Mr Tunang Narsistik

Assalammualaikum semua, aku nak ceritakan 1 cerita yang aku tau, tak da seorang manusia pun boleh selamatkan aku.

Terlebih dahulu aku kenalkan diri aku, aku seorang lelaki diumur pertengahan yang sudah mempunyai pekerjaan & tempat tinggal yang tetap hasil usaha titik peluh aku diusia remaja hingga kini.

Ceritanya bermula macam ni, bila usia sampai mencapai tempoh dewasa dan aku masih lagi belum kahwin, ahli keluarga aku mula bertanya tentang jodoh.

Akibat tidak tahan dengan bebelan oleh insan yang paling aku sayang (ibu aku la tu), aku pun mula pencarian, setiap aplikasi, setiap platform cari jodoh aku cuba cari dan aku kenal ramai manusia,

Aku tak mampu nak kira kerana terlalu ramai yang aku sudah kenal, dan ada beberapa orang yang aku suka.

Bila aku kenal sorang², aku excited mulanya, tapi bila dah lama kenal, aku perasaan tiba² perasaan aku berubah, sifat aku pun berubah automatik, aku abaikan individu yang aku kenal tu sampai la mereka bertunang/kahwin,

Bila aku tengok balik gambar/video mereka kahwin maka timbul la rasa erti penyesalan di situ.. Aku mula rasa sedih. Waktu ni aku masih tak kenal lagi sifat aku yang sebenar.

Dipendekan cerita, salah sorang individu yang aku kenal sebelum ni masih ada yang bujang, dan macamana kisah ni bermula apabila Mrs ni datang kenduri kawan baik aku (sebelum ni aku tak pernah jumpa dia depan-depan), masa tu juga aku tiba² terus jatuh hati, jatuh cinta…

Seorang wanita bertudung labuh, manis senyumanya… tak lama lepas tu aku mula hubungi Mrs ni semula, semasa aku contact dia.. aku luahkan perasaan aku, dan aku terus terang aku suka dekat dia.

Jeng… jeng….

Maka bermula la episode cerita semakin serius iaitu kami mula libatkan mak ayah kami, mak ayah aku dan dia bertemu muka dan berbincang,

Akhirnya keluarga Mrs terima aku dan setuju untuk benarkan aku masuk dalam keluarga dia. Jadi untuk pendekkan cerita.. kami pun bertunang..

Beberapa minggu sebelum bertunang tiba-tiba aku dapat rezeki berpindah ke kampung halaman aku yang dah lama aku impikan. Masa ni aku sangat struggle sebab perlu uruskan perpindahan & persediaan bertunang, hati pun dah mula kelam kabut masa ni.

Selesai saja bertunang bermula la kisah baru untuk aku dengan dia dan bermula lah juga kisah kehidupan baru, suasana pekerjaan baru aku di kampung halaman. Pada awal pertunangan ni hubungan kami sangat rapat dan sudah mula berbincang pasal kahwin.

Namun ku sangka panas berpanjangan rupanya hujan di tengah hari. Aku terlalu obses nakkan kehidupan yang selesa, jadi aku mula bazirkan wang dengan beli motor besar + rumah idaman (yang ni tak bazir, tapi salah timing)

Apa yang berlaku, aku hadapi masalah kewangan disebabkan perkara ni dan juga masalah kereta aku yang secara tiba-tiba rosak gearbox, jadi aku mula rasa tertekan.

Pada masa yang sama.. cabaran kerja ditempatkan baru juga makin mencabar, kerja-kerja dan tanggungjawab besar makin banyak digalaskan dibahu aku.

Dugaan aku tak cukup dengan itu, tukang binaan rumah aku buat masalah, pelbagai masalah ditimbulkan dan aku perlu bertengkar dengan kontraktor untuk pertahankan hak aku.

Bagai jatuh ditimpa tangga, cabaran aku ditambah lagi dengan ibu bapa aku hadapi sakit kronik serentak dan memerlukan komitmen dari aku dan adik beradik..

Pada waktu dan ketika itu, hati aku betul² luruh, 4 serangan cabaran dan serentak sehingga aku tak mampu nak fokus pasangan aku.

Penyakit yang aku belum kenalpasti sebelum ini mula datang kembali dalam diri aku, aku jadi individu yang negatif, aku mula abaikan tanggungjawab pada mak ayah aku dan salahkan adik beradik aku,

Aku mula abaikan pekerjaan aku, kehidupan aku makin tidak terurus dengan baik.. aku jadi overthinking dan selalu bad mood.

Hal ini mendapat perhatian Mrs tunang aku, dia sangat memahami diri ku, dia cuba bantu aku, dia cuba positifkan aku, dan aku mula bercita dengan dia masalah aku, dia terima kekurangan aku, aku mula kembali positif..

Aku cuba cari jalan, aku mula berniaga semula dan aku jual motor besar aku untuk selesaikan masalah kewangan.

Tetapi…..

Masalah aku tak selesai di situ apabila aku dapat tahu ibu bapa aku tidak sembuh walaupun sudah dibedah dan dapat pelbagai jenis rawatan di hospital dan klinik yang aku dan adik beradik bawakan.

Tekanan kerja juga makin meningkat, masalah pembinaan rumah aku juga tak selesai.. aku kembali menjadi negatif, kali ni dengan lebih agresif apabila aku mula cari kelemahan yang ada pada pasangan aku dan aku salahkan dia.

Tunang aku ni sangat penyabar, dia tetap positif dengan aku dan tak henti bagi sokongan dekat aku tapi aku tak dapat teruskan, aku minta putus sebabnya aku dapat detect yang aku memang tengah hadapi masalah yang aku belum kenal sebelum ni,

Setelah dapat rawatan di klinik dan carian dia internet, sifat aku ini sebenarnya dipanggil sebagai narsistik, iaitu penyakit mental yang menyebabkan seseorang individu itu hadapai masalah hubungan sosial dengan manusia lain tak kira la keluarga, kawan-kawan atau pasangan…

Aku sempat putus sementara dengan Mrs tunang, namun tak lama lepastu aku cuba pujuk dan kembali dengan dia, perkara ni berlaku berulang kali yang memakan masa berbulan hingga lah sampai trmpoh pertunangan hanya tinggal 3 bulan, namun kami belum buat persediaan untuk berkahwin.

Mrs tunang aku ni cuba bantu aku.. dia uruskan tempahan baju dan macam-macam persediaan.. namun aku masih tak mampu nak berubah, aku acap kali mencari kesalahan dan kelemahan dia, aku paksa dia berhenti buat pekerjaan sambilan dia,

Aku paksa dia rajin memasak (sebelum tu dia mengaku tak pandai sangat masak), aku paksa dia kempiskan badan. Sehinggalah satu hari dia berhenti mesej aku, aku masih dengan ego aku, aku abaikan dan turut tidak hubungi dia.

Tak lama lepas tu tiba-tiba rombongan dari Mrs hadir ke rumah mak ayah aku dan menyaksikan sendiri masalah yang aku sedang hadapi, namun sudah terlambat, Mrs sudah tawar hati, dan dia memulangkan kembali cincin pertunangan kepada ibu bapa aku.

Saat aku tahu perkara ini perasaan aku bercampur baur kerana hati aku luluh dan sedih bila putus tunang, pada masa yang sama aku lega kerana aku dah berjaya salamatkan manusia berhati mulia macam dia daripada hidup dengan manusia macam aku ini,

Banyak lagi sifat narsistik yang tak mampu aku nak cerita kan di sini, namun apa yang berlaku sebenarnya akibat dari kelemahan aku sendiri, aku tak bijak kendalikan segala masalah yang mendatang, dan akhirnya emosi aku tidak stabil..

Aku dah menyusahkan semua orang dikeliling aku, aku cuba contact bekas Mrs tunang namun tidak dapat respon, aku cuma nak selesaikan segala hutang yang aku sudah buat pada dia, aku nak bayar semula.

Aku tak salahkan dia, aku juga berasa lega apabila berjaya bebaskan dia dari cengkaman manusia narsistik yang hidup dalam diri aku ini, aku tak mahu hidup dia hancur disebabkan oleh aku. Dia juga datang dari keluarga yang baik,

Kepada ex Mrs tunang (H), awak seorang yang sangat baik dan penyabar, moga Allah kurniakan jodoh yang baik buat awak, awak layak insan yang lebih baik dari aku,

Aku tak kan lupakan seumur hidup pengalaman tentang kau, aku akan menyesal seumur hidup, namun aku akan bahagia lihat kau bahagia dengan insan selayaknya, Moga kau sentiasa dilindungi ALLAH.

Aku sudah tak mampu nak menaip lagi, air mata jantan aku jatuh bertimpa-timpa, aku manusia GAGAL! Maafkan aku mak ayah, maafkan aku Mrs tunang aku sudah kecewakan anda semua! AKU MR NARSISTIK YANG GAGAL!

– MR. Narsistik (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. You need help… As long as you sedar apa yg you buat tu salah and ade kaitan dgn mental issue then there is still hope for you to recover.. Cuba jumpa psychiatrist and dont let this miserable untreated cuz you have so much more to achieve in life… jgn sampai hilang kerja nnti bertambah2 masalah..

  2. biasala tu bro, hidup ni berliku. move on je. yg da lepas jangan dikenang. maju terus jangan toleh blakang lagi. ko akan dapat lagi better dari ni.

  3. kadang2 Allah nak kita tolong & take care family (mak ayah) dulu, dugaan yg dah lepas2 tu mungkin Allah nak kita lebih mengingatinya, dekat dengannya bila mana kita rasa hampir putus asa, kita kembali balik kepada Allah swt…Takde jodoh takpe..teruskan berdoa dan berusaha di samping memperbaiki diri (utk Allah). Kita tak tahu jodoh @ ajal yang datang dulu..Moga2 dipermudahkan urusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *