Assalamualaikum wbt. Saya Atan yang berasal dari Selatan Tanah Air merupakan seorang suami kepada isteri saya yang berasal daripada Pantai Timur. Usia perkahwinan kami alhamdulillah setahun lebih dan kami dikurniakan rezeki cahayamata dengan cepat. Alhamdulillah.
Kami berkenalan melalui program dan isteri yang memulakan langkah berkenalan dengan saya melalui pencarian di FB. Lalu, sang isteri mengajak untuk memulakan perhubungan dengan serius selama 3 tahun setengah.
Saya menerima pelawaan tersebut dan kami melangsungkan perhubungan ikatan perkahwinan pada bulan 10 2018. Semasa awal perhubungan, segalanya manis kerana kemesraaan dan peribadi yang ditunjukkan isteri. Terlalu ambil berat, pagi-pagi sudah ada whatsapp yang menanyakan aktiviti-aktiviti saya.
Dengan sikap yang ditunjukkan selama 3 tahun setengah, saya yakin dialah permata hati saya yang saya idamkan selama ini. Kalau whatapps, memang tiada kesudahan cerita kami. Memang akan ada cerita kami. Hehehhee
Kami menjadi suami isteri serta faktor pekerjaan kami terpaksa PJJ. Hal ini mendapat persetujuan kami kerana ini telah dibincangkan sebelum pada perkahwinan lagi. Isteri mengandung di sana dan saya berpeluang balik sekali sebulan untuk menjenguk isteri.
Isteri mengalami alahan yang teruk dan alhamdulillah kami mula menjadi ayah dan ibu secara pantas kerana anak dilahirkan tidak cukup bulan namun sihat tubuh badan dan comel.
Walaupun saya merasakan saya bukanlah suami yang terbaik yang setiap masa ada bersama isteri namun saya berusaha menjadi ayah yang terbaik dengan menyediakan kelengkapan semampu mungkin.
Namun sejak kelahiran anak kami, perangai isteri mula berubah. Air muka serta tutur katanya tidak lagi kelihatan manis seperti dulu. Dalam sehari nak melihatkan isteri tersenyum di hadapan suami agak sukar kelihatan.
Saya menyedari perubahan isteri secara awal namun berusaha untuk bercakap dengan baik dengan beliau. Tetapi dengan alasan beliau keletihan dan kepenatan. Saya menerima dengan hati yang berat.
Isteri boleh bergambar secara keriangan bersama keluarga tetapi bila diajak bergambar bertiga, pasti akan akan mimik muka yang tawar dalam foto.
Ada satu moment di mana saya bertolak ke tempat kerja pada hari Ahad, namun tiada telefon/whatapps yang menanyakan saya sudah sampai atau tidak. Sehingga saya berfikir, jikalau saya mati kemalangan, isteri sampai sudah akan lambat tahu.
Saya cukup terasa apabila isteri memaniskan muka di hadapan adik beradik dan ibu bapa tetapi apabila saya mula bercakap dengannya, perwatakan beliau berubah menjadi tawar seribu kelat. Semasa berada di perantauan, saya selalu menggunakan VC sebagai perhubungan saya dan anak isteri.
Namun apabila peluang saya VC, hanya gambar anak sahaja kelihatan. Hal ini berbeza apabila saya melihat sendiri isteri VC dengan ibu dan ayahnya dengan nada gurau yang manis. Muka penuh keriangan serta berbeza sungguh apabila saya menghubungi isteri.
Saya rasa sungguh terkilan. Saya faham ibu dan ayah merupakan tempat istimewa di hati isteri tetapi saya suami yang seharusnya mendapat perhatian dan kasih sayang. Tidaklah demand tetapi cukup untuk menenangkan jiwa ini.
Bak kata pepatah, “isteri peyejuk di mata, penenang di hati”. Kedua ciri ini tiada lagi ditunjukkan oleh isteri saya.
Semenjak isteri melahirkan anak, hampir setahun saya tidak menyentuh isteri. Ini kerana isteri merasakan sakit di tempat ceaser dan saya menghormati pandangan isteri. Namun, saya tidak menjadikan alasan ini untuk saya berlaku curang.
Isteri juga sering menjadikan whatapps story untuk melepaskan rindu kepada kawan kawan sekerja lama beliau. Ini kerana isteri dapat bertukar tempat kerja. Saya sering bertanya dalam diri sendiri.
Kenapa isteri sering menyatakan rindu kawan kawan tetapi kepada suaminya tidak pernah menyatakan rindu semenjak kelahiran anak pertama.
Pada akhirnya, sang isteri merasakan cucuk perancangan telah mengacau hormon beliau dan menjadikan beliau tidak selesa rapat dengan lelaki terutamanya saya. Saya mencadangkan beliau ambil kawalan secara implant/ tidak mengambil perancang.
Ini kerana perubahan hormon yang disyaki menjadikan kami tawar dan hambar dalam pertuturan dalam rumahtangga. Beliau tidak mahu untuk mengambil cara lain dan selesa untuk dicucuk.
Jika diajak keluar, beribu alasan kepenatan dan banyak kerja yang perlu dikeluarkan. Jikalau berjalan sang isteri jauh kedepan berbanding suami. Tidak seperti dulu.
Sehingga kini, saya merasakan seandainya saya balik ke rumah. Saya hanyalah housemate beliau. Telefon sering isteri buka dan main, tetapi hanyalah share soal anak dan kerja di FB. Tidak mengambil ruang untuk dekat pada suami.
Segala keputusan membabitkan soal pembelian tanah, pulang ke kampung tidak lagi menjadikan saya sebagai rujukan utama. Saya sekadar hanya menurut sahaja. Dalam rumahtangga, salah seorang harus mejadi leader. Jikalau keduanya leader, it’s something wrong.
Sehingga saya berkata. Mungkin saya kehilangan isteri tetapi saya ada seorang Mak kepada anak saya yang dijaga. Itu yang perlu saya tanggungjawabkan.
Akhirnya, tiap tiap malam saya berdoa, supaya tidak marahkan isteri kerana saya khuatir akan meninggal pada malam hari dalam keadaan tidak redha kepada isteri. Adakah saya salah membuat pilihan isteri? Adakah saya ditakdirkan tidak lagi merasakan kemanisan rumahtangga?
Saya masih setia menunggu perwatakan isteri saya yang lama.
– Atan (23, Johor Bahru) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit