Assalamualaikum semua.
Hanya satu pertanyaan ringkas yang mungkin jawapannya pelbagai dan rumit. Mommy dalam pantang memang tak boleh dan tak perlu buat apa-apa langsung ke?
Saya Bee, umur 29, baru bersalin anak ke-2 secara czer (dah 2x czer) dan masih dalam pantang hari ke-30. Dalam pantang anak ke-2 kali ni memang tak rasa berpantang sangat.
Saya discaj wad lepas 2 hari bersalin tapi masih berulang-alik dari rumah ke hospital (18km) selama seminggu sebab baby warded. Baby discaj dari wad barulah saya diurut dan ditungku selama 3 hari.
Pantang anak ke-2 ni pantang sendiri. Husband ada tolong juga uruskan rumah dan anak pertama.
Lepas husband habis cuti selama 2 minggu, mana-mana kerja rumah yang ringan saya selesaikan (sidai baju, masak, mandikan anak pertama dan uruskan baby).
Anak pertama umur 5 tahun, sudah bersekolah.
Walaupun kerja, husband akan uruskan hantar dan ambil dia ke sekolah tapi ketika saya menulis cerita ini, husband outstation selama 2 minggu jadi saya yang harus hantar dan ambil anak pertama ke sekolah.
Adakah salah saya drive kereta dari rumah ke sekolah anak (2km) setiap weekdays?
Saya drive tidak terlalu laju dan pergerakan saya pun saya kawal; jalan dengan agak perlahan, tidak bergerak secara kasar.
Ada yang menakutkan saya untuk berpantang dengan betul-betul (tak buat apa-apa dan tak ke mana-mana) dengan alasan badan nak pakai lama. Kesannya bukan sekarang tetapi nanti.
Saya nak juga berehat (hanya baring, tidur dan fokus BF dan uruskan baby) tapi apakan daya. Siapa nak uruskan anak pertama saya?
Ada yang suruh saya cutikan anak selama tempoh berpantang tetapi macam mana pula dengan pelajaran anak saya?
Ada ke ibu-ibu yang berpantang secara moden (tidak terlalu strict macam pantang tradisional) tapi okay-okay je semua even umur bertambah?
Saya memang jaga makan (makan makanan sihat bukannya catu makanan dan air).
Luka saya juga tidak terasa sakit lagi luar dan dalam cuma saya tahu badan saya belum betul-betul kuat. Sebab tu saya buat kerja dengan perlahan dan berjaga-jaga. Kita bergerak buat kerja tu semua kira sebagai senaman juga kan?
Saya ikut keadaan badan. Saya rasa badan okay, saya buat. Rasa macam tak larat, saya tak buat.
Rumah pun berhabuk dan berdebu tapi saya tutup mata je, tak sapu ataupun mop. Saya cuma bergerak macam biasa tetapi terkawal, masih juga orang menakut-nakutkan.
Ada apa-apa nasihat ke yang tidak menjatuhkan??
Thank you mommies!
– Mak Bee (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit