Untuk part I, (https://iiumc.com/muak-atau-cemburu/).
Sudah sepertiga malam aku masih membaca satu per satu komen yang dititipkan pada cerita aku tempoh hari. Terima kasih atas nasihat ramai. Sudah tentu aku cuba praktikkan.
****
Bermulanya cuti sekolah tempoh hari, kami telah pulang ke selatan tanah air iaitu tempat di mana suamiku membesar.
Sepanjang beberapa hari kami di kampung, cerita tentang Anis terjeda seketika.
Sehinggalah suatu petang, ketika kami sedang makan di satu majlis kenduri kahwin, suamiku mendapat panggilan.
Aku sempat curi melihat skrin telefon tertera “Boss”. Suamiku angkat panggilan dan beredar agak jauh daripada kami.
“Boss prank call tanya kenapa tak masuk kerja. Padahal dia yang bagi cuti lepastu dia mintak belikan ole-ole nanti” ujar suamiku tanpa aku bertanya.
Aku hanya mendengar dengan secebis senyuman. Hatiku berdetik, mesti akan ada nama Anis lepas ni.
“Saya dengar Anis dah ketawa mengejek tapi maybe dari jauh” sambung suamiku lagi.
Nah! Tepat sekali sangkaanku. Aku hanya berdiam sebab mak mentua duduk semeja dengan aku. Jadi nak taknak kena simpan dulu rasa marah.
Berhari-hari aku simpan perasaan yang tak tentu arah dengan bermacam-macam anggapan dan syak wasangka aku.
Aku cuba positive dan pesan pada diri untuk sabar. Nanti balik rumah sendiri, baru aku open table untuk berbincang heart to heart.
Nak dijadikan cerita, lepas je pulang daripada rumah mentua, suami aku demam sehingga hari ini.
Aku serba salah nak ajak berbincang tentang hal ni. Bimbangku hal remeh macam ni akan lebih memburukkan keadaan sekaligus menganggu kesihatan suami aku.
Jadi, aku simpan dulu niat aku untuk luah apa yang aku rasa.
Suami aku pulang dari kerja hari ini agak lewat sebab ot. Sempat lah aku berbual dengannya sementara menunggu lauk untuk makan malam dipanaskan.
“Harini makan apa lunch tadi?” soalku sepatah sedangkan dalam otak bermacam-macam soalan yang ingin aku tanya.
Dalam hati aku berdoa sangat janganlah disebut lagi nama Anis. Aku taknak perasaan syak wasangka terhadap suamiku semakin hari semakin mekar.
“Makan nasi campur. Boss belanja sebab kerja banyak harini.” ujarnya. “Anis yang belikan Boss cuma bayar je.”suamiku menghabiskan kata-katanya.
Seketika aku berdiam diri. Aku teringat semula komen-komen yang dititipkan pada cerita aku yang lalu. Hati, otak, lidah aku bercelaru.
Di saat lidah aku hendak menuturkan bermacam kata, hati aku berteriak untuk sabar. Takpe, sikit lagi. Asbab kau tak sihat je aku tahankan perasaan aku yang sekarang ni.
Tapi apakan daya, aku terpaksa meluahkan sedikit rasa. Sebab aku terbeban benar dengan rasa yang sekarang.
“Semoge suami saya cepat sembuh. Semoge juga saya wanita yang sama merasai kesenangan dengan awak. Jangan bersama saya waktu awak susah je.
Dan tolong jangan buat saya jeles dengan perempuan yang nama Anis sebab saya dah muak. Rugi tau kalau awak sia-siakan saya.
Saya boleh terima kekurangan awak daripada pelbagai aspek. Anis tu belum tentu lagi dapat terima awak. Saya ni dah terang-terang terima hidup susah sekarang dengan awak, bantu awak.
Sorry to say, awak memang kurang cerdik kalau awak cari pasal dengan saya. Awak tahulah apa nasib awak. sekali awak buat saya, seribu kali saya balas” luahkan dengan satu nafas.
Panjang aku nak cakap sebenarnya tapi aku risau kalau aku ikut emosi sampai keluar yang bukan-bukan.
Suamiku diam membisu. Mungkin baru sedar, perbuatannya benar-benar menyiksa jiwa sang isteri.
Atau mungkin baru sedar, kewujudan bidadari halal depan mata dia ni, wanita yang tak pernah persoalkan siapa dia, berapa gaji dia, apa tahap pelajaran dia.
Betullah, kata para komentar bahawasanya lelaki ni perlu teguran keras supaya mereka sedar daripada keasyikan dunia.
“Btw, esok saya nak mintak izin pegi Zus Coffee dengan..”
“Dengan siapa?” belum sempat habiskan kata-kata, dia dah tanya nak pergi dengan siapa.
“Workmate.” balasku pendek.
“Ada cikgu lelaki tak?” soalnya.
“Tengoklah kalau ada pun Cikgu Naim jelah.” Aku bedal je nama tah sesapa. Hahahaha. Puas hati aku.
“Jangan awak yang curang dahla” balasnya pendek.
“Belum apa-apa dah jeles ke? Saya tahu je nak jaga hati awak camne. Awak je yang tak tahu jaga hati saya.” Bidasku.
“Saya cuba elakkan nama Anis bila bercerita nanti.” Pelan dia membalas. Akhirnya dia akui juga!
Untuk malam ini, aku rasa beban yang aku pikul berbulan-bulan akhirnya lenyap. Aku harap takkan berulang dah episod mendengar nama Anis hari-hari.
Aku sangat berharap, rumahtangga yang aku bina bebas daripada orang ketiga. Aku rela menghadapi ujian kesusahan hidup berbanding diuji dengan kehadiran yang ketiga. Tapi, apapun hanya pada Allah aku berserah.
Kalian doakan aku dan keluarga kecilku ya!
– Afina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit