Assalamualaikum admin, pertama sekali aku nak ucap terima kasih lah pada admin sekiranya confession ni disiarkan. Sebelum aku mulakan confession ni biarlah aku kenalkan diri. Nama aku siti (bukan nama sebenar).
Nak mulakan cerita, aku baru berpindah kerja ke satu company ni. Untuk dijadikan cerita, aku rasa aku seolah ada hati pada seorang lelaki satu tempat kerja aku. Aku rasa maybe cinta pandang pertama dengan lelaki ni. Selama ni aku simpan je perasaan aku pada dia. Aku tak pernah luahkan apa aku rasa pada dia. Aku malu untuk luahkan perasaan aku.
Dalam company ni ada seorang staff perempuan yang aku rapat. Kami selalu share masalah, cerita yang berlaku setiap hari. Semua cerita kami akan share berdua. Untuk pengetahuan korang, aku, staff perempuan dengan lelaki yang aku suka ni bekerja satu department dengan aku.
Satu hari aku dapat tahu yang lelaki ni ada hati dengan staff perempuan yang aku rapat ni. Waktu aku tahu cerita ni, aku terkedu, perasaan aku bercampur baur. Aku sedih dengar berita ni. Tapi aku tak tahu apa yang perlu aku buat.
Aku cerita mengenai benda ni dengan seseorang yang aku percaya, dia seolah menyalahkan aku kenapa aku perlu bersedih sebab aku tidak pernah meluahkan perasaan aku pada lelaki tu. Dia mengatakan itu silap aku sebab aku tak berani nak luahkan perasaan aku pada lelaki tu. Sekarang ni aku hanya redha je sebab aku tahu aku bertepuk sebelah tangan.
Aku nak minta pendapat korang apa yang perlu aku buat untuk move on. Terkadang aku sedih sendiri tengok mereka berdua berbual mesra depan aku. Aku nak nangis tak boleh. Oleh itu, aku pun berpura pura senyum depan mereka. Sampai sekarang aku cuba cari jalan untuk move on.
– Siti
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit