Money Is Not Everything, But…

Assalamualaikum & selamat malam kepada semua readers. Sedikit pengenalan tentang diri aku, aku Nur (as usually bukan nama sebenarlah kan, hehe), berusia 17 tahun. Aku anak kedua daripada 5 beradik. I don’t know how to start my writing actually. Tapi aku sekadar nak luahkan apa yang terbuku dihati aku, yang tak dapat aku fahamkan dekat orang lain. Harap confession aku dapat disiarkan.

2016, aku pindah rumah. Dari kampung ke bandar. Okay sebenarnya selepas pindah rumah ni lah dugaan kiri kanan depan belakang atas bawah datang. Tapi masa tu taklah terasa sangat kesusahan dia tu. Tapi sejak tahun lepas dan start awal tahun ni. Memang rasa tertekan sangat. Yalah banyak nk pakai duit, nak beli kelengkapan sekolah, dgn abang aku tahun lepas dapat masuk latihan tentera lagi. Banyak duit nak pakai kan. Dengan hutang ayah aku yang bertimbun timbun (mungkinlah) sebab bila mak aku minta duit sikit, memanjang je cakap banyak nak bayar hutang.

Okay ayah aku kejenye pembantu penguatkuasa. Mak aku pulak pengasuh. Gaji ayah aku sikit je bawah 2 ribu. Bila ditolak tolaknye hutang hm tinggallah sikit kan, kekadang tu tinggal rm800 je. Rm800 nak boleh buat apa ? Bayar rumah saja rm400. Mak aku alhamdulillah la mengasuh 2 orang. Bolehla sebulan dalam rm600. Tapi yang aku kecewanye, aku adela minta borang biasiswa dekat cikgu aku. Then dia cakap “awak layak ke nak mohon, ayah awak kerja hebat, gaji ayah awak berapa ?

Then aku cakapla “bawah 2 ribu” lepastu dia cakap “eh mengarut lah awak ni takkan la keje lebih dari 10 taun gaji macam orang baru masuk keje” ye, memang. Aku sedih sangat. Paling kurang pun bagilah peluang aku nak mohon biasiswa tu. Aku penah mohon lepas pt3 tu, try la mana tau dapat sebab results aku okay la 7A. Tapi, soalan yang macam tulah cikgu aku tanye. Hm takpalah mungkin bukan rezeki aku. Redha.

Awal tahun ni, aku ada bagitau mak aku nak ke tuition. Sebab math aku memang tersangatlah teruk. Entah la apa yang aku belajar. Then alhamdulillah dapatlah tuition yang paling murah dalam rm50. Tapi perlu bayar yuran pendaftaran dulu. Mak aku iktiar jugakla sampai dapat. Alhamdulillah. Aku ingat nak ambil la matematik tingkatan 4 sekali. Tapi mak aku cakap dia mampu bagi aku banyak tu je. Dia siap mintak maaf lagi kat aku.

Yela aku paham dia nak tolong ringankan beban ayah aku. Bayar astro (boleh je takde astro tapi ayah aku tanak usaha cari area tv huhu, mak aku pulak takreti bab2 tu), then bayar air coway tu lagi ( kalau tak kena ulang alik mlm2 pegi isi air yg bubuh duit syiling tu) then kekadang tu adalah jugak dia nak beli keperluan dia. Hm sedih sangat. Bila difikir fikir balik, kalau aku dapat biasiswa tu haritu. Confirm dah senang hati satu bab tuition ni. Tapi takpalah kan. Ujian.

Tengah bulan januari, ayah aku pokai teruk. Pinjam peminjam memang dah jadi “amalan”. Nak buat macam mana kan. Hidup mesti diteruskan. Kadang susu adik aku habis, terpaksala pakai yg anak mengasuh punya buat sementara. Pampers habis pun mak aku terpaksa pakaikan adik aku kain batik. Adik aku bila nk pakaikan dia pampers, mesti lari lari sebab pedih bontot dia. Yelah dulu ayah aku usaha jugak bagi dia pakai Huggies tu, sekarang drypers pun mampu awal bulan je.

Aku kesian kat mak ayah aku. Sentiasa usaha nak cukupkan kelengkapan kami adik beradik. Abang aku yg sekarang ni tengah latihan tentera tu call suruh beli itu ini. Mak ayah aku usaha jugak. Aku dgn adik aku bawak rm 5 ke sekolah. Adik aku yg sekolah rendah tu bwk rm3. Aku tak tahu macam mana duit untuk sekolah kami tu sentiasa cukup walaupun kekadang aku tau dalam dompet ayah aku ada 5 ringgit je. Moga Allah terus lindungi ayah utk mencari rezeki yang halal buat keluarga kita.
Aminnn

Aku ada la main duit kutu. Aku masukkan 2 nama, aku dan mak aku. Aku ambil turn yang paling last. Aku dapat sebelum nak raya. Mak aku dia ambil sebelum puasa. Alhamdulillah bolehla mak aku tolong tambah apa yang patut utk puasa ni. Aku pun bersyukur sangat dapat ringankan beban ayah aku utk beli keperluan diri sendiri untuk raya tahun ni. Sekurang kurangnya ada la sinaran baru untuk hari raya ni. Bukanlah nak bermewah mewahan. Cukuplah dapat satu family pakai sedondon ke apa kan. Duit kutu tu bukan banyak sangat pun. Rm200 je. Kalau korang rm 200 tu mungkin dapat beli sehelai tudung. Tapi aku memang banyak manfaat aku dapat dari duit tu.

Aku bukannya tak bersyukur. Bukan nak mengeluh dengan dugaan ni. Aku tahu setiap dugaan yg Allah bagi tu Ada hikmahnya. Cuma aku sedih bila aku cerita kat kawan2 aku, harini dia fahamla, esok bila dia nak ajak aku kemana mana dia duk tanye aku “Kau ni takkan takde duit langsung”. Ye kawan. Memang aku takde duit langsung. Kosong. Memang ayah aku bagi duit utk sekolah sehari rm5, aku bayar duit kutu rm2 je. Lagi rm3 tu sebenarnya aku kumpul untuk bayar duit buku latihan. Memang stress jugakla total semua buku latihan dalam rm50 jugaklah. Tapi aku usaha bayar sikit2. Aku pun nak dapat duit mana, bukan aku kerja. Aku nak jugak kerja, catering ke apa. Tapi mak aku tak kasi.

Sekarang pun aku tengah tunggu duit rm100 tu. Harap dapat la sebab cikgu aku cakap yg tahun ni mungkin ramai yg tak dapat. Aku harap adala rezeki aku. Sebab tiap taun aku dapat je, tapi masa aku tanya cikgu aku yg sorang lagi tu dia cakap ” awak layak ke dapat” Allahu debar hati ni. Takkanlah aku nak datang sekolah bawak beg plastik, pakai baju lusuh baru manusia nak nampak betapa susahnya aku. Kebetulan pulak aku dapat jadi pengawas tahun ni, memang semua barulah kasut baju tudung. Doakan aku dapat duit rm100 tu ye.

Okay cukuplah sampai situ, sebenarnya confession aku ni panjang lagi. Tapi sebab aku asyik dok tulis sampai aku lupa nak solat isyak. Mak aku dah bising main hp dia lama2, haha. Doakan keluarga aku ada sinar baru untuk meneruskan kehidupan di tahun 2019 ni ye. Doakan aku dapat results yang cemerlang utk SPM nanti. Semoga semua orang yg baca confession aku yang tak seberapa ni dirahmati Allah sentiasa.

– Nur

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *