Saya berumur akhir 20an. Tinggal dan menguruskan ibu bapa yang tak berapa sihat.
Acap kali orang pesan pada saya, jaga mak ayahnya baik2 ya. Besar pahala. Saya sedar pahala yang besar tak semudah itu Allah ganjarkan.
Besar tanggungjawab. Tambahan lagi, tak ada kawan, tak ada tempat untuk meluahkan.
Bila ada masa saya moody, family pon bila kita senyap mereka senyap. Peel ibu2 ni begini kah? Kalau nak merajuk pujuk sendiri then kita buat macam tiada apa berlaku.
Kawan saya pon berkongsi benda yang sama. Tapi kali ni jiwa saya keras betul nak lembutkan hati susahnya.
Allahuakhbar. Ok lah mujur Allah bagi pinjam kereta untuk saya. Setia mendengar. Setia ada bila saya menangis.
Saya takut kalau saya meluahkan timbul dosa sebabnya saya takut keluarkan kata2 tak sepatutnya tambahlagi menyakiti hati mereka.
Sedangkan saya nak meluahkan agar mereka faham. Saya tahu dan sedar, mereka selalu cop saya ni kuat marah sikit2 nak marah.
Benda ni biasa jadi sebab saya lah yang sediakan makanan everyday. Faham tak letih sediakan makanan.
Bukan tak boleh nak beli bila letih. Tapi sebab komitmen dan saya faham keinginan mak bapa saya macamana.
Bapa saya tak berapa sihat dan memang memilih makanan luar lagi2 pedas. Dan disebabkan diabetes bapa saya kena jaga makan lebih2 lagi bila dah tahap cucuk insulin.
Saya tak boleh nak harapkan mak sebab mak saya pon tak berapa sihat. Tapi bila keadaan saya moody, mak saya pon tak tegur saya. Mak saya selalu macamtu.
Saya sebagai satu2 nya anak yang ada dengan mereka, saya tau tanggungjawab saya sediakan makanan, keluar belanja, hantar check up.
Saya tak pernah pon merungut. Cuma saya berharap bila ada adik beradik saya balik mereka faham.
Kalau tidak dapat uruskan sepenuhnya tolonglah bantu saya. Tak perlu lah saya seru. Takkan lah tiap kali balik kena diingatkan. Kalau musim raya pon, saya yang belanja dan masak untuk mereka semua.
Alasannya kerana saya pandai masak. Adakah kalau saya boleh memasak then saya uruskan dari awal sehingga akhir. Kupas bawang se basic itu pon saya kena seru?
Bahkan, bab mengemas rumah pon saya. Lebihan lagi musim raya kalini benar2 memenatkan saya.
Saya tau dan sedar tetamu datang bawa rezeki. Tapi adik beradik saya langsung tak ambil pusing untuk balik dan menolong saya. Tanya khabar pon tidak.
Mereka boleh pergi bercuti trip sana sini sedangkan saya dirumah nak keluar mana2 pon masih runsing fikirkan makan apa mak saya dirumah. Kecil hati sungguh saya.
Mungkin ini lah sebab nya jodoh saya lambat. Hal begini pon saya sudah susah sakit hati melampau apalagi nak urus rumah tangga nanti.
Dan tambahan lagi, majikan tempat kerja saya betul2 mecabar kesabaran saya.
Dulu dia janji pada saya berbeza dengan apa yang diberi arahan kini. Berlarutan sehingga sekarang hampir full time saya kerja which sepatutnya part time. Bila saya nak balik nanti dia kata, awal sial? Nak pergi mana?
Tawar hati betul saya. Bahkan tiada public holiday diperuntukkan. Cuma satu dia agak flexible bila nak datang lewat. Ha part tu je lah.
Waktu lunch pon tersasar habis. Tiada 1 jam lunch. Nak makan then makan 10 min sambung kerja. Saya tak pasti saya terlalu considerate atau apa.
Kerana saya kesian staff lain bekerja teruk lagi daripada saya, dulu bila saya kerja 5 jam, ada mata memandang (bukanlah tidak puas hati) tapi saya betul tidak selesa.
Saya pasti bos saya beri gaji lebih pada saya berbanding yang lain atas kelulusan yang saya ada. Saya rasa tak fair.
Saya pernah berura untuk berhenti namun di halang dan sekarang nak cari kerja susah ya Allah. Atas sebab2 ni sejak2 ni saya mudah marah, mudah menangis. Saya taktau apa terjadi pada diri saya.
Saya confuse. Saya tiada tempat meluahkan. Saya taktau nak cari siapa. Saya rasa marah dengan diri sendiri.
Saya mencari kata2 comfort untuk saya betulkan diri saya. Untuk saya betulkan balik apa yang saya silap. Untuk betulkan balik apa yang patut saya buat baik untuk saya dunia dan akhirat.
– Jen (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit