Semalam aku block si A. A ni actually ex aku masa zaman uni dulu. Kitorang break dengan cara yang agak mengharukan dimana dia merayu gila dengan aku untuk maafkan kesalahan dia curang. Mmm ya curang.
So aku da tawar hati tapi sebab kesian aku try la bagi second chance tapi macam takleh go dah, so second time break tu memang dah tak toleh belakang lagi dah.
Yang bangangnya aku la. Sebab break kali kedua ni situasi jadi salah aku pulak sebab tak appreciate dia punya effort. Kalau aku go on je break masa dia curang tu atleast reputasi aku clean lah. Dia yang patut dipersalahkan. Ah silap percaturan!
So lepas je kejadian tu dia terus block aku di semua media social dan jugak WhatsApp. Tapi aku memang tak kisah, aku taknak ambik tahu sebab aku tengah fasa nak membina kerjaya. Yelah hutang Ptptn nak start kena bayar ni.
Tetiba pada suatu hari member aku bising kat group housemate uni dulu. Bermula dengan satu screenshot instagram, terus beratus beratus noti masuk sebab semua orang sibuk nak mengulas dan participate.
Rupa rupanya ex aku si A post gambar awek baru dia. Caption panjang berjela. Aku cam pelik gak la apehal housemates aku bising sangat padahal aku dah lama kut move on. Zero feeling left dah pun dekat si A.
Rupanya dalam caption si A ni, dia memburukkan aku. Patut la housemates aku panas hati, yelah diorang tahu cerita sebenar kut apa yang jadi.
Antara ayat yang buat aku terbelahak sikit is, dia cakap dia dah tak percayakan cinta kununnya sebab dia punya previous relationship (aku lah tu). Dan dia punya current gf ni is everything, nothing kalau nak dibandingkan dengan aku.
Aku cam…. loading jap. Apa yang si hamlau ni cuba sampaikan. Kau nak buat appreciation post untuk gf kau buatlah, tapi tak perlu burukkan aku kut. So kitorang pun biarkan lah benda tu berlalu.
One fine day, (cewah kau) tiba tiba ada noti WhatsApp masuk. Rupanya si A ni hantar mesej saying hi. Lama tak dengar khabar katanya. Eh zumbake ni baru dua minggu lepas kau post mengutuk aku.
Pelik jugak lah sebab lama dah dia beria block kan. Ada benda penting sangat ke nak bagitahu ni. Dia pun cakap dia dah ada gf baru. Finally jumpa someone yang memahami dia. So aku cakap jela “good for you”
Then dia tanya aku dah ada bf ke belum. Bila aku jawab je takde, nak fokus kerja dulu terus dia taip panjang panjang. Dia cakap aku kena ubah perangai, jangan feelingless sangat.
Kena selalu appreciate bila orang bagi effort. Pendek kata semua perangai aku ni buruk sangat la sampai takboleh nak berpasangan.
Eh hamlau. Kau nak berpasangan sukahati kau lah, kenapa nak sibuk dengan hidup aku pulak?
Aku ni tak banyak contact orang sangat kat WhatsApp, so bila aku bukak je WhatsApp memang aku akan nampak la recent chat si A tu sebab aku tak delete.
Dua hari sekali aku tengok dia ada gambar profile, lepastu profile kosong. Rajin beno kau block unblock aku eh?
Aku ni jarang jarang sekali ada jugak buat story kat WhatsApp. Yelah dah meningkat usia ni tak tahu sangat apa nak ditunjukkan ye dok?
Lagi pulak jenis pergi kerja subuh balik maghrib ni asyik asyik story jalan jammed je lah. Paling tidak steering kereta
Jadi hari tu Jumaat, and last day untuk colleague aku ni si B dia nak berhenti kerja dah. Kitorang belanja dia Seoul Garden makan makan sampai malam alang alang esok weekend. Jadi aku pun buat lah story sikit.
Baru berapa minit aku share, terus si A balas. “Bf u ke tu?” “Haritu cakap single?” Aku baca je ikut noti bar malas nak reply.
…setahun berlalu…
Si A contact aku lagi. Kalini dia send kad kahwin. Dia suruh aku datang bawak bf. Katanya kalau aku tak datang maknanya aku belum move on dengan dia.
Like what?? Laju aku bagi alasan cakap tarikh tu cousin aku tunang. Apebenda la mamat ni wire dia putus agaknya
Tarikh dia kahwin tu cuti raya haji tak silap aku. Sepatutnya lah kan, selogiknya bila kau kahwin mesti kau busy kan? Tapi dia tak. Malam tu dia terus spam WhatsApp aku dengan gambar kahwin dia.
Aku pun sekadar berbasa basi la, “congrats semoga berbahagia ke anak cucu”. Aku ingatkan dia nak jawab la thank u ke apa kan sekali dia cakap “sabar eh u i doakan masa u tiba nanti sooner or later”.
Aku pun maleh nak layan suami orang ni aku bagi emoji sengih sumbing je. Dia text lepastu pun aku tak layan dah.
Semalam aku balik kerja aku tengok si A ni WhatsApp lagi. Si gila ni macam ada unfinished business dengan aku tau. Duk tanya dah balik ke belum. Dah sampai rumah ke belum. Eh hamlau! Kau tanya lah bini kau. Kau baru kawen kan?
Last aku bagi kata putus. “I think i need to block u” “we’re not even friends”. Tetiba dia call aku. Aku terus letak. Naik dekat noti dia cakap “please let me talk to u”. Dia call lagi, aku letak lagi.
“I think about u every night Sara”
“How i wish it’s u I’m married with”
Ehhhhhh???
Aku terus screenshot sebab nanti nak tunjuk kat group housemates aku. Lelaki ni sah gila. Baru berapa bulan kahwin dah macam ni. Once a cheater ni memang forever a cheater ke apa?
Tak cakap banyak, aku terus block A. Nyah lah kau dari hidup aku ni. Nyah dari muka bumi pun bagus.
So housemates aku sekarang membuat conclusion bahawa, si A ni belum move on sepenuhnya, tapi asyik gunakan perempuan untuk tunjuk dekat aku.
Tapi kali ni mungkin advance sikit, dia siap kahwin. Yelah; kitorang actually tahun ni baru nak masuk umur 25. Consider awal kut kahwin tu
Apa pun, aku harap kau happy dengan wife kau ya A. Cepat cepat la move on ye, aku takut nanti kau gila.
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit