Untuk part I, (https://iiumc.com/momster-in-law/).
Minta maaflah jika cerita 1st bercampur-campur dan memeningkan kepala. Maybe sebab cerita ni dah berbelas tahun (banyak sangat kisah) dan susunan cerita maybe berterabur.
Dan aku taip sekali harung saja tapi Lillahitaala ini adalah kisah benar (tapi jika korang rasa cerita rekaan, terpulanglah). Kisah sedih sebab aku still takle terima dan move on.
Cerita episode 1 ni bukannya nak membawang ajak online satu Malaysia baca. Tapi nak cerita Perasaan benci ni, bukannya terjadi dalam satu hari. Benda ni dah lama since aku tak kenal mentua and husband aku lagi.
Benda ni dah jadi berbelas tahun dan bersambung sampai lah lepas kawin… jadi, adakah aku ni mental benci mentua atau aku memang sepatutnya benci tapi kena maafkan…
Dan aku harap memang takde yang rapat dengan aku perasan cerita ni dekat sini pun.
KOMEN
Komen: Kenapa tak lari jauh-jauh sebelum kawin?
Jawapan: Ya betul, memang dah lari dah dari Husband aku sebelum kawin, tapi jodoh kuat barangkali.
Komen: Tak bagitau husband ke?
Bawah ni ada jawapannya….
Aku hanya nak minta pandangan apa yang boleh aku buat untuk buang perasaan benci ni…
EPISOD 2 – SELEPAS KAWIN
Selepas kawin, memang berat sangat setiap kali nak balik kampung husband aku ni. Dia jadi hilang seri. Jadi tak seronok.
Kalau ikut hati aku, aku taknak makan pun apa yang dia masak sebab kawan aku pernah cerita, kakak dia letak ‘benda’ dalam makanan untuk pikat husband sekarang. Katanya “kau ingat ada ke nak kat akak aku tu” huhu..bukan aku cakap ni ye..
Dan honestly aku takut makan apa yang dia masak dan doa makan aku adalah Bismillahillazi La Yadurru…… baca sampai habis (7x) bukannya Allahmubariklana.
MAKANAN BUSUK DALAM TUDUNG SAJI
Time raya beberapa tahun lepas, aku baru sampai rumah mentua malam raya pertama dan masa tu tengah orang datang sibuk beraya kat rumah mentua aku, aku perasan tudung saji tak buka pun. Aku pun nak la intai ada makanan apa bawah tu.
Korang Tau tak di bawah tudung saji rumah mentua aku pada raya pertama adalah makanan yang berkulat dah tebal seinci, busuk dan banyak makanan yang dah rosak yang tak diangkat. Allah!
Aku panggil kakak ipar aku, “kak makanan dalam tudung saji ni macam dah seminggu tak berangkat. Kulat tebal”
Kakak terus panggil mak dia. Dengan muka selamba, mentua aku kata.. buang jela
Sampai harini aku ingat lagi muka dia… huhu.
Hm..guys, cuba fikir, makanan atas meja, bawah tudung saji, dibiarkan terlalu lama, hari raya pertama?
Mak aku, seminggu sebelum raya, rumah dah berkilat, makanan semua yang sedap2 sahaja terhidang dan tak mungkin ada makanan basi yang lama sebab aktiviti bersahur & berbuka (setiap hari) dan masak2 untuk hidangan raya sekali mesti clearkan meja makan kan? Tak pelik ke?
Banyak sangat yang bermain dalam fikiran aku. Pemalas sangat kah? atau tak Nampak ke makanan dah membusuk atau Nak bagi makan hantukah..Aku lebih kepada nak bagi makan dekat hantu… hahaha. mental aku
BISNES MELINGKUP
Aku ni bisnes kecik2 saja. Revenue p.a pun tak sampai 1Mill.
Sampailah satu hari adik ipar aku (yang kawin dengan adik aku) tegur;
“Akak, saya rasa akak try berubat. Tak perasan ke bisnes akak jadi camni sekarang?” “Macam teruk sangat ni”
Ada sesuatu yang terjadi dengan bisnes yang adik ipar aku perasan (macam mana orang luar boleh perasan bisnes aku jadi macam mana berbanding aku dan partner?)
Lepas kena tegur tu baru aku perasan, apa sahaja yang aku buat time tu gagal. Sebab selalunya okay sahaja.
Income ZERO. Dah buat, tapi orang takde! Setiap petang, aku mesti mengantuk sangat dan tidur bawah meja keje aku. Setiap hari! Aku ingatkan badan aku penat dan mungkin takde rezeki aku; jadi tak pernah otak aku nak fikir bukan2.
Lepas kena paksa, aku ambil keputusan untuk berubat.
Aku dan partner aku pegi kepada 3-4 perawat dan ustaz.
Ada yang dah datang ofis aku (Darul Syifa) untuk pagar sebab mereka cakap meremang time masuk ofis. Mereka pagar dengan garam & lada hitam keliling ofis.
MIMPI orang MUNTAH
Ada salah seorang kawan lelaki aku ni boleh merawat juga. Sebab kasihan aku ni tercari-cari perawat, dia kata dia akan bantulah. Dia ada sebab tak boleh bantu aku secara direct.
Lalu dia buat solat hajat, then dia mimpi dalam satu rumah, ada orang perempuan ni, muntah2 di sinki dapur rumah. Perempuan tu warning kawan aku jangan sibuk hal orang, cerita kawan ku.
Then, aku tanyalah, “Macam mana rupa orang dalam mimpi tu?”
Dia kata perempuan ni gempal, kulit sawo matang, pendek2 dan rambut pendek tapi still diikat.
“Kalau aku tunjuk gambar, agak2 kau, boleh ke kau bagitau siapa orangnya.” Sajalah aku nak cuba. Mana tahu, orang perempuan dalam mimpi dia tu kenalan aku kan.
Sebenarnya kawan aku mati2 tak nak bagitau siapa yang dia nampak. Tapi aku ni jenis nak ada jawapan. Sebab aku nak fahamkan kenapa nak buat aku sebab aku tak penahlah nak kacau orang.
Nak mengadu domba ke, nak dengki2 ke sebab itu bukan sifat aku. Hari2 aku pegi keje, balik keje duduk dengan famili!
Lepas kena push banyak kali, kawan aku setuju untuk tengok gambar yang aku nak tunjuk.
“Aku tengok saja ye. Kau jangan konfiden sangat perempuan tu ada dalam gambar kau” kata kawan ku.
Lalu aku tunjuk beberapa gambar famili(melalui wasap), adik and kakak ipar, kawan-kawan termasuk gambar makcik aku – rasanya dalam 5-6 keping juga. Semuanya gambar beramai2.
Kawan aku forward kembali satu gambar dan terus tunjuk perempuan yang duduk di sebelah aku, “Yang ni siapa?”
“Kenapa?” tanyaku. “Itukah orangnya?”
“Ya” balas kawanku. “Tapi orang ni kan pakai tudung. Camne kau boleh cam?” tanyaku lagi.
“Muka sama” balas kawanku bersahaja.
Dan orang itu adalah….. korang teka lah sendiri!
======
Aku still tak puas hati. Takkan aku nak percaya pada mimpi. Walaupun kawan aku buat solat hajat untuk minta petunjuk. Mungkin tersilap.
Lalu kawan aku ni cadangkan aku jumpa seorang perawat Wanita ni yang duduk di sebelah kampungnya. Katanya perawat ni – aku namakan Acik U (supaya korang tak pening kan) – salah seorang anak buah harun din.
Masa tu, Acik U tu beritahu yang takde apa sangat pun, bisnes efek sebab ada yang benci…dan mencebik..
“Eleeehhh….. Bisnes kononnnn….” Orang tu benci aku aktif sangat. Dia tak suka tengok aku aktif.
Aku tanyalah siapa yang benci tu sampai effect bisnes aku. Aku bukannya upload banyak2 dalam facebook tunjuk kegembiraan ke apa, bukannya aku jenis kaki berlagak tunjuk handbag baru ke, gi melancong ke…
Acik U tu bagi aku air untuk mandi dan minta aku buat amalan sendiri jika nak tahu sangat siapa orangnya– Solat hajat munajat dan istikharah dalam masa 3 hari berturut dan doa agar ditunjukkan pada aku.
Then Acik U ni cakap lepas amalan ni, aku akan dapat tahu ada orang sakit dalam tempoh 7 hari selepas amalan.
“Macam mana saya nak tau orang sakit pulak?”, balasku
Makcik tu kata” Kamu buatlah duluu! Sabarrr ” Aku dan adik aku dah gelak2 dah setepek kena sound. Nak tahu sangat kan?
Hasil dari solat hajat 3 hari 3 malam, akhirnya
Satu hari, “ Yang, Jom kita balik kampung” tiba2 suami aku bersuara.
Aku tengah bersiap nak ke ofis.
Aku tanya kenapa
“Mak sakit” jawabnya,
“Oh sakit apa bang?” selepas aku sebut perkataan ‘sakit’ tu, aku terus teringat amalan aku.
Dan aku kira2 hari dan ini adalah hari ke-7! Hari terakhir. Hampir terlupa yang aku tentang solat hajat tu.
“Ok, jom kita balik kampung sekarang bang! Call mak sekarang!” balasku
Sanggup aku off haritu. Aku call partner aku cakap ada emergency dekat kampung.
Suami aku terus call mak dia nak balik. Tiba2 mak dia marah2 “Eh takyah balik. Mak nak pegi berubat kat tabib cina ni…”
“Nanti kau datang mak takde!”
Makin pelik, sudahlah jarang balik kampung, bila sakit, anak nak balik kena halang. Dah kenapa?
“Kenapa mak abang ke tabib cina?” soalku.
“Kenapa tak pegi spital atau ustaz ke? Perawat ke?”
Husband aku tiada jawapan. Dan guess what? Kitaorng tak balik pun haritu! Sebab mak dia tetap berkeras tak bagi balik. Siap pakej marah dan insist.. jangan balik!
Dan tahu tak, husband aku cerita masa tu mak sampai sakit teruk sampai takle jalan kena bertongkat tak tahu kenapa!
MIMPI MAKAN RUMPUT
Aku masih buat solat hajat. Buat seperti Acik U suruh.
Beberapa hari selepas tu, aku pulak bermimpi.
Dalam mimpi aku, mentua aku dan husband baru dia marah2 aku sebab tak bagi makan kat mentua aku. Dan tiba2 mentua aku berlari ke arah luar bangunan, mencangkung tepi jalan dan makan rumput tepi tu macam kucing buat bila sakit.
Lalu esoknya aku terus wasap Acik U tentang ada orang yang sakit sampai ke pengetahuan aku dan apa yang aku mimpi. Dan aku bagitau, orang itu adalah mak mentua aku sendiri. Acik U minta aku bersabar dan jangan terus salah sangka.
Kali ni, Acik U minta aku bawa suami.
Aduh malasnya untuk aku bawa sebab confirm kena cerita semua.
Bila aku cerita, sudah tentulah husband aku tak percaya. Korang nak percaya mak korang buat kat isteri/ suami korang? Mestilah takkan? (unless la mak korang pun belajar ilmu hitam huhuhu)
Kalau mak mentua buat menantu, dah sah2 yang terima tempiasnya anak dia sendiri dan cucu2 dia, betul tak? Dan aku and husband aku memang tengah sengkek dek penangan bisnes aku yang teruk tiba2!
Last2, husband aku turutkan jua untuk tahu kebenaran. Kenapa tuduh2 mak dia!
Time mula2 husband aku masuk, Acik U kata dia nampak ada kelibat mata besar, lidah merah dan Panjang, muka mcm katak duk luar rumah tak ikut masuk.
Katanya benda ni tak kacau husband aku, dia hanya ‘jaga’ sahaja. Benda tu selalu ada dengan husband aku. Dan akan report pada tuan dia apa husband aku buat, tambah acik U lagi.
Nauzubillahminzalik, kenapalah syirik dengan Allah untuk minta jaga. Minta jelah ke Allah untuk jaga. Jadi, siapa yang hantar untuk jaga husband aku?
Acik U tanya, “kamu tahu ke apa tu? Kamu punya ke”
Husband aku cakap tak tahu pun apa2 dan dia bersumpah bukan dia punya.
“Ooo patutlah..” Husband aku cakap, pernah dia nak urut, tukang urut mesti terberhenti dan tanya
“Pakcik kena minta izin urut dulu ke” sampai husband aku pelik..eh urut jelaa.
Barulah pakcik tu sambung urut.
Dan laki aku mengaku time kursus dulu, dia sorang saja tak kena buli, kawan2 dia semua kena. Selamat katanya. Ingatkan bernasib baik..
Sesuatu sangat!
Ah sudah, siapa punya ni?
Tapi aku terus ceritakan kisah mak mentua aku serba kuning pada Acik U depan husband aku. Tentang macam mana aku tahu mak dia belajar ilmu tu di mana. Makcik dia sendiri juga yang cerita pada aku.
Husband aku terkejut cerita aku. Ini kali pertama aku cerita.
Acik U minta husband aku call dan bawa mak dia datang jumpa.
Dia cakap, takyah tanya marah2 ke apa. Sebab still emak. Tanya elok-elok, betul ke mak dia yang punya dan ada buat aku ke..maybe tak sengaja. Kadang2 bila tuan terasa, khadam yang sampai dulu kasi ‘settle” wallahualam….
Dan Acik U minta mak datang jumpa dia.
Benda berat husband aku nak buat. Nak cakap apa dekat mak dia?
Last2, bila husband aku bagitau keadaan sebenar, mati2 mak mentua aku kata… takkan mak nak buat menantu mak macam tu.
Mati hidup semula takkan nak mengaku ye dop? Entahlah
Aku pulak jadi serba salah. Dah ajak jumpa perawat, dia tanak pulak.
Jadi, cerita ini tergantung macam tu sahaja.
Husband aku siap dibekalkan daun bidara untuk mandi dan minum sedikit airnya.
Nak jadi cerita, benda nak asing-asingkan daun bidara ni hanya amik masa sekejap, 2 jam aku duduk dekat dapur kira2 daun sampai kena sergah dengan laki aku..
“Awat lamanya dah 2 jamm asing daun saja..!” bapaklah!
Guys,
Aku pernah ceritakan, kawan aku cakap husband aku ni taktau perangai sebenar mak dia sebab mak dia ni, depan husband aku (anak kesayangan dia) lembut betul berbicara.
Pijak semut tak mati, Tapi hakikatnya, kawan aku cakap kakak dia ni mulut boleh tahan. Kutuk sana sini, cerita pasal orang dan yang penting, kalu tak puas hati, sekejap saja dia leh ‘hantar’!
Kalau ikut aku, if ada orang yang benci aku, aku boleh saja tak jumpa dengan orang tu. Boleh saja aku ‘lenyapkan’ diri aku dari depan orang tu.
Tapi ini mak husband aku guys!
Last2 kejadian semua di macam disapu bawah karpet jela..dilupakan macam tu saja.
Nak berhadapan dengan mak dia akan datang tu satu hal. Husband aku pulak buat2 lupa keadaan sekarang yang tergantung mak dia taknak ikut jumpa perawat
Aku masih tiada jawapan untuk keadaan ini.
Oh lupa nak cerita, tentang kawan aku yang mimpi mak dia muntah2 dulu, aku ceritakan juga pada husband aku. Sebab aku geram. Mak dia taknak datang kat Acik U tu.
Husband aku terus call marah2 kawan aku, katanya kawan aku menghasut aku dan fitnah mak dia.
Kawan aku marah balik, katanya
“Aku tak kata mak kau yang buat wife kau, tapi aku mimpi orang yang aku tak kenal. Orang tu warning aku jangan tolong wife kau!”
Last2 baru kendur suara husband aku dan aku pulak kena marah dengan kawan aku sebab pegi cerita mimpi dia.. aduhai….
DAH BUANG
Selepas kisah ni, bila 1st time balik jumpa mentua aku, dia cakap ni,
“Mak minta maaflah ya…takkan mak nak buat kau..menantu mak…” (uwekk dalam hati aku)
“Entahla mak. Saya buat amalan dan minta mak datang jumpa Acik U” Dia mati2 cakap tak buat. So aku diamkan lahh
==========
Pernah satu hari, tiada angin apa semua tiba2 mentua aku cakap, “E, Mak dan buang semua”
Hm.. sesuatu sangat kan..
Buang apa?
Jadi betullah selama ni kau berkhadam bagai?
Jadi betullah semua cerita kawan aku pasal kakak dia? Belajar ilmu? Ada hantu2 yang ikut?
“Kau ingat senang2 ke nak buang lepas buat perjanjian setan dan khadam tu dah buat macam2 untuk kau? Segala keturunan kau dia nak follow ya…!” Tapi semua tu aku cakap dalam hati jelaa..huhu
Dan aku rasa, mentua aku ni berpura-pura sahaja depan aku dan husband aku. Alolo menantu kesayangan mak ni.. (ini memang pura2 la sbb aku) Allolooo anak kesayangan mak ni (ini confirmla sayang.. maybe nak mewarisi hantunya kot huhu)
Seksa guys ada mentua macam ni dan harini dia ada kat rumah aku untuk > 1 minggu.
SIKAP
Setiap kali call kawan2 kampung dia, asyikkk mengumpat orang sana.. kutuk orang sini… sampai cerita adik beradik sendiri pun nak cerita kat orang…
Ada cerita tu adalah orang yang dah meninggal pun.. siap cakap pasal seksa dalam kubur orang tu.. Allahuakbar.. tension tul aku laa… nak saja aku sound..
“Dah2 la mak cerita pasal orang. Tak penat ke… aiyooo” hahahaha.
Tu yang aku bermonolog sorang2 tu… macam orang gila. Banyak benda lain yang lagi penting nak fikir dari cerita orang kampung kau yang makan duit la… yang itulah.. inilah.. benci!
Aku tak boleh duduk dalam rumah dengan manusia yang macam ni. Penuh kepuraan dan jawapan yang buat aku dan bisnes aku tu masih tidak pasti. Dan bisnes aku pun dah nak melingkup dah..
Jika betullah bukan rezeki aku, aku terima. Tapi, jika ini adalah hasil dari kesan sihir..memang aku takkan maafkanlah. Ingat senang ke nak build jenama dari bawah. Dah 7 tahun aku bisnes.
Aku takleh nak maafkan dan aku benci kepuraan2an dia ni.
Jadi, apa harus aku buat ya?
Takkan nak bercerai.. kesian anak2 aku ni…
Aku penah saja cuba maafkan dan move on, tapi tak bolehla… bila tengok muka saja aku rasa cam meluat sangat2.
Jangan cakap aku tak pernah doa dan minta dekat Allah s.w.t untuk terima. Aku dah solat hajat, aku dah cuba maafkan seandainya betul keadaan tu (walaupun sampai sekarang tiada jawapan, betul ke mak husband aku puncanya)
Kalau ikut aku, aku akan jauhkan diri aku dari orang macam ni. Tapi sadly dia adalah Momster in Law aku…
Tolonglah bagi nasihat kat aku supaya aku boleh berubah jadi lebih baik!
Terima kasih semua.
– E (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit