Assalamualaikum. Nama aku Melati, umur dalam 30-an, belum berkahwin, bekerja dalam industri swasta dan masih ada mak ayah. Alhamdulillah.
Cerita aku ni cuma santai sahaja ya. Bukan sebab masalah besar pun. Saja meluahkan.
Masa kecil-kecil dulu memang berangan lah aku kenal lelaki, bercinta seorang je lepastu terus kahwin. Tapi, itulah itu semua angan-angan.
Aku tak pernah bercinta dari zaman sekolah rendah, menengah, matrik sampailah degree. Memang tak pernah. Ada je kawan lelaki.
Semuanya kawan jelah.
Sepanjang masa tu, kawan-kawan aku memang dalam fasa bercinta, kecewa, menangis sebelum mereka jumpa pasangan mereka. Semestinya sepanjang proses tu aku paling tenang, selalu ada.
Sepanjang itu juga bila ada masa mereka susah nak move on ada terdetik dalam hati aku. Itupun susah ke? Belum kena batang hidung sendiri kan. Alhamdulillah juga semua yang menangis tunggang terbalik tu jumpa dah pasangan sesuai.
Kawan-kawan ada cakap aku ini lain sikit. Aku bukan jenis kasar tapi bukan lembut cuma aku ada pandangan sendiri. Susah nak explain.
Alhamdulillah lepas degree dapat kerja terus. Walaupun biasa-biasa. Masa inilah juga lelaki aku kenal dari matrik muncul, kawan sekolah muncul, ada yang kenalkan.
Tapi sebab bukan jodoh semua tak jadi. Semuanya aku taklah kenal lama pun. Paling lama mungkin dalam 6 bulan. Yang lain-lain sekejap-sekejap je kecuali kawan sekolah sebab kawan lama.
Aku enjoy je life aku. Kawan-kawan yang dah kawen tu semua nya elok je ada. Aku pun tahu masing-masing busy. Aku pergi bercuti, bawa mak ayah jalan-jalan, belanja family. Kiranya life aku elok je full. Tapi for sure lah kan ada masa nak ada pasangan juga.
Aku masa tu dah malas nak kenal dengan orang ke apa. Sebab aku dah malas nak ada sesi ice breaking tu.
Nak cari chemistry. Tapi, tulah dalam pada taknak tu aku berkenan dengan seorang lelaki ini yang aku kenal melalui kerja. Imran dan aku bukan sama tempat kerja. Cuma sebab aku selalu deal dengan dia sebab tu aku kenal.
Mula-mula aku just admire Imran sebab cara dia kerja. Professional. Lepastu suara dia sedap dengar dalam telefon. Macam soothing. Bukan aku je yang cakap tau. Sebab dia ada juga contact dengan colleagues aku lain. Mereka pun cakap benda yang sama.
Jadi, aku sebagai perempuan yang memang ada skill menyiasat ni. Aku cuba lah siasat. Mestilah kan entah suami orang, tunang orang ke.
Rupa pun tak tau. Jadi hasil siasatan. Imran bujang.
Masa tu bulan puasa. Jadi, aku mulakan misi aku masa tu. Hampir setiap hari aku wish selamat berbuka. Kalau bukan selamat berbuka, sahur. Bila ingat balik macam budak-budak kan. Imran reply tau. Sampailah raya macam tu.
Disebabkan Imran tunjuk reaksi positif. Lagi lah aku perasan. Aku ini dahlah kurang pengalaman pasal perasaan ini. Lagi-lagi bayangkan ya.
Dia sanggup hantar malam-malam makanan dari kampung dia kat aku. Ada masa tu aku mintak tolong ambil aku dia tolong. Siap angkatkan beg aku lagi. Malas nak cakap.
Lelaki-lelaki sebelum ini yang aku kenal memang takdalah macam tu. Sebab tulah aku perasan lebih. Jadi bila aku perasan lebih aku mula buat perangai konon-konon merajuk, mengada dan seangkatannya.
Disebabkan perangai aku macam tu. Imran macam jauhkan diri. Mestilah aku perasan.
Sampai satu masa dapatlah mesej yang Imran cakap, dia selesa dengan aku tapi tak bermakna dia suka aku. Dia risau sebab aku dah mula tunjuk macam suka dia. Dia cuma selesa berkawan dengan aku.
Fuh, aku dapat mesej tu. Terpana sekejap. Tapi, ego aku melangit ya. Aku tak mengaku. Aku cakap aku buat perangai macam tu sebab aku kalau dengan kawan-kawan yang aku rasa rapat macam tulah perangai aku buat. Apa jadi lepastu, kami masih berkawan tapi taklah sekerap dulu.
Aku pun ingatkan diri aku yang aku dah kena reject sebelum waktunya. Lagipun, kami masih bekerja walaupun lain tempat tapi selalu ada deal sama-sama.
Dalam pada cakap tak selalu contact hal personal tu. Aku macam tak boleh nak move on mana. Imran ini pun satu. Dia masih rajin lah jugak kadang-kadang dia offer sambal dari kampung dialah, hantar rumah. Aku pun rajin jugak tu sebab suka baking. Ada jugak hantar rumah dia.
Kebetulan rumah kami tak jauh mana. Sehinggalah satu masa, masa tu birthday dia, aku jenis kedekut dengan diri sendiri. Tak kedekut dengan family atau kawan-kawan.
Aku belikan dia perfume yang dia suka, siap dengan wallet ada ukiran nama dia. Aku hantar rumah dia tapi letak kat kereta lepastu aku lari.
Hahaha. Malu gila fikir masa sekarang. Tapi, benda dah jadi.
Ada masa aku fikir mungkin betul-betul aku ingat dia kawan. Jadi, aku saja tanya dia kalau-kalau ada kawan lelaki nak kenal sekali pantas dia jawab nak ciri-ciri lelaki macam mana. Robek hati aku baca macam tu.
Jadi, memang jelas lah aku masih suka dia. Aku nekad lah nak move on macam tu.
Oh, kalau korang ingat aku selalu contact personal tu taklah. Sebulan, dua bulan sekali macam tu je. Sepanjang tu jugak kebanyakannya memang aku yang mulakan perbualan.
Lepastu, memang lama lah dah tak contact personal. Dari hujung tahun 2020. Cuma susah lah aku nak buang perasaan. Macam mana professional pun aku masa kerja. Mesti susah juga kan.
Tapi tulah berbulan-bulan bertahan. Masa bulan puasa, wish pula dia selamat berbuka kat aku. Aku tau je sebelum ni dia akan mengelak macam tu, jadi aku saja tanya nak tak berbuka dengan aku. Lepastu, dia cakap nak. Pelik pulaj aku masa tu.
Selepas daripada tu, Imran ini rajin wish aku kalau hari-hari penting. Benda yang dia tak pernah buat dulu. Imran start hadiah kan aku macam-macam. Dulu-dulu memang ada hantar makanan je tapi taklah sampai bagi barang.
Dalam pada tu, kami masing-masing mengeluh dengan kerja masing-masing. Aku masa tu dah nekad nak berhenti kerja. Bukan sebab Imran tapi sebab lain. Jadi, aku rasa kalau aku confess aku dah tak kerja kena-mengena dengan Imran mesti aku dah tenang masatu.
Baru je plan macam tu. Imran call aku pada satu malam ni. Imran memang tak ada call aku hal personal. Aku macam pelik. Rupanya, Imran call aku nak bagitahu dia dah tender resign pagi tu.
Dia dah kerja kat selatan tanah air. Dia cakap dia call bagitau awal-awal sebab nanti kalau lambat bagitahu aku merajuk sampai tahun depan pun boleh tak bercakap. Pelik ayat dia ini.
Macam Allah dengar doa aku. Macam dipermudah, aku lepastu buat karangan panjang. Siap bernombor aku punya confession. Berdebar aku bagi. Lagi berdebar tunggu reply.
Masa tu aku memang tak sabar tunggu rejection. Kiranya ayat betul-betul reject. Tapi, tau tak apa Imran reply?
Bukan dia terima tapi bukan dia reject. Ayat dia happy sebab aku tak block dia (sebab sebelum tu aku block). Akan jadi selalu pendengar yang baik untuk aku.
Aku angin ya masa tu sebab cakap lah reject terang-terang. Tapi, memang tak jawab. Siap aku cakap jangan ‘take me as granted’.
Selepas itu, Imran pun resign. Aku pun masa tu tender resign. Memang masa tu tak ada contact semua. Aku macam tenang lah konon nya.
Tapi itulah, bila aku dah nak resign dia call tanya macam mana. Dah resign tanya pulak keadaan aku masa tu. Raya pun wish. Oh, birthday aku selepas dia resign pun dia wish walaupun salah tarikh.
Kenapa aku up cerita ini? Sebab aku sedar bila aku cakap dengan orang suruh move on rupa-rupanya aku pun susah. Umur dah 30-an pun susah jugak.
Padahal biasanya aku lah kemain nasihat kan orang lain. Kalau orang cakap cuba lah kenal orang lain, aku pernah. Siap keluar lagi makan sama.
Tapi, orang tu bersembang aku boleh bayang Imran. So tak adil untuk aku kenal orang lain masa ini.
Aku pulak sekarang ini memang tak ada mood nak kenal orang lain. Sebab penat nak serasi dengan orang lain. Nak open up, fikir pun dah penat. So, doa banyak-banyak Allah tenang kan hati aku.
Aku perasan juga kadang-kadang bila aku baca confession orang lain akan ada komen suruh orang tu move on. Masa dulu mungkin macam tu aku bagi. Tapi, itulah perasaan tu susah. Aku ni dah jauh dah. Nak kata contact selalu pun tak. Apa yang susah entah.
Mungkin setakat ini Imran yang kena taste aku agaknya. Kalau orang tanya kenapa? Satu-satu nya lelaki gentleman dengan aku. Pergi makan. Aku duduk je. Dia buat semua. Angkat beg aku.
Kalau tanya lelaki-lelaki aku kenal semua ini. Malas nak cakap macam mana. Imran pun walaupun dia lelaki dia tak flirt pun dengan aku.
Haritu aku ada tanya soalan ini,
“Imran berapa lama lagi kita akan kawan? “
“Kenapa Melati dah taknak kawan saya ke? “
“Eh, taklah. Sebab takut kena tinggal.”
“Takut saya tinggalkan Melati?”
Apapun rezeki orang itu berbeza. Macam kawan aku ada cakap rezeki aku ini mungkin pada kerja dan kewangan jadi mungkin rezeki dalam hubungan itu belum. Aku percaya sikit masa lagi move on lah aku tu.
Yang tiba-tiba susah move on,
– Melati (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit