Moving On II

Untuk part I, (https://iiumc.com/moving-on/).

Assalamualaikum semua. Aku Dean. Terima kasih admin jika siarkan tulisan kedua aku. Ingatkan satu saja cukup la, tapi lepas baca komen, aku rasa perlu bagi penutup kepada komen2 yang bertanya apa puncanya.

Aku baca semua komen dan aku sangat berterima kasih atas doa dan cadangan dari pembaca untuk aku. Semoga Allah membalas kata2 yang baik dengan perkara yang baik2 juga untuk semua.

Pertama sekali, aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga pada Puan Suhaini Yusoff atas doa beliau yang sangat mengharukan.

Bila makcik cakap “kamu ni baik budaknya”, saya terus menangis baca. Walaupun makcik tak kenal saya, tapi makcik sangat yakin saya baik, terharunya.

Walaupun saya ni manusia biasa, bila orang cakap macam ni dia jadi lebih bersemangat untuk terus membuat kebaikan. Terima kasih makcik doakan jodoh yang baik untuk saya, aamiin.

Banyak orang minta makcik doakan juga lepas tu, haha. Aamiin aamiin. Semoga semua mendapat yang terbaik dari Allah.

Okay. Punca kenapa kami berpisah tidak dinyatakan kerana aku tak nak cerita panjang. Tapi kali ni, aku ceritakan juga seminima mungkin.

Cerita asal dia lebih berliku dan there’s always two sides of the story. Dan ini side aku. Aku harap semua tidak berkata kecuali yang baik2 saja.

Tak silap kan orang ada cakap yang kahwin tu atas 4 perkara, rupa, harta, agama, dan keluarga. Yang paling penting tengok agama.

Masa aku dan Elle bercadang untuk berkahwin, kami dah discuss apa yang kami nak, macam pros and cons la.

Rupa, dah rupa macam tu juga dari kecik tengok macam tu juga tak boleh tukar apa2 haha, asalkan sejuk mata memandang, atau bila tengok pasangan kau tu boleh nampak future yang menyenangkan jiwa, itu dah cukup bagi kami.

Next, kami dua2 dari keluarga yang sederhana. Baru nak membina tapak sendiri, jadi kami pun dah agree pasal ni.

Tak ada masalah. Agama, bukan la level terbaik tapi alhamdulillah dua2 solat wajib tak tinggal, settle. Last sekali keluarga. Keluarga mana yang tak dilambung ombak, kan?

Jadi kami discuss background kami, dan masing2 dah bersedia terima kekurangan dan kelebihan masing2, alhamdulillah.

Next step, bagitahu keluarga dan bertunang lah kami. Simple je. Ingatkan selesai dah cuma tunggu masa untuk kawin saja. Hubungan aku dan Elle baik2 saja.

Sampai Elle tiba2 bagitahu yang keluarga dia suruh batalkan sebab mereka dapat tahu sejarah keluarga aku.

Masa awal2 dengar tu aku cuba positif, keluarga Elle nak yang terbaik untuk Elle dan hal c***i ni masih taboo.

Jadi aku kena usaha buktikan mereka yang aku akan jaga Elle baik2. Mungkin mereka ingat aku saja nak berahsia pasal ni. Risau aku dan Elle akan menerima nasib yang sama.

Tapi keluarga Elle masih tak setuju. Aku terdiam masa tu. Elle cakap dia tak kisah tentang hal tu, sebab itu bukan masalah antara kami. Yang penting sekarang ayah mama aku masih berkawan baik, tapi masing2 ada keluarga baru.

Aku jadi tak keruan. Kalau lah sebab rupa tak berapa elok, atau kewangan tak berapa stabil, atau agama tak berapa bagus, aku sanggup berusaha demi aku dan Elle. Tapi hal yang ini diluar kawalan aku.

Aku dan Elle berusaha yakinkan kenapa kami ni good together dan harus diberi peluang. Tapi bila tak ada restu ni, masing2 jadi stress, lepas tu gaduh, lepas tu habis la macam tu.

Cubaan membaiki hubungan ni ibarat tikus baiki labu. Pada ayah mama aku, aku cuma cakap aku perlukan masa.

Aku tak sanggup keluarga Elle terheret sama dalam hal ni. Mereka nampak okay saja, lagipun aku dah besar. Adik2 baru aku lebih perlukan perhatian mereka.

Jujur aku cakap, aku tak pernah salahkan sesiapa dalam hal ni. Setiap keluarga nak yang terbaik untuk ahli keluarga mereka. Aku yakin Elle yang terbaik untuk aku. Tapi kami bertemu pada masa yang tidak tepat.

Mungkin pada masa akan datang ada jodoh aku dengan Elle, bukan sekarang. Setahun, 5 tahun, 10 tahun, aku cuma harapkan diberi satu peluang. Hari2 aku berdoa agar diberi peluang.

Tajuk cerita ni moving on bukan la sebab aku sendiri nak move on. Mungkin lebih sesuai tiada arah jodoh kita, haha.

Ini cuma apa yang perlu dilakukan supaya aku tidak terus putus harapan dalam hidup. Aku berharap agar Ramadhan ni membuka peluang baru yang aku harapkan.

Aku berdoa agar ibadah aku diterima dan bukan semata2 sebab Elle saja aku banyak buat ibadah. Aku betul2 nak improve agama aku juga.

Aku doakan agar semua pembaca mendapat nasib yang jauh lebih baik dari aku. Doakan aku juga ya. Assalamualaikum.

– Dean (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *