Assalamualaikum, harap sangat admin approve confession aku. Hehe..
Tengok tajuk, tapi jangan ingat sekadar nak move on dari kekasih2 tu. Aku cakap pasal nak move on dari relationship, tak kire la love ke, friendship ke.
Tapi dalam kes aku ni, friendship la. Dulu2 aku ade sorang best friend ni. Memang dia baik. Suka masak2 kasi aku makan. Teman aku pergi situ sini. Dia pun selalu cerita macam2 la dekat aku. Mesej aku 24/7.
Aku pulak jenis layan. Hahahaha, aku suka mndengar masalah orang. Kebetulan kawan baik aku ni memang messed up orang nya. Gelabah tak tentu pasal, hahaha. Aku pulak kene selesaikan masalah dia.
Kawan aku ni jenis cakap banyak, buat nye tidak. Sebab tu ramai tak boleh go on dengan pragai dia ni. Boasting omputih cakap. Aku je yang tahan dengan mulut dia time tu.
Aku jugak suka kasi orang rasa appreciated. Sebab aku tahu camne rasa tak dihargai tu. Aku suka beli makanan, hadiah birthday, boleh kata semua benda dia nak aku kasi.
Lama2 prangai dia berubah. Aku yang lembab ni tak perasan. Kawan2 aku yang lain semua kata dia treat aku macam s*it. orang kata dia suka gunakan aku.
Dia jugak suka guna kata2 kesat. Dia panggil orang lain biasa je, cakap lemah lembut je. Time cakap dengan aku, boleh dia panggil aku tahik. Cakap pergh kasar gila. Memang la best friend. Tapi tu bukan lesen untuk kau mencarut. Orang ade feeling la beb.
Aku tak sedar. Sampai la one day dia luahkan dekat aku masalah dia dekat aku, aku bagi nasihat la sikit2. Tetibe dia cakap ape dekat aku, “boleh tak kau jangan sibuk hal akuu???!!”. Tengking aku wei.
Memang tak pasal2 aku kena. Memang aku baik. Tapi aku tak la bodoh sampai boleh orang pijak2 guna aku camtu. Tengking2 aku. Tahu la stress. Kau jugak buat masalah sape suruh. Aku dengar mujur.
Lepas dia tengking aku camtu, memang aku dah tak ambik tau langsung pasal dia dan masalah dia. Duit aku pun jimat. Masa aku pun dah banyak. Tak payah aku spend masa dengar keluh kesah orang camtu. Buang masa aku je.
Sekarang aku boleh prasan performance aku dalam akademik dah naik, banyak masa terluang aku (aku guna untuk study), duit tetiba banyak, hahaha.
Dia pulak, asyik ajak aku supaya aku dengar keluh kesah dia, but, aku memang tak layan. Kalau dia tanya ape2 yang bermanfaat, aku layan la.
Jangan treat orang macam sampah beb, sebab orang, bukan sampah. Dan aku, bukan sampah kau. Sila cari orang lain kalau kau terus nak layan orang camtu, hihihi.
Dan buat sape2 yang rasa dilayan macam sampah dalam relay tu, jangan biarkan diri terus macam state tu. Move on la. You are more than someone’s garbage. Okay?
– Yang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Baguslah TT cepat move on. Ada setengah orang terutama people pleaser, tambah lak kalau ada anxious attachment, akan susah nak move on, akan sedih nangis2 bila diperlakukan begitu. Lepas tu akan cuba nak ‘please’ lagi orang tu supaya dapat diterima balik. Tu yang boleh jadi dysfunctional relationship.