Assalamualaikum pembaca semua. Aku kat sini hanya nak meluah rasa yang aku pendam selama 1 tahun lebih.
Ya aku tinggal rumah MIL aku selama tempoh itu sebab aku dan suami PJJ.
Dalam tempoh itu ada baik buruk pahit manis. Biasalah kehidupan kan mana ada yang terus indah. Tu hanya rekaan semata.
Bukan aku nak buka aib atau burukkan MIL aku. Aku dah faham cara dia apa yang dia suka dan tak suka.
Aku anggap MIL macam mak sendiri sebab aku pun dah takde mak. Lama dah mak pergi tinggalkan aku. Jadi aku hanya tumpang kasih sayang MIL aku.
Banyak masalah yang jadi bila kita dah 1 rumah dengan MIL. Semuanya serba serbi tak kena. Yelah rumah dia kan bukannya rumah aku. Kadang tu sampai aku rasa nak je lari duduk rumah lain.
Tapi suami suruh aku sabar. Dia akan cari rumah sewa untuk aku dan anak2 tapi buat sementara ni aku terpaksa tinggal dulu dengan mentua sebab tak cukup lagi kewangan kami.
Ya aku bersabar dengan kerenahnya MIL. Apa2 dia buat pada aku aku terima telan dan hadam.
Masa baru aku tinggal dengan dia ok je semua cuma dia kerap tanya aku bila aku nak sewa rumah lain. Aku cuma cakap tunggu la suami stabil dulu.
Aku faham maksud MIL aku tu supaya aku keluar dari rumah dia dan bina kehidupan kami sendiri dan tak harapkan orang tua. Tak salah apa yang dia tanya tu.
Bayangkan lah dalam masa 2 bulan tu soalan sama je MIL tanya bila nak sewa rumah lain kat aku. Mil takde pulak tanya kat suami aku. Tu yang aku geram nak marah.
Dengan suami aku bila call atau video call semua cakap yang baik2. Hakikatnya aku je tahu.
Part lain, kalau cucu dia sendiri minum air siap cakap jangan membazir air. Jangan buang air.
Padahal budak lagi memang lumrah over excited kalau nampak macam2 makanan or minuman kan. Selagi makanan tu tak habis selagi tu lah budak2 tu ambil. Budak banyak manalah makan.
Aku pernah beli kuih sambil2 tunggu MIL aku beli barang. Aku dengan anak2 tunggu dia sambil tu kami beli kuih.
Lepas MIL aku beli barang tu aku bagi kat MIL sikit. Dia tanya harga berapa siap cakap aku ni pemalas nak buat kuih.
Dia cakap kalau buat sendiri dapat banyak. Membazir duit je beli. Aku diam tak balas apa yang dia cakap tu sebab aku malas nak bergaduh.
Tapi lepas dari hal tu aku malas dah belikan MIL apa2 makanan kuih ke buah ke apa. Baik aku makan sendiri anak beranak.
Kisah lain pula, suami aku memang bagi duit belanja dapur pada mak. Lain lagi aku punya belanja makanan dan stock barang dapur.
Kadang mana yang dah kurang aku sendiri topup. Kalau tak banyak sikit la aku topup ikut bajet. Aku ok je bab belanja dalam rumah.
Tapi mak aku pernah cakap kalau beli setakat gula dengan tepung tak sampai RM10 bagus tak payah beli. Sebab bagi dia benda2 asas tu murah.
Padahal suami aku dah bagi duit belanja pada mak. Aku tak faham apa yang mak aku tu nak. Bila aku tak beli kata aku ni tak fikir belanja dapur tahu habiskan duit untuk perkara yang tak penting.
Aku pun beli keperluan makan harian kami, beras tepung semua barang basah untuk 1 minggu. Kadang hari lain, aku hari2 pergi beli barang basah.
MIL selalu akan cakap duit tu dia beli apa barang apa dia guna. Lepas tu dia siap sebut la harga semua barang yang dia dah beli tu. Padahal resit takde pulak bagi aku.
Aku tak kisah pun duit tu MIL buat apa. Sebab bagi aku, aku dah bagi jadi pandai2 la dia nak guna macam mana kan. Aku pun langsung takde tanya mana pergi duit tu.
Belum lagi bab dia bandingkan kehidupan aku dengan anak dia. Bab dapur, baju, cara aku jaga anak.
Yela, kita dilahirkan dengan keluarga yang berbeza, didikan berbeza dan cara yang berbeza. Jadi acuan tetap berbeza.
Bagi aku masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang harimau kita mengaum.
Mungkin, sekarang keluarga aku masih di tangga paling bawah. Aku percaya satu hari nanti keluarga aku akan berada ditangga atas. Cuma masa yang akan tentukan semua.
Doakan aku supaya dapat bertahan.
– Jun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit
kena cakap dengan suami, cepat2lah carikan rumah untuk awak sekeluarga .. setahun tu lama dah tu tinggal rumah parent in law.. lebih baik banyak rumah dari serumah..
Saya takkan doakan puan bertahan. Tapi saya doakan suami puan dilembutkan hati untuk bawa puan dan anak² pindah. Ya faham kewangan tak stabil. Tpi nak tunggu stabil tu bila? Nak tunggu sampai mak mertua halau sbb tak sanggup dah duduk dengan puan dan anak². Puan kena faham, ada orang tua ni dia tak suka riuh rendah dalam rumah dia. Bagi dia, time dah tua ni, dia nak rehat (rehat yg x diganggu sesapa).
Dalam rumah tak leh ada dua queen. Kalau suami kewangannya x stabil, puan dahulukan dulu duit puan. asalkan keluar dari situ. Kena ingt, nak hadap mak mertua ni lama- seumur hidup (jika jodoh berpanjangan)
JUJUR ye sy cakap.. tak elok sebenarnya bila kita tinggal sekali dengan mertua. Sy nak nasihatkan utk yg bakal berkahwin, yg mana bujang dan rse nak kahwin, dengarlah nasihat sy yg terlalu jujur ni dan dah kahwin nk masuk 8 tahun. Sy nasihat sebab sy pun dh kahwin lama, tak nak bagi isteri atau suami rasa pedihnya bila kite terasa dengan keluarga SENDIRI, tak nak rasa kena pendam je kesedihan di hati ni kalau terasa dengan orang.
Duduk dengan mertua ni tak kisahlah ada ipar ke atau mertua je dalam rumah tu, selagi kite menumpang, selagi tu lah banyak benda kena jaga(perangai, kewangan dll) Si isteri/suami TAK BOLEH buat keputusan sendiri yelah nama pun menumpang rumah orang. Mana boleh buat sesuka hati nak ubah perabot ke susun atur dlm rumah dll.
Kalau nasib baik dapat mak dan ayah mertua baik alhamdulillah.. tapi kalau sebaliknya? toksik ke ape ke? kesian sangat kat pasangan kita nak kena hadap. Duduk setahun dua boleh la mungkin manis je OK je. Orang tua kata “dekat2 busuk, jauh2 bau wangi” Tapi kalau 3 tahun keatas? Boleh buat MURUNG si isteri nak2 kalau yg suri rumah tangga. Hari hari hadap perangai mk ayah kita. Nak2 bila orang tua tahu kelemahan dan keburukan kita. Contohla isteri kita ni selalu bangun lambat, isteri jenis kumpul baju kotor, isteri bukan jenis makan pagi, tak sediakan breakfast utk family dll ni contoh jela yer, Jadi pulak bahan modal umpatan si mak kat anak yg duk jauh, menda yang takde masalah pd si suami pun tp akan jadi satu masalah buat si MAK tu. Siapa yang terkesan? mestilah Menantu perempuan. Lama-lama isteri kita selalu pendam kesedihan dalam hati.. jadilah anxiety dengan orang sekeliling dia. Kesian sangat tau.
Yang mana bagi alasan “nak kahwin nanti kite duk sekali ngan orang tua ye. Orang tua dh uzur sangat” tu lain tau. Tapi kalau yang ada adik beradik 8,10 orang kalau jawab macam tu memang red flag! Jaga orang tua tu tanggungjwb diorang la antara adik beradik gilir2 jaga orang tua, bukannya nak atur menantu pulak yg kena susah payah jaga mk ayah kite. Paham tak? Ni kes lain yer. Selagi mertua tu boleh urus diri lagi/sihat.
Macam Puan Jun ni cakap pasal duit pulak, memang susah kan nak cakap. Mak pulak jenis berkira je dengan anak cucu. Selagi kita duk sekali selagi tu la hadap la sampai bila-bila :(
Bila kita duk asing, benda ni bukan masalah sebab kalau time suami duit kurang, makan telur kicap ke maggi ke okey je. Susah senang tu biar kita je tahu, kite je hadap :) takde orang tahu.
Tapi bila kite menumpang? paham2 sendiri lah. Takde duit pun kena hina je di keluarga. Ni realiti ye. Jadi nasihat akak, duduklah sendiri. tak mampu lagi beli rumah sekali pun, cari lah rumah sewa walaupun kecil tapi biar isteri dan anak ank kita selesa dan bahagia. Akak pun ada adik lelaki, adik perempuan dan akak pesan benda ni jugak. Bukan apa, kita yang dah kahwin lama ni jadi dah banyak makan garam. Jadi akak taknak adik2 akak hadap masalah ni. Kalau boleh biarlah rumahtangga kita ni aman damai je takde campur tangan kluarga mertua.
Jadi yang mana bujang tu, fikirlah dalam2 ye pasal tempat tinggal ni. Bukan saja2 Nabi pun pesan tempat tinggal ni satu KEWAJIBAN bagi suami. Dalam agama pun nasihatkan duduk asing. Bila kita kahwin, tanggungjwab suami bagi nafkah pada isteri No 1. Kalau ada lebih baru boleh bagi pada emak.
Saya doakan, yang mana masih duk menumpang dengan orang tua, semoga sentiasa sabar dan kuat jalani hari2 mendatang, dan diberikan kemudahan untuk ada rumah satu hari nanti, boleh hias rumah sendiri, atur rumahtangga sendiri dan hati sentiasa tenang.
kena duduk asing, nanti makin lama makin bermasalah
Geramnya lahai dengan suami tak cerdik macamni. Kau dah lah pjj tinggalkan bini lepas tu letak bini kau serumah dengan mak kau. Bodoh ke ? Yang stress, bini kau. Yang hadap perangai buruk mak kau, bini kau. Kau dekat jauh, relax relax buat kerja. Eiii lah
Kenapa komen sy tak naik ye??
Nak tanya soalan.Sebelum kahwin pernah bincang dengan suami ke di mana kamu berdua akan tinggal?
Ke suami memang dah bagi jawapan suruh duduk dengan mak dia?
Kalau begitu itu silap kamu sendiri… patutnya batalkan perkahwinan tengok apa bf kamu buat.
Ini dah kahwin dah beranak payah nak cerita.
Kamu keluar Aje lah dari situ bawa anak.Paksa suami yang suka melepaskan tengkuk tu cari rumah asing.Jangan jadi wanita penurut