Apa yang saya nak cerita ni adalah kisah bagaimana orang kaya dalam masyarakat kita menjadi terus kaya dan orang miskin menjadi terus miskin. Monopoli ni berlaku apabila sesuatu perniagaan itu yang dijalankan untuk sentiasa memenangi persaingan dalam perniagaan.
Contohnya seorang usahawan X membuka kilang membuat produk X. Keuntungan yang diperoleh daripada produk X menyebabkan usahawan X memiliki modal untuk membina perniagaan yang lain pula. Contohnya X buka pula hotel di sebuah bandar yang ada banyak dah hotel di situ.
Jadi perniagaan X menjadi sangat maju dan memenangi persaingan dan menyebabkan berlakunya kerugian kepada pesaing-pesaingnya. Kemudian usahawan X buka pula perniagaan lain atas keuntungan yang sebelum ini. Contohnya macam buka pula kedai jam.
Kalau orang yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes ni biasanya tidak akan terjebaklah dengan perniagaan yang berisiko. Biasanya orang yang tak banyak modal diorang akan buka kedai yang berisiko rendah macam jual makanan atau buka restoran pada awalnya. Tapi kalau buka kedai jam ni perniagaan yang berisiko sebab orang ramai takkan beli jam setiap hari sebab tu orang biasa-biasa takkan berani nak buka kedai jam.
Jadi dalam hal ini orang kaya mampu untuk bertahan dalam perniagaan yang berisiko mengalami kerugian. Jadi perniagaan usahawan X menjadi maju hingga menyebabkan berlakunya kerugian kepada pesaing-pesaingnya yang lain.
Disebabkan usahawan X memiliki untung yang besar jadi usahawan X buka pula perniagaan baru. Apabila dia ada kuasa dari segi ekonomi maka dia akan buat macam-macam usaha seperti promote di tv, renovate kedai dan bagi gaji yang tinggi kepada pekerja yang menyebabkan perniagaannya menjadi bertambah maju.
Perkara yang terakhir berlaku kepada golongan kaya ni biasanya diorang akan buat rumah, bangunan dan kedai untuk dijual kepada orang awam. Apabila tidak ramai yang membeli property ni maka mereka akan naikkan harga property tersebut untuk menanggung jumlah modal yang dilaburkan. Sebab itulah harga rumah menjadi mahal.
Jadi apa akibatnya yang berlaku dalam masyarakat kita? Orang kaya menjadi bertambah kaya dan orang miskin menjadi bertambah miskin disebabkan orang kaya sentiasa memenangi sesuatu persaingan dalam perniagaan.
Sebenarnya benda ni tak jadi kalau orang kaya ni tidak terlalu tamak. Kita nak kaya ni tak lah sampai melampau-lampau kekayaannya dan menyebabkan persaing-persaing kita menjadi sangat benci kepada kita. Islam dah ajar kita kena ade sikap ‘kasihan’ lah dekat orang lain.
Jadi apa yang Islam ajar? Sedekahkan? Elakkan daripada memonopoli perniagaan. Sedekah tu biarlah benda yang bermanfaat. Kalau sedekah kat dunia hiburan semata-mata tak dapat membina masyarakat yang berkualiti.
Orang kaya ni digalakkanlah bersedekah kpd pembangunan masyarakt contohnya bagi biasiswa untuk orang nak belajar di universiti ke, taja student buat penyelidikan ke atau buat rumah dengan harga yang rendah supaya orang-orang miskin yang tak dapat beli rumah dapat tempat berteduh.
Barulah orang kaya ini akan disukai oleh masyarakat sekeliling dan akan berkurangnyalah rasa dengki orang awam kepada golongan seperti mereka. Wallahualam.
– Ilmu Penyelamat di Kubur
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit