Motif?

Sesekali, aku masih tertanya-tanya peristiwa yang terjadi ini, apa yang harus kami buat?

Pelbagai tanggungjawab & kesibukanku dalam menjalani kehidupan, adakalanya membuatku lupa seketika akan perkara yang terjadi tersebut.

Kisahnya begini;

10 Zulhijjah yang lalu, Aidiladha pertama, aku, suami & anak, pulang ke kampungku. Rumah mak ayah aku yang turut dihuni adik & keluarga kecilnya.

Ayah aku bedridden. Selepas mak meninggal dunia tahun lepas, kesihatan ayah semakin merudum.

Aku masuk bilik mak ayah. Bilik yang kami anak2 sempat hias dengan perabot baru untuk keselesaan mak ayah, hanya sempat mak guna kurang lebih dalam 2 hari sahaja.

Aku buka almari pakaian. Pakaian mak ayah yang aku susun dalam almari masih lagi banyak.

Niat nak sedekah, tetapi masih lagi tidak berkesempatan nak sedekah semua. Sedih, sunyi, Tuhan sahaja yang tahu.

Ziarah kubur mak..

Aku & family kecilku serta adik bongsu ke pusara arwah mak. Sebelum tu sempat juga aku singgah rumah Kak Ngah, kak Ngah sedang memasak dan bercadang akan ziarah esok hari.

Sorang lagi satu-satunya saudara lelaki (adik aku) Ateh, sedang uruskan daging korban. Ya, Ateh buat korban seekor kambing tahun ni.

Ketika di pusara.

Kali ini ramai betul waris yang menziarahi pusara. Dah bertambah pula kuburan baharu. Mak dah ada jiran. Kelihatan sebuah berhampiran sama nama dengan arwah mak.

Tiba2 ada pengunjung yang mungkin dah selesai urusan berdoa, menghulurkan tempat duduk untuk kami.

Yang menjadi persoalan

Ada sekeping RM5.00 rasanya, diletak atas kuburan arwah mak. Ada dua ketul batu yang menyendal duit tersebut agar tidak diterbangkan angin.

Duit tersebut dah kelihatan agak lusuh, dek hujan panas. Kelihatan juga seketul bata yang berbeza daripada bata yang kami susun di tepi kubur untuk elakkan tanah terhakis.

“Mungkin mereka ambil bata dikuburan dan letakkan bayaran RM5.00 di atas kuburan kot.” “Kemudian rasa bersalah, sebab tu gantikan dengan bata juga.” Getus suamiku buat cerita.

Masih nak bersamgka baik.

Aku dan adik pandang memandang. Kami tak banyak cakap. Surah Yaasin kami buka dan baca. Sedekahkan buat arwah mak. Masing2 tak berani nak kuis, atau sentuh duit tersebut.

Selesai berdoa, kami pulang dengan pelbagai pertanyaan.

Kelihatan di luar pagar kawasan kuburan, banyak sahaja bata wakaf untuk kegunaan waris. Ada juga tabung wakaf di pondok jaga untuk pengunjung bersedekah.

Di dalam kereta.

“Apa tujuan mereka letak duit di situ?”

“Nak sedekah, letak la di dalam tabung yang disediakan”. “Kalau terjumpa sekalipun, yang letakkan di atas kubur tu untuk apa?” “Kalau ada niat tak baik, dah meninggal kot”.

Kami tak berani nak kuis atau ambil duit tersebut dan masukkan dalam tabung wakaf. Kami sedar, kami bukan bijak pandai nak halang niat buruk orang.

“Kenapa tak kuis dengan kayu atau pegang dengan plastik?” “Kami tak berani.” “Kami bukan sihat sangat nak ambil risiko untuk tambah penyakit lain.”

Peribadi arwah mak

Sejauh yang kami kenal, tiada pula sesiapa yang mak jadikan musuh. Semasa hidup, Al-Quran & kitab sering menjadi bahan bacaan arwah mak.

Rukun Islam, selesai semua mak laksanakan.

Takkanlah hanya gurauan entah siapa2? Mmmm..

– Andak (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *