allah Taala angkat sebagai hisab kita di sana kelak. Berlapang dadalah dan bersyukur kerana kita anak yang di pilih dalam ramai ramai untuk berbakti pada orang tua.
Pernah skin bahagian punggung dan private part dia mengelupas, saya sapukan gel gamat Luxor (harap Luxor tak habis stok ya lepas ni hehe) dan saya tak pakaikan pampers penuh. Kipas di halakan supaya cepat kering.
Untuk cover aurat dia, saya taruk meja Jepun dan tutup kain atasnya jadi angin masih boleh berlalu bawahnya. Mcm budak bersunat. Fahamkan? Alhamdulillah luka cepat kering, bersih dan tak berbau.
Bilik dia dah jadi macam hospital dah.
Balik cerita suami saya. Apa yang suami buat. Beri kesan banyak pada adik beradik lelaki saya terutamanya. Mereka jadi segan sebab suami saya cuma menantu. Bila dia tahu suami saya yg masuk cuci berak ayah dengan tangan sendiri lagilah depa segan. Sebab anak orang boleh buat, mana anak sendiri.
Jadi urusan beli keperluan ayah, ibu saya minta anak anak lelaki sediakan. Tak ada upah jaga ayah kami minta hanya keperluan ayah. Makan minum semua saya sediakan. Hanya diaper, ubat2 mana patut itu saja. Lain2 semua tanggungan saya dan suami.
Ipar duai saya pun tak berani bunyi kesan dari apa suami saya buat pada ayah. Hingga kepuk kubur ayah pun suami saya buat surprise tempah dan pasang senyap2. Tahu tahu saya ke kubur dah terletak elok. Baru dia cakap dia buatkan. Terima kasih sayang. Baik sungguh awak pada ayah dan mak saya.
Awak buat depa macam mak pak sendiri. Tak berkira duit, penat. Suami saya banyak spend duit dia untuk pasang filter coway untuk ayah. Nak kata dia berduit tak juga. Tapi ntahla. Rezeki dia pun mudah. Sejak mak ayah saya ada di rumah. Kerjanya mudah, naik pangkat.
Ada masa saya burnout penat sangat2. Memang saya menangis atas sejadah saja mohon semua di permudahkan. Pesan saya jika kita rasa burnout waktu uruskan orang tua lari sekejap dari biliknya untuk elak kita ter keluar benda bukan bukan. Jagalah tidur dan makan kita juga sebab kita pun guna tenaga sangat banyak.
Alhamdulillah hari terakhir kepergiannya, saya terlintas nak stop semua urusan saya haritu rasa semena2 nak tumpu pada dia 100℅. Pagi pagi masakkan bubur ayam. Dua mangkuk plus 2 gelas air saya dapat suap dengan condition dia dah tutup mata dan tak bercakap.
Nafas tercungap2 rupanya dah 3 hari dia dalam keadaan nazak. Saya sendiri pun tak tahu. Selesai suap. Saya duduk berbual tepi dia dengan mak. Saya pusing bila dengar ayah diam. Lama saya tenung dalam keadaan ya atau tak? Ya .. dia pergi dalam keadaan sangat mudah dan tenang.
Urusan jenazah dia pun sangat smooth mudah dalam 4 hrs semua urusan selesai sampai ke liang. Najis dari perut bersih. Rupanya malam sebelum scene tengah malam jam 12.30 am, saya dikejuntukan mak, ayah buang berak satu bilik. Dua kali keluar tandas.
Najis bermuntah keluar rupanya malam itu perut dia sedang di bersihkan. Saya dah suami bertungkus lumus malam itu untuk mandikan dia, kemas semula tilam dia, cleaning bilik.. Subhanalah.
Di masjid, awalnya ramai belum hadir, saya mula risau. Sejurus masuk azan, berpusu jemaah masuk, solat jenazahnya ramai berhimpun. Lebih dari seharusnya. Alhamdulillah.
Lebih 20 orang ahli masjid, anak, cucu semua bantu memikul kerandanya dan kesemuanya kami kenal perwatakan akhlak depa.
Perginya dia saya tak menangis. Saya redha. Tapi menangisnya saya melihat jenazahnya di raikan sebegitu rupa. Sebagai anak, saya dah buat paling terbaik dalam hidup untuk dia. Dapat peluang suapkan dia hari terakhir pun kira rahmat untuk saya. Dia tak pergi dalam keadaan lapar dah dahaga..
Semoga itu bakti terakhir saya untuk dia. Sungguh saya sangat rindu moment jaga dan suapkan ayah. Masih terasa saya dapat usap kulit tua dia. Nak peluk dia.
Alhamdulillah arwah ayah dikebumikan dekat dengan rumah saya. Hari hari saya boleh jenguk rumah ayah. Bila sedih saya ke sana. Bila saya rindu saya ke sana.
Suami saya cakap. Sungguh sayang ayah awak pada awak. Hingga rumah dia pun dekat rumah anak perempuan dia. Untuk hadiah ini saya hanya bersyukur pada Allah. Sebab beri saya nikmat banyak sebagai anak. Rasa perasaan puas menjaga dia tu susah nak saya gambarkan. Hanya memandangkan kuburnya dengan senyum.
Kini tinggal mak. Sejak ayah tak ada. Mak akan ulang2 balik kg dan ke KL. Dan di bilik sama. Saya harap saya dapat peluang sama jaga mak bila dah sampai masanya. Semoga Allah Taala bagi peluang sekali lagi.
Hari ni kemana saja saya pergi, saya akan bawa mak bersama saya. Macam bestie. Kami berbual bual dalam kereta, breakfes sama sama. Saya nak tebus masa muda dia yang banyak tak dapat berjalan kerana susah jaga anak. Masa tua ni biarlah dia happy, travel, belanja makan sedap2, shopping raya hehe..
Saya tak kaya tak juga miskin, tapi setiap kali saya belanja mak pasti ada duit masuk dalam akaun saya. Percayalah apa kita keluarkan untuk mak ayah kita, Allah akan limpatkan ganda. Anak anak saya senang diuruskan tak buat perangai mana, urusan hidup saya sentiasa dimudahkan.
Sabar dan berbahagialah mana mana kita anak anak yang terpilih menjaga orang tua yang uzur. Dalam jaga mak ayah ni, jangan kita fikir kenapa adik abang tak nak turut sama, jgn rasa gitu. Mereka urusan mereka. Baru kita akan rasa kita buat untuk bahagian kita.
Harini saya berdoa dikuburnya, Allah ampunkan dosa ayah ketika dia hidup, saya saksi sebagai anak dia telah jalankan tanggungjawab sebagai ayah dengan baik mendidik kami anak anak dengan baik. Maka ampunkan semua dosanya. Semoga saya dan ayah bertemu semula suatu masa nanti di Jannah..
Aamiin…
– Sarah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit