Mr Pan & Otaku’s Wife

Aku Mr. Pan. Sejak aku terdengar lagu Ragaman, terdetik pula untuk kongsikan kisah cinta aku yang tak seberapa sweet ni. Aku dah 7 tahun mendirikan rumah tangga. Kami sebaya. Aku kenal dia daripada forum thread gamers 11 tahun lalu. Zaman dulu, tak banyak sangat server2 game yang kau boleh join.

Aku masih ingat nama samaran isteri aku kat thread tu, Uchuu Keiji. Jadinya aku anggap dia ni mungkin saja lelaki. Tapi ada reply2 dia berbaur malaya sikit so aku detect dia ni melayu, so boleh jadi game buddy aku. Kemudian kami guna YM utk chat, semua hal2 game sebab dia kan “lelaki”. Pendek cerita, 1 hari aku ajak la dia lepak mamak, kawan dah berbulan2 tapi tak pernah jumpa. Dia reject bila aku ajak jumpa malam. Kemudian aku ajak lagi, waktu petang time tu. Dia Ok.

Aku tunggu lama gila. Dekat 20 minit. Aku mesej balik tanya mana dia. Dia kata dia dekat sana dah 30 minit. Aku tengok keliling macam tak ada pun, cardigan hitam dan shirt dalam grey. Kemudian ada awek cun lambai kat aku. Tak kan aku nak lambai balik, aku tak kenal. Dibuatnya lambai kat orang lain kan malu aku. Tapi baju dia sama yang dia cakap. Aku pergi dekat tanya, kau gaban kan? Dia ketawa. Ha saya la tu. Oh. Tergamam. Aku selama chat dengan dia hanya sembang biasa tak ada personal matters pun. Jadi aku tak tahu dan tak boleh kesan dia sebenarnya perempuan.

Start dari situ aku jatuh cinta dah. Mungkin juga sebab lawa. Tapi dia ni serius lawa dan simple gila. Easy going. Aku start chat hal personal dengan dia, macam orang yang baru nak start ngorat. Aku bagi hint dah banyak. Tapi ‘airhead’ gila. Nak cakap b*doh tak juga, sebab exellent dalam study. Aku tanya dia tak ada orang ngorat ke? Dia cakap tak ada sebab dia tak ladies2. Asyik pakai jeans, kemeja bhg luar dan shirt dalam. Dah macam lelaki. Jadi lelaki tengok pun tak sudi. Aku diam je. Sebab aku rasa tu bukan masalahnya. Akhirnya aku confess dan dia terus terima. Reaksi dia, NULL, 404 error. Tak paham juga aku.

Dipendekkan cerita, sampai jodoh kami kahwin. Mula2 kahwin macam biasa lah kejap gaduh kejap baik. Dia kerja goverment time tu. Aku swasta. Aku perasan selain game, dia ni suka baca online komik dan tengok anime. 3 tahun selepas kahwin, dia berhenti kerja (tamat kontrak). Aku time tu gaji sedang2 saja. Jadi tak ada yang pelik aku tengok pada dia. Hidup kami pun biasa je. Ada turun naik. Selepas 5 tahun kahwin. Aku dapat rezeki naik pangkat. Jadi gaji pun agak stable. Dulu aku bagi dia duit poket bersih 500. Dah naik gaji, aku double duit poket dia. Terpulanglah dia nak buat apa. Nak simpan atau nak joli.

Dia luaran nampak biasa. Tapi kat rumah, tuhan je tahu. Dia beli robot gundam pasang2 pastu buat hiasan. Siapa sentuh, dia akan moody sepanjang hari. Rak buku penuh komik mana beli aku pun tak tahu. Padahal selalu baca online. Membazir betul. Tu robot2 tu mahal mencekik. Aku dengar dia sebut Bandai je aku berpeluh. Minat dia ni pelik. Dia pernah hint nak buat cosplay. Aku pangkah siap2 warning siap2. Kalau berani mencabar, cubalah buat. Main game pun 1 hal. Tu belum tengok lagi dia minat laki anime macam aku ni diduakan pulak. Dia cakap bulan ni dia jumpa crush baru. Baru2 dia layan anime kelakar, dia punya gelak, tudia.. tak berhenti.

Sakit kepala aku melayan dia. Kalau akihabara tu dekat malaysia aku rasa dia ni tak tahu jadi apa. Tak berasap dapur. Tak boleh kutuk “boyfriend2” anime dia. Nanti die menjegil. Dia masih tak berubah sampai sekarang. Dan masih ‘airhead’ bila orang kutuk dia ke atau cakap dia anti-social. Dia jawab, saya bukan anti-social tapi cuma kurang bersosial daripada terlalu bersosial tambah dosa mengumpat orang tak habis. Baik layan anime sambil makan kuaci. Katanya.

Tapi disebalik tu, aku setia pada dia. Sayang gila pada dia. Seorang wife yang sangat unik tapi bertanggungjawab. Mula2 aku memang marah membazir duit beli benda tak guna tu. Boleh perang besar cakap hal ni. Tapi duit aku bagi dia, milik dia. Terpulanglah buat apa janji dia happy. Asal dia happy, aku pun happy. Rezeki aku, rezeki dia. Kalau perempuan lain beli mekap untuk cantik dan happy, dia pun sama juga. Beli benda yang boleh buat dia happy. Soal, bagaimana cara dia berfikir, aku sampai sekarang pun tak faham. Sekian…

– Mr. Pan

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *