Aku kenalkan diri aku sebagai Mawar. Sebelum aku tulis kisah yang ingin aku kongsikan, aku cerita sedikit tentang latar belakang aku ye.
Aku adalah ibu kepada tiga orang cahayamata. Suami aku sangat baik. Lelaki kiriman Tuhan gitu. Lembut tutur kata. Tak panas baran. Sangat sabar orangnya.
Kami sama-sama uruskan rumah tangga dari memasak, mengemas, urusan kain hingglah perihal anak-anak. Kata suami sama-sama kerja sama-sama kita uruskan rumahtangga. Aku sangat bersyukur kerana dikurniakan suami seperti ini.
Usia perkahwinan aku dah pun memasuki 15 tahun. Anak-anak pun dah besar dan boleh uruskan diri sendiri. Senang kata, fasa struggle aku dan berkurangan. Sekarang ni banyaklah masa kami dapat dating berdua.
Suami aku juga romantic orangnya. Hahaha. Terlebih pujikan. Tapi itulah suami aku dan mestilah aku sangat bahagia bersamanya.
Ok. Bukan itu yang ingin aku kongsikan. Yang ingin aku kongsi adalah kisah kawan aku. Seorang kawan baik. BFF. Kawan yang sangat rapat dengan aku ketika aku belum lagi berumahtangga. Rakan sepejabat aku. Dia lelaki. Ye lelaki. Aku namakan dia Arif.
Sejauh mana kami rapat, senang kata semua perkara tentang Arif aku ada dalam hidup dia. Jatuh bangun susah senang.
Antara perkara yang aku pernah involve dengan Arif ni adalah, aku pernah teman emak dia checkup di hospital. Ambil hantar sebab masa tu dia terpaksa kerja luar kawasan. Tahap tulah baiknya aku dengan dia.
Adik beradik dia? Agak susah aku nak cakap. Senang kata Arif ni datang dari problematic family.
Selain tu, aku pernah teman kakak Arif ni turun naik mahkamah untuk urusan perceraian. Aku juga pernah drive ditemani emak Arif untuk hantar anak sedaranya masuk asrama. Dari beli barang keperluan sampailah dia selamat masuk ke universiti.
Aku sebenarnya enjoy je tolong Arif. Yelah dia pun baik je. Banyak lagilah tentang aku dan Arif, ada yang aku dah tak ingat pun ada. Actually bukan dia je aku tolong kawan-kawan lain pun macam-macam aku tolong.
So mesti orang tanya, dah baik macam tu takkan tak ada perasaan kan? Sejujurnya memang tak ada.
Arif ni macam aku cakap tadi, baik sangat orangnya tapi dia garang. Aku selalu gaduh dengan Arif sebab dia panas baran. Dia ni the only friend yang aku boleh smash kalau dia buat hal. Hehe.
Dia?, kadang sentap, kadang senyap sehari dua. Lepas tu datang cari aku. Yelah, banyak pendapat aku yang dia guna pakai untuk urusan keluarga dia. Dah dia tak ada tempat nak meluah, aku juga nanti dia cari.
Aku tak pernah pun kisah dia merajuk ke apa. Dengan dia aku sangat jujur, and boleh direct je.
So dia pula macam mana? Tak ada perasaan ke kat aku? Hahaha. Setahu aku tak ada. Sebab aku yakin sangat taste dia bukan aku.
Dia ni sebenarnya ada je try orang lain. Kalau setiap kali hubungan dia dah masuk next step, dia akan cari aku. Kenalkan aku dengan perempuan yang jadi pilihan dia.
Aku perasan, bila dia dah start ada girlfiend, nanti kuranglah dia cari aku. Masa tu, lega sikitlah. Kalau dia putus, aku serabut juga. Nanti hari-hari dia luah perasaan sedih dia tu. Bukan aku cemburu tau. Cuma ada waktu aku pun sibuk juga.
Sampailah aku mula serious dengan suami aku, masa tu bakal suami. Tiba-tiba Arif berubah. Nampaklah dia macam tak suka dengan bakal suami aku.
Tapi bagi aku sangat tak adil sebab semua perempuan yang dikenalkan pada aku, aku terima baik. Tapi bila aku kenalkan bakal suami dia pula macam tak suka.
But, pedulilah kan apa perasaan dia. Aku yang nak kahwin, and dia pun tak pernah approach aku. So memang limit aku dengan Arif as kawan je.
Pernah satu hari tu, dekat-dekat aku nak kahwin dia datang cari aku. Rasanya macam seminggu sebelum kahwin kot. Masa tu dia tanya aku, “Awak memang tak ada perasaan kat saya ke?”. Jem aku masa tu. Lama aku diam. Last-last aku jawab, “ada as kawan je Arif. Tak lebih dari tu”.
Lepas tu Arif macam terus menjauhkan diri dari aku. Serius cakap aku tak kisah. Sebab aku pun masa tu tengah dilamun cinta dengan bakal suami aku. Hehe. Sampailah aku kahwin. Arif datang siap bawa mak ayah dia lagi. Itu last aku jumpa Arif.
Lepas naik cuti kahwin, aku dapat tau Arif dah pindah ke cawangan lain. Aku lega walaupun ralat juga dia tak bagi tau aku. Memang putus kawan terus. Fokus aku 100 peratus beralih pada suami dan kemudian anak-anak.
Sampailah tahun lepas Arif pindah semula ke cawangan aku. Terkejut aku nampak dia. Kami dalam department yang lain. So lain tingkat. Cuma dia ni buat macam tak kenal aku. Tak apalah. Itu lagi baikkan.
Sekarang ni ada benda yang tak berapa nak best. Pertama dia selalu perhati aku setiap kali rehat kat café. Aku sangat tak senang dengan cara dia. Takut timul fitnah pun ye juga. Sekarang aku sampai tak turun makan dah kat café dah. Memang sungguh-sungguh aku elak.
Baru -baru ni aku perasan, Arif akan tunggu dalam kereta sampai aku balik baru dia balik. Aku jadi perasan tu sebab, musim audit memang aku selalu balik lambat. Kadang sampai pukul 7 malam. So, sama aku gerak pukul 7 tu, aku nampak kereta Arif gerak balik.
Hati aku jadi tak sedap, aku cuba tukar-tukar waktu balik. Ye, Arif hanya akan gerak bila aku balik. Aku jadi lagi tak selesa. Dia dahlah buat tak kenal aku, tapi react macam orang psyco je. Aku tak ada kekuatan nak cerita pada suami aku pasal hal ni.
Minggu lepas, kereta aku rosak. So pergi dan balik suami aku hantar aku. Dan Arif masih tunggu diparking lot. Suami aku nampak dia dan salam macam biasa je. Yelah kawan isteri dia kan. Tapi nampaklah Arif ni menggelabah.
Baru ni aku discuss dengan suami aku kalau aku berhenti kerja. Tapi panjang jugalah kami kira-kira terutama soal persekolahan anak-anak. Yelah, hutang rumah kereta je dah berapa. Kalau aku berhenti, memang agak runcinglah masalah kewangan kami.
Aku sebenarnya buntu dengan Arif. Penat dengan cara dia. Seram sangat. Nak terus terang dengan suami tentang apa berlaku sekarang ni, aku macam belum ada kekuatan. Risau ada kesan pada aku dan suami. Nak cari kerja baru gaji dan umur pula faktornya.
Apalah Arif ni. Kan dah 15 tahun berlalu. Nak kata suka aku, boleh pula dia try orang lain. Tak pernah pula approach aku.
Aku ingat dia tak ada apa-apa perasaanlah. Kalau betul dia ada perasaan, mungkin masa muda dulu aku dah berhenti and cari kerja lain. Kenapalah sekarang dia jadi masalah aku.
Kalau pembaca ada cadangan kongsikan ye. Kalau boleh doa-doakanlah semuanya baik-baik. Aku sayang suami dan anak-anak aku. Sayang sangat. Aku bahagian dengan keluarga kecil kami walaupun kami tak sempurna. Tak naklah Arif jadi masalah dalam rumahtangga kami.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
first thing first kena bgtahu la suami berkenaan hal ni kalau tak nnti suami tahu lewat lagi dia terasa hati.. since sis kata suami baik, mesti dia faham situasi ni.. sebelum apa2 yg buruk terjadi dikemudian hari.. cadangan sy cuba la cari kerja lain, inshaAllah ALlah pasti tolong…
saya rasa dia nk kawan dengan awak balik , sbb dulu dia blah camtu je tpi dalam masa yang sama dia berhatihati sebab takkanla nk kawan dengan bini orang . Hm cari kerja lain ja lah,