MUA Baru Nak Up

Assalamualaikum readers. Nama aku Suri. Aku baru jer beberapa bulan buat freelance makeup ni secara serius. Sebenarnya aku dah berjinak jinak dengan makeup ni dah hampir 6 tahun dah, tapi cuma makeup main main jela dengan kawan kawan. Makeup sedara kawen, camtu jela. For free, no service charge.

Sebelum aku aktif promosi makeup servis ni, aku ada la join 1 makeup class ni. Masa aku masuk kelas ni kiranya aku taklah zero langsung. Aku dah ada knowledge yang agak advance cuma nak mantapkan lagi. Makeup class ni untuk bridal dan yuran dia agak mahal. Beratus ratus. Tapi demi minat, sanggup la aku labur RM3000 lebih untuk pergi kelas dan beli barang. Barang nak kena topup tak banyak sebab aku memang pengumpul barang makeup. Paling penting, original.

Yang jadi isu aku asyik dilema ni bila cikgu makeup tu asyik nak educate aku untuk guna barang fake (dia kata ori tapi dia ingat aku ni tongong sangat ke apa). Start dari prepping muka sampai la ke akhir step, mostly barang dia guna hampir semua fake/inspired. Mula mula aku ingat “ohh masa kelas je kot, nak jimat sebab students pun nak guna sekali kan”, tapi sebenarnya tak! Dia memang guna barang barang tu semua untuk klien dia. Kalau aku personally, aku akan rasa tak berbaloi bila bayar RM500-700 sekali makeup tapi barang guna inspired je. Ada la few barang yang original tp boleh dikira kot.

Aku ni sebenarnya anti tau barang fake/inspired ni. Serius anti. Sebab masa aku mula mula berjinak dengan makeup, aku pernah SEKALI terguna barang fake dan muka aku naik rashes. Sejak dari tu memang trauma. Sebab aku memamg tak pernah sekali pun beli barang makeup dekat pasar malam/GM/kedai kosmetik murah ni. Barang barang aku dulu memang beli dekat watsons/sephora/beli direct US sahaja.

Aku akui teknik cikgu tu memang bagus dan tahan lama, tapi produk yang dia promote tu ada brand yang syubhah/fake/inspired. Aku pening sebab aku sendiri pun tak jumpa lagi produk yang sebagus mcm produk syubhah ni even brand mahal ratus ratus. Itu dilema aku sekarang, nak teruskan guna barang fake atau ambil inisiatif pakai barang original lain tapi tak pasti bagus ke tak.

Cari info kat youtube pun kadang kadang tak boleh pakai jugak. Nanti aku kalau tanya pilihan lain selain brand XXX ni kt cikgu tu, dah tentu dia tak bagi aku pakai barang mahal, dia suruh pakai barang murah (dia jual) tp bagus. Sebab aku penah tanya pasal pilihan lain untuk “barang” ni, tapi dia asek tarbiah aku. Panjang dia bebel. Haih.

Lagi 1, aku perasan cikgu mekap ni barang fake/inspired pon dia tak boleh beza. Sebab masa dalam group whatsapp (cikgu makeup dan students) beria ria la students dia backup barang fake ni adalah original dan barang original ni adalah fake. Aku cam adoi tak boleh blah betul la. Nak tegur nanti orang kata kita tunjuk pandai. So aku diam jelah. Lepas tu aku saja la copy paste info dari FB macam mana nak beza barang fake, diorang semua krik krik. Bukan niat aku nak cantas sesapa, tp info betul why not kita share kan?

And orang orang dalam group makeup ni semua jenis apa yang cikgu tu cakap, semua betul. Pakai barang fake (dia claim ori tapi fake) pun betul. Lagi 1, brand makeup dari china pun dia kata dari korea. Padahal terang terang kot tulisan cina. Brand kuat ciplak pulak tu. Aku dah study pasal brand tu dan aku rasa aku tak patot support part tu. Big NO NO untuk fake.

Ini baru cerita pasal prep muka, belum cerita pasal eyeshadow, shading bagai tu lagi. Haha. Tepuk dahi aku tengok barang beli kedai kosmetik murah.

Okay, itu ajelah cerita aku. Nak cerita kat kawan, kawan takde yang minat makeup. Haha.

– Miss MUA

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *