Muallaf

Hai . Assalamualaikum .
TQ kalau disiarkan ! maaf kalau sedikit panjang .

sy mulakan cerita .
abah sy mualaf atas bantuan mak sy . dapat hidayah dari sekolah lagi (before jumpa mak sy) . tapi abah sy tak bagitau siapa2 . dan abah sy mula cerita dekat mak sy pasal hidayah2 yg dia dapat . dengan bantuan mak sy . abah sy pun beragama islam . dan kemudian dorang kahwin .

nenek ian (mak abah) benci dekat mak sy . sebab nenek fikir , sbb mak laa abah bertukar agama lain . ini berdasarkan apa yg mak dan nenek lea (mak mak) ckp . sy tak berapa pasti betul atau tidak . family2 abah semua tak suka mak . sedangkan adik beradik abah . ada yg masuk islam jugak . tapi sejak sy lahir . family abah dah mula terima mak sy . sebab abah kira anak kesayangan . dan orang paling baik di antara adik beradik abah yg ada .

tapi disebabkan mak dan abah berkahwin di usia yang muda . berlakunya konflik dan berlakunya penceraian .

disebabkan abah dikelilingi orang yang bukan islam . dan tiada siapa yg mengajar abah tentang islam . tiada siapa yg bimbing abah . abah terjebak dengan benda haram . minuk arak , berjudi .

tak lama selepas itu , mak abah berjumpa lagi sekali setelah sekian lama tak bersua muka selepas berlakunya penceraian . jodoh mereka panjang . mereka berkahwin semula .

bila sy makin dewasa . anak mana yang tanak lihat mak abah dia berada di jalan yg lurus kan? walaupun sy tak baik . solat kadang tinggal . begitu jugak mak abah sy kadang solat kadang tak .

tapi bila sy rajin sy solat . dan tak pernah miss satu pun doa untuk mak abah sy .

sy minta Allah bagi hidayah . sy minta Allah bukakan pintu hati mak abah sy untuk jadi lebih baik . untuk mak abah sy jaga solat mereka .

“ya Allah , engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapa ku ya Allah . jauhkanlah mereka daripada azab api nerakamu ya Allah . ya Allah sesungguhnya engkau maha pemurah lagi maha penyayang . engkau sinari lah hati kedua ibu bapaku dengan cahaya dan hidayahmu . tetapkanlah hati kedua ibu bapa ku untuk terus berada di jalan yang lurus . berada di agama yang benar . yaitu agama islam . agama mu ya Allah . ya Allah . sesungguhnya engkau maha mengasihani . engkau lindungilah keluargaku dari fitnah2 dajjal . fitnah dajjal yg mampu menggoda dan meruntuhkan iman2 yang lemah ya Allah” dan banyak lagi sy minta dalam satu doa . sy tak pernah penat minta balik2 .

tapi sampailah satu hari . Allah kabulkan permintaan sy . sy tak pernah tgk abah sy solat . tapi satu haritu . sy lalu bilik mak abah sy . pintu bilik tbuka sedikit . dan sy nampak abah sy sedang solat . Allah . masa tuh . sy sedih gila . sedih bukan sebab sedih kecewa . tapi sebab sedih gembira .

sy pergi tandas . sy menangis dalam tuh . first time sy menangis sebab gembira mcm tuh . menangis umpama kematian yang kita syg . nangis sampai tersedu2 . sy pgg dada sy sebab sy rasa sakit . sakit bahagia .

dalam hati sy cakap “ya Allah . kau makbulkan doa aku ya Allah . engkau makbulkan doa aku” ulang balik ckp mcm tuh berkali2 . makin sy cakap makin sy nangis .

tapi bila Allah dah makbulkan apa yg sy nak . sy sombong dengan Allah . sy dah lama tggl solat . Allahu . tapi jauh dalam hati sy . sy mmg nak solat 5 waktu . tapi selalu tangguhkan . doakan sy untuk terus berubah kepada yg lebih baik ya !

dan akhir kata . sy cuma nak cakap . kalau seseorang tak pandai sesuatu . kita ajar setakat apa yang kita tahu . kita share ilmu yang kita ada .

tapi zaman sekarang tak . orang buat silap . orang buat salah . kita biarkan dorang tenggelam dalam kesalahan dorang . malah kita hina kita caci kita maki .

peringatan untuk diri saya dan diri orang yang sedang membaca

– gobox

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *