Aku memang sangat percaya dengan dunia ghaib dan aku sendiri pernah dengar pengalaman misteri tentang dunia ghaib ni, tapi tak pernahlah terfikir semua ni akan terjadi dekat keluarga aku sendiri.
Kejadian ni bermula dari tahun 2016, aku dan adik bantu parents uruskan business kecil-kecilan. Nama adik aku Hani (bukan nama sebenar), dia peminat setia karaoke apps jadi die ada geng dari apps ni yang dia kenal.
Ogos 2016, adik aku ni adalah bawak kawan karaoke apps dia ni balik rumah namanya Ruby, katanya kawan dia ni dah nak kawin tahun depan jadi die nak datang Kuantan hajatnya nak jalan-jalan sebelum dia kahwin tahun depan. Jadi dalam seminggu jugaklah Ruby duduk dekat rumah kita orang. Aku tak berkenan sangat dengan kawan dia ni sebab gaya macam sombong, tak nak tegur orang dan tak peramah, tapi tak pelah sebab die kawan adik aku kan jadi layan jelah.
September 2016, adik aku beritahu aku yang kawan dia (Ruby) yang haritu akan datang sebab nak tolong adik aku buat jualan online utuk business phone casing yang adik aku tengah buat sekarang, Adik aku kata tak sempat nak buat, jadi kawan dia si Ruby ni setujulah nak tolong. Ruby ni datanglah tolong adik aku dengan business phone casing ni, dalam sebulan jugaklah dia tolong adik aku. Lepas sebulan, dia pun balik la kampung dia.
November 2016, kebetulan masa ni pekerja kedai kita orang tu berhenti, adik aku cadangkan apa kata ambil kawan dia si Ruby kerja dengan kita orang lagipun Ruby ni tak ada kerja, boleh la bantu dia cari duit sebelum kahwin. Aku pun setuju jelah sebab aku nak cari pekerja segera.
Sepanjang Ruby kerja dengan kita orang aku memang tak suka bekerja dengan dia sebab dia ni jenis senyap dan tak reti bergaul dengan adik beradik aku yang lain. Satu lagi perangai Ruby ni dia suka belagak nak cerita kat semua orang yang dia pandai buat sales, aku tengok dia tu biasa-biasa je masa menjual tapi adik aku selalu puji dia melambung-lambung kadang-kadang naik menyampah jugak adik aku suka sangat tatang dia sampailah makanan dia pun hari-hari adik aku bayar dan dia memang tak pernah la nak hulur duit nak bayar kalau makan. Adik aku duduk dengan Ruby ni dekat rumah sebelah yang family aku sewa untuk letak stock barang kedai. Sejak berkawan dengan Ruby, adik aku dah jarang jenguk family, walaupun rumah yang adik aku duduk tu dekat je.
Keadaan jadi semakin tegang bila kita orang bukak dua cawangan kedai. Adik aku (Hani) dan kawan dia ni jaga cawangan pertama, aku dengan adik aku (Yaya, lepasan SPM) yang seorang lagi jaga cawangan kedua. Sejak jaga asing-asing ni aku jarang la berborak dengan adik aku (Hani) sebab malam-malam baru kitaorang balik rumah. Aku dengan adik aku Yaya, buat business sampingan sambil-sambil kita orang jaga kedai baru ni.
Adik aku (Hani) selalu marah adik aku (Yaya) untuk perkara yang kecik contohnya adik aku (Yaya) tegur sepupu aku (Nita) sebab tak sapu sampah, Si Nita ni pulak pergi bercerita dekat adik aku (Hani), tiba-tiba je adik aku (Yaya) dapat whatsapp dari Hani yang melenting bila Nita mengadu pasal adik ayu (Yaya) tergur dia. Dia ugut adik aku Yaya yang baru lepasan SPM tu untuk jadi pengurus kedai baru tu dan dia nak tengok mampu ke si Yaya ni uruskan kedai tu. Bila fikir balik kesnya pasal tegur suruh sapu sampah je pun, tapi adik aku (Hani) punya melenting macam si Yaya ni dah buat perkara besar je.
May 2017, kawan adik aku Si Ruby ni kahwin, so jadi kita orang lega la tak perlu berdepan dengan dia lagi sebab dia kan dah kahwin. Tup tup, lepas sebulan dia datang balik kerja sebab katanya ikhlas nak tolong adik aku (Hani) buat business, dengan suami dia sekali dia ajak kerja dengan adik aku (Hani), aku layan je lah sebab adik aku ni pantang kalau orang pertikaikan keputusan dia. Suami si Ruby ni nama dia Hakim, dia ni memang jenis sopan, macam lurus bendul pun ada dan ikut je isteri dia kata apa.
July 2017, sepupu aku Nita datang bekerja dengan kita orang dan sepupu aku ni rapat dengan Hani dan Ruby sebab dia orang kerja satu cawangan, dia pun duduk rumah sebelah yang adik aku (Hani) dan Ruby tinggal. Aku dengan adik aku (Yaya) selalu pesan dekat sepupu aku (Nita) supaya berhati-hati dengan kawan adik aku Si Ruby tu sebab kita orang rasa tak sedap hati dengan Ruby dan adik aku (Hani) tu pun makin hari makin regang dengan kita orang satu keluarga.
Oktober 2017, aku beritahu la kat adik aku (Hani) yang adik aku (Yaya) nak mintak cuti sebab adik aku si Yaya ni dah sebulan tak cuti. Lepas tu Hani terus melenting kata kita orang berkira la nak jaga kedai pastu dia terus cakap yang dia nak berhentikan kita orang dari kedai ni. Kita orang pun apa lagi orang dah halau memang bengang la kita orang pun malas dah nak berhadapan dengan adik aku (Hani) yang selalu back up kawan di si Ruby tu.
November 2017, adik aku pulak kahwin, masa adik aku (Hani) kahwin muka dia memang tak rela dan dia ada jugak mintak nak putus tunang sebelum kahwin, tapi family aku cakaplah benda yang kecil settlekan elok-elok. Aku perasan jugak yang masa adik aku kahwin dan tunang, si Ruby ni mesti tak ade, kadang-kadang balik kampung kadang kata ada hal. Si Ruby ni pun ada beritahu yang dia tak kuat nak hadir kenduri adik aku, aku dah musykil kenapa cakap macam tu.
Sepanjang perkahwinan adik aku selama 5 bulan tu rupanya dia selalu gaduh besar dengan suami dia dan dia selalu akan lepak rumah kawan dia si Ruby tu walaupun si Ruby tu dah ada suami. Aku tau cerita dia gaduh-gaduh ni dari suami adik aku (Hani) sebab adik ipar aku ni dah tak tahan dan tak tahu nak cerita kat siapa. Keputusan paling mengejutkan adik aku ni bila dia dah ke Jaip (Jabatan Agama Islam) untuk buat tuntutan cerai dan adik aku menghilangkan diri 6 hari sampai kita orang terpaksa buat laporan polis. Kita orang syak kawan dia Si Ruby dan suami Ruby bersubahat sebab dia orang sendiri mengaku yang die orang tahu adik aku kat mana tapi bila tanya tak boleh beritahu sebab katanya nanti adik aku marah.
Kita orang satu family tak sedap hati, jadi kita orang rujuklah perkara ni dekat ustaz. Ustaz tu kata “Adik awak ni dah terkena ni, kawan dia ni bukan sebarang orang, kawan dia ni beramal dengan ilmu hitam”. Kita orang semua terkejut dan yang paling mengejutkan bila ustaz tu cakap yang kawan adik aku (Ruby) ni sebenarnya lesbian dan dia jadikan adik aku ni sebagai mangsa untuk dapatkan duit dan nak pasangan perempuan.
Mungkin si Ruby berkahwin hanya untuk tutup yang di ani sebenarnya lesbian, patutlah Hakim (Suami Ruby), tak pernah marah kalau isteri dia Si Ruby dan adik aku nak lepak sebilik sampai ke pagi sebab suami si Ruby ni pun dah kena sihir jugak untuk ikut je arahan isteri dia. Adik ipar pun ade cerita yang dia ada jugak syak perkara ni sebab kadang-kadang si Ruby dan adik aku (Hani) selalu lepak dalam bilik adik aku suami isteri kalau adik ipar ni bekerja. Adik ipar aku perasan pun sebab terkantoi sebab dia orang tak perasan adik ipar aku balik, tengok-tengok si Ruby tu keluar dari bilik dia orang suami isteri.
Sekarang adik aku masih nak tuntut cerai dengan suami dia, tapi sekarang kita orang masih cuba untuk berubat adik aku dan sekarang kita orang memang tak bagi adik aku (Hani) ni keluar berseorangan. Ape yang merisaukan adalah si Ruby tu masih ada di sekitar sini, jadi kita orang takut dia masih tak berputus asa sebab ada juga kita orang suruh Si Ruby dan suami dia balik ke negeri asal dia orang, tapi dia orang jawab “Kenapa nak halau kita orang, itu hak kita orang nak mencari rezeki kat negeri mana”. Bila kita orang suarakan soalkan mengenai tentang sihir ni, Si Ruby memang tak mengaku dan sebaliknya dia mengatakan yang dia sebenarnya mangsa keadaan dan dia menyalahkan adik aku penyebab semua yang berlaku.
Jika kita pandang secara logik bila orang dah tak suka kita, kita mesti nak pindah lagipun bukan la dia tak boleh cari kerja dekat negeri dia. Tapi dia tetap nak duduk kat sini, ini semua mesti disebabkan ada hajat di hati yang belum dia dapat.
Terima kasih kerana sudi membaca cerita aku ni, dan aku harapkan semua pembaca dapat doakan yang terbaik untuk adik aku sembuh seperti biasa dan jauh dari kawan dia. Cerita ni pun boleh dijadikan iktibar untuk kita semua, hati-hati dalam memilih kawan sebab kita tak tahu apa niat sebenar kawan kita.
** Nama-nama di atas bukanlah nama sebenar.
– Lily
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit