Move On Atau Setia Menanti

Assalamualaikum semua. Jam menunjukkan jam 3.00 pagi. Aku tak tahu nak menangis atau bangun teruskan kehidupan baru.

Hari ini sudah hampir 3 bulan aku melafazkan cerai terhadap bekas isteriku atas permintaannya sendiri.

Ya masa tu dia sendiri minta kami berpisah secara baik alasan sebab tak boleh lupa dan mentalnya depression sepanjang perkahwinan bila teringat kesilapan aku lakukan.

Even aku bertaubat dan jadi wali ulama pun bagi seorang yang disahkan mental depression ia bukan sesuatu yang mudah dilupakan.

Kami berkahwin ketika zaman belajar lagi dan alhamdulilah rezeki ada 4 orang anak dengan paling bongsu setahun lebih. Aku sangat menyayangi isteri dan anak2.

Tapi di sisi gelap ku ada 3x kejadian melibatkan aku dan isteri masih beri peluang.

Namun kali ke 4 ni even asal dia juga beri peluang namun dia sukar terima dan bertekad menfailkan penceraian.

Di sisi mata orang melihat aku seorang suami yang terlalu sayangkan isteri.

Kalau di rumah mostly aku la banyak membantu kerja rumah dan tugas utama isteriku hanya memasak. Itupun aku tak pernah paksa dan kalau dia tak larat aku ajak je dia ke kedai makan atau order foodpanda.

Anak2 alhamdulilah aku tidak kekok mengurus dari hal mandi, tukar pampers dan buat susu tengah malam. Ya semua 4 anak aku la yang bangun malam buatkan susu dan tidurkan mereka.

Berbalik kesilapan aku tu apa perkara aku buat sampai isteri sendiri failkan penceraian?

Jujurnya aku tidaklah kaki minum ke, kaki judi ke kaki pukul atau kaki perempuan.

Tapi aku mencurangi isteriku atas asbab di telefon dan media sosial. Melibatkan aku mesej dengan somebody di alam maya yang aku sendiri tak pernah jumpa di alam realiti.

Kali ke 4 ini lagi dia sukar terima kerana aku mesej hingga tahap memalukan. Perkara itu menyebabkan isteri aku trauma dan sukar lupakan sampai tahap dia didiagnosa mental depression.

Aku selepas kejadian kantoi tersebut sangat menyesal dan berjanji takkan lakukan lagi. Aku cuba justify kata kat isteriku yang aku bukan tahap sampai buat dosa besar tapi baginya kesan tu cukup mendalam.

Aku cuba selamatkan sedaya upaya dengan ajak bercuti, belikan hadiah untuk memujuk dan sebagainya.

Dijadikan keadaan semakin mencabar apabila aku yang bekerja di sebuah sekolah swasta terpaksa resign atas faktor pengurusan.

Mudah kata ada isu pengurusan dan kewangan menyebabkan aku perlu meletakkan jawatan.

Lagilah perkara ni membuatkan keadaan semakin sukar kerana aku tidak punya pekerjaan yang terjamin. Maka bermulalah kehidupanku dari jadi rider lalamove, driver grab dan agen takaful.

Bila aku dah takde apa-apa ni dengan kesilapan aku lakukan aku tahu isteri aku takde apa nak kesalkan pun tinggalkan aku. Kalau aku ni kaya income 6 angka sebulan mungkin lain. Haha.

Dia merupakan seorang guru KPM dan sudah pasti dia rasa kuat je tanpa aku sebab ada kerjaya dan income sendiri.

Memburukkan keadaan isteriku ada hubungan tidak baik dengan keluargaku terutama mak aku.

Perkara seperti isu balik kampung dan penjagaan anak pertama kami yang dijaga ibu aku ketika kecil menyebabkan diungkit dan keadaan makin sukar agaknya dan berkaitan semuanya.

Ikutkan hati kami masih sayang menyayangi dengan anak kami pun masih kecil lagi.

Bila terpandang wajah anak aku jadi sebak memang nak pertahankan juga namun hati isteriku dah tekad teruskan perceraian. Malah dia beri syarat bila bercerai jangan diajak untuk rujuk.

Di pandangan keluargaku dan setengah kawan yang tahu masalah kami melihat aku yang lembik dan terlalu ikut permintaan isteri.

Ya aku akui takut kehilangan dia dan semua dari dia aku turuti.

Isteriku ada minta tukar ke kampung halamannya kerana nak menjauhkan diri dari aku la dan dia pun tahu dengan 4 anak masih kecil sukar dia uruskan berseorangan tanpa aku.

Aku akui kesilapan aku lakukan dan aku betul menyesal dan ingin get back pada dia. Sekarang iddah dia pun dah tamat dan dia pun takde tanda terima aku kembali.

Dia sering merujuk mental depression dia point utama hubungan kami tidak boleh diteruskan even perasaan sayang tu masih ada.

Dia masih bahasakan diri sayang, abang, dengan aku. Aku tahu jauh di sudut hati dia sayangkan aku dan dia pun tahu aku sangat sayangkan dia.

Dengan keadaan buat masa ni ramai cadangkan aku move on.

Bagi keluargaku isteriku dah tak hargai dah benda ko buat selama ni. Biarla beratus kebaikan ko buat tapi disebabkan kesilapan telah ko lakukan dah tak nampak dah kebaikan tu.

Aku pun macam dah ada tanda depression dan stress kena refer psikitri gak agaknya.

Sekarang aku still jalankan tanggungjawab aku as ayah. Aku masih menghantar dan menjemput mereka dari sekolah.

Kadangkala bila isteri tiada di rumah aku masih menguruskan rumah tersebut dari hal baju, mengemas etc.

Adakah aku terlalu baik sangat sehingga setengah orang melihat aku dipijak je sebab terlalu ikut kemahuan isteri?

Mungkin aku perlu pergi jauh darinya agar dia merasakan kehilanganku tapi aku masih kesian dengan dia menguruskan anak dan rumah berseorangan.

Cuma aku tahu aku kena kekal bertaubat dan tidak lagi buat kesilapanku itu lagi.

Sayang.. Ketahuilah hati ini masih menyayangimu.. Abang tahu abang dah takde apa. Kerja hilang, income pun belum stabil. Rumah pun tak mampu beli lagi.

Mungkin Abang perlu jadi somebody yang kaya ada semua sudut material baru datang kembali pada sayang. Mungkin sayang juga perlu masa pulih dari mental depression yang dialami.

Sampai ke akhir hayat Abang tetap menyayangi dan akan terus menantimu..

– Suami Yang Menunggu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *