Assalamualaikum admin & pembaca. Nama aku Dean dan ini kisah aku dengan bekas tunang aku, Elle.
Flashback sikit. Aku kenal Elle dari kecil. Selepas 12 tahun terpisah, kami jumpa balik di tempat kerja. Kami terus clicked, mungkin sebab pernah berkawan baik. Lepas tu kami rancang untuk kawin.
Aku happy masa tu sebab I’m going to marry my best friend. Date / marry your best friend, they said. It’ll be fun, they said. Fun, until it’s all over. Bukan sebab aku, dia, atau orang ketiga. Tapi keadaan yang tak mengizinkan.
Keadaan yang kalau aku fikir seribu kali pun aku tak pernah sangka akan menjadi penghalang hubungan kami. Aku jadi sedih yang teramat sangat. Aku pujuk Elle untuk stay dengan aku. Pada awalnya Elle setuju.
Tapi lama-kelamaan Elle putus asa, mungkin dia tak nampak masa depan kami. Hari-hari bergaduh walaupun niat asalnya nak berbincang.
Dah la gaduh, jauh pulak tu sebab masa ni aku dah pindah. Pkp lagi. Aku terpaksa mengalah dengan Elle walaupun aku tak sanggup lepaskan dia. Aku cuba teruskan hidup aku tanpa Elle.
1. Jaga hubungan dengan Allah. Sebab Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia. Mula2 aku perbaiki solat aku (wudhu, bacaan solat, khusyuk), tambah lagi solat sunat taubat, hajat, istikharah & tahajjud.
Susah sangat masa tu sebab walaupun aku mmg jaga solat sebelum ni, tapi aku dalam extreme sadness. Setiap hari aku usaha buat. Dan setiap kali lepas habis solat aku menangis semahunya.
2. Doa & zikir. Aku berdoa sungguh-sungguh supaya Allah tunjukkan jalan penyelesaian situasi kami. Aku doa agar Allah ringankan sakit yang aku dan Elle rasa.
Aku masih belum berputus asa walaupun kami dah tak ada apa-apa ikatan. Sebenarnya sebab sebelum semua masalah ni berlaku, aku rasa aku pernah dapat jawapan istikharah aku.
Aku, Elle, dan masjid. Jadi aku berdoa kepada Allah jika ada peluang walaupun sebanyak 0.001% untuk aku dengan Elle bahagia di dunia dan di akhirat,
Tolong la ya Allah buka dan tunjukkan jalan. Aku hafal banyak doa & zikir baru sebab aku nak baca jika teringat pada bila-bila masa.
3. Cari social support. Family, kawan, kaunselor (yang dipercayai). Aku masih simpan harapan untuk Elle, jadi aku tak nak family aku tahu punca masalah kami. Jadi aku cerita dengan kawan aku.
Nak dijadikan cerita. Satu hari lepas solat isyak, aku nak bangun untuk solat sunat. Entah kenapa aku letih, jadi aku duduk dulu di sejadah. Duduk dengan fikiran kosong. Aku ambil phone dan buka fb. Nampak post baru Elle.
Aku tekan profil Elle. Aku tengok gambar Elle. Tapi malam tu aku perasan tak rasa sedih langsung. Serius tak rasa apa2. Aku sedikit terkejut. Kemudian aku menangis.
Adakah ini maksudnya Allah telah keluarkan Elle dari hati aku? Aku menangis lagi sebab aku tak nak kehilangan Elle.
Tapi pada masa yang sama aku tetap bersyukur kerana Allah bagi aku rasa tenang dan angkat kesedihan aku yang dah lama aku rasai hampir setahun.
Aku cepat2 berdoa agar situasi ni cuma sementara, untuk bagi aku betul-betul sembuh dan bangkit semula. Lagi pun dah nak Ramadhan.
Aku harap aku dapat teruskan ibadah aku walaupun aku rasa grieving period aku dah mula habis. Aku masih lagi berdoa agar Allah pulangkan perasaan aku dengan Elle dan izinkan kami bersama nanti.
Andai kata pada penghujung Ramadhan nanti perasaan aku tetap sama, aku tetap doakan yang terbaik untuk Elle.
– Dean (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit