Move on Dari Crush Muda

Assalamualaikum dan Hi semua, aku nak share kisah aku jatuh cinta pada seorang lelaki yang bernama Ali (bukan nama sebenar).

Aku dan Ali bekerja satu company tetapi lain department. Mula nya aku memang aim si Ali sebagai seorang yang “keras kepala” lah sebab first day lagi dia dah start buat perangai.

Ali ni muda 8 tahun dari aku. Tak pernah pun sangka boleh tersuka, terjatuh hati kat dia. Yakin betul sebab dia ni memang good looking, baik budak nya dan jenis jaga pergaulan.

Kitorang start jadi rapat since dia take over department dia dalam urusan documentation. So memang akan selalu komunikasi dengan dia lah since tu.

Kadang waktu cuti pun still contact dia pasal kerja, padahal bukan urgent pun, saja nak communicated dengan dia. Gatai!

Sampai dah jadi situationship lah kitorang ni. Kadang temasuklah benda personal bila chat dengan dia.

So disebabkan itu aku beranikan diri untuk “make a first move”. Haa yakin lagi akak nih. Aku confess kat dia, dan sayang nya di tolak dan dia memilih untuk berkawan saja.

Yup it’s the clear answer, dia tak berminat pun dengan kau, apa lagi angkat kaki lah kan.

Aku sampai nak carik kerja lain lah sebab tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia.

Bak kata seseorang, kita akan susah untuk melupakan kerana kita terbiasa dengan rasa itu, dia pula mudah melupakan kerana dia tidak pernah ada rasa itu.

Jadi selama 8 bulan selepas kejadian di reject, aku masih tak berani untuk buka topik confession and rejection ni kat dia. Aku just assume dia reject sebab usia kami yang jauh dan mungkin sebab kerja kami.

Sekarang masih je berkomunikasi, kebanyakan pasal kerja. Kadang-kadang je terselit pasal personal. Selalu akan sedar diri balik, tak mau lebih-lebih kang diri sendiri sakit.

Dia pernah cakap, “Jodoh ni kena usaha”.

Aku jawab, “Dah usaha dah dengan luahkan perasaan, tapi tu lah kena reject pulak. Perlu masa jugak nak cari pengganti”. Terus terdiam member haa.

Setakat ni kami dua-dua pilih untuk berkawan je, Pernah buat keras je dengan dia, tapi kita tak boleh wak.

Kita decide untuk terima je dia sebagai kawan. Hati pun lebih tenang.

Sekian sahaja perkongsian aku. Doakan aku jumpa jodoh terbaik pada waktu yang tepat yaa.

Semoga segala doa kalian dikembalikan balik kepada kalian.

Wassalam..

– Fatimah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *