Hi dan salam kepada pembaca semua. Tujuan aku tulis ni, bukanlah untuk luahkan apa-apa. Cuma aku nak beri beberapa nasihat dan motivasi je untuk kehidupan korang semua.
Yang pertama sekali, kehidupan ni diibaratkan roda yang berputar. Kadang-kadang roda pun berputar ada hari dia kat atas dan ada hari dia kat bawah.
Macam tu juga kehidupan. Ada hari kita happy, ada hari kita sedih, ada hari kita kecewa, marah dan sebagainya.
Tapi, kita sebagai manusia kena kuat untuk hadapi apa saja yang datang.
Kadang tu kan, masalah atau ujian dalam hidup ni tak kira tau. Ada yang berat, ada yang ringan, ada di kalangan kita diuji dengan keluar, masyarakat sekeliling wang dan macam-macam lagilah.
But the most important thing is, kita jangan putus berdoa. Berdoalah kepada Allah.
Jangan sesekali berhenti mengadu pada Allah kerana dialah satu-satunya insan yang boleh bantu kita. Aku tahu, mesti ada kalangan pembaca semua fikir kan.
Kenapa nak mengadu kat Allah, sebab kita doa banyak-banyak pun, bukannya Allah makbul pun.
Nasihat saya kepada orang-orang yang fikir macam tu. Janganlah sesekali fikir macam tu. Allah ni bukannya dia tak tahu yang korang tengah doa.
Korang tengah mengadu, menangis kat dia hari-hari. Tapi, lagi lambat Allah makbulkan permintaan korang semua, maksudnya lagi besar hadiah yang Allah tengah simpan untuk kita. Allah takkan buat apa pun tanpa sebab.
The more Allah uji kita, itu tandanya Allah sayang kita. Sebab Allah sayanglah Allah uji, sebab dia nak kita lagi dekat dengan dia. Dia nak dengar rintihan kita dan luahan kita.
Jadi janganlah sesekali putus asa. Keep on asking Allah. Because at the end of the day, untuk segala air mata, untuk segala kepahitan yang anda semua lalui, anda akan dapat kemanisan yang tak ternilai.
– Tulip (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit