Mudah Dapat Kerja

Assalamualaikum semua. Saya banyak kali terbaca tentang kisah-kisah graduan susah mendapatkan pekerjaan. Jadi saya nak berkongsi pengalaman saya.

Semasa sekitar 2007-2008, saya ada terjumpa dengan seorang pensyarah, beliau memberitahu, beliau amalkan solat dhuha setiap hari untuk murah rezeki sejak beliau bergelar pelajar lagi.

Apabila beliau habis ijazah, beliau dapat tawaran sambung belajar di bawah tajaan universiti dan seterusnya bekerja di universiti tersebut. Beliau sangat tekankan untuk amalkan solat dhuha untuk mudahkan urusan dan InsyaaAllah, Allah akan hadiahkan rezeki yang tidak disangka dan mudah dapat kerja.

Apabila saya setahun dua lagi nak habis ijazah, saya dah mula pergi temuduga di pelbagai tempat untuk dapat pengalaman. Saya anak orang susah, emak surirumah, ayah saya cuma bekerja sebagai guard, jadi saya rasa adalah sangat penting untuk dapat kerja segera selepas habis belajar.

Saya tidak lupakan pesanan pensyarah tersebut, saya jadikan amalan sehingga sekarang, jika ada masa saya akan buat solat dhuha sebelum pergi kerja. Jadual kerja saya flexible, jadi saya sempat sembahyang dhuha, sebelum ke tempat kerja.

Semasa tahun ketiga ijazah, saya praktikal, saya memang target untuk bekerja terus di situ walaupun syarikat tersebut syarikat terkenal, pekerja semua India dan Cina, Melayu ada seorang sahaja. Saya cuba rapat dengan semua, ambil hati semua orang, dan buat yang terbaik sepanjang 3 bulan di sana, sehingga Dr Pakar dan staff di sana baik dengan saya.

Selepas saya habis belajar setahun selepas saya praktikal, saya terus hantar semula keputusan peperiksaan terakhir ke syarikat tersebut, 2 jabatan kerajaaan, dan guru sementara.

Pada masa tersebut saya memang tawakkal sangat harap dapat lah sebarang kerja sebab saya nak tolong mak ayah saya. Alhamdulillah dengan izinNya, saya dapat transkrip bulan 5, interview bulan 6, saya dapat semua kerja yang saya pohon dalam bulan 6 tu juga.

Tempat praktikal tawarkan kerja atas recommendation seorang kakak India yang menyatakan saya boleh buat kerja dan beliau nak train saya buat kerja beliau, gaji masa tu dalam Rm1500 tetapi di situ ada oncall, gaji sebulan boleh cecah Rm3500. Saya penakut orangnya, saya beritahu mak saya, jika tak dapat kerja lain, baru saya ambil dan jika oncall, mak kena teman. Huhu.

Kerja kedua saya dapat pembantu di jabatan kerajaan tu gaji sedikit jadi saya tak nak. hehe. Disebabkan rezeki saya ada beberapa pilihan, jadi saya boleh memilih.

Kerja ketiga guru sandaran tidak terlatih, pada masa tersebut belum konvo, dalam 4 bulan saya akan dapat gaji SPM. Apabila ada ijazah, baru akan dapat gaji Ijazah, saya tolak juga.

Kerja keempat, bekerja sebagai pegawai di jabatan kerajaan. Akhirnya saya pilih yang ini.Alhamdulillah Allah sangat mudahkan, dalam seminggu sahaja selepas hantar permohonan, saya dapat kerja.

Benda pertama yang saya buat apabila kerja, saya buka akaun tabung haji mak ayah, pada masa tersebut, gaji pun takdalah banyak mana, tetapi saya potong gaji Rm250 untuk mak, Rm250 untuk ayah.

Selepas setahun bekerja, saya dapat tawaran sambung belajar Master dan PhD tajaan uni, dan kini saya bekerja di salah sebuah IPTA. Ini juga rezeki bagi saya, interview Alhamdulillah mudah sangat, dalam 5 minit sahaja, tetapi Allah tolong saya dapat kerja tersebut.

Apa yang saya nak kongsi, amalkan lah dhuha. Apa yang pensyarah tersebut beritahu, sangat memberi impak dalam hidup saya. Alhamdulillah Allah sangat mudahkan jalan saya sehingga ke tahap ini.

Di samping amalkan dhuha, jaga lah hubungan dengan ibu bapa. Saya sangat menjaga hubungan saya dengan mak ayah saya. Walaupun jauh, kami akan bercakap setiap hari di telefon beberapa kali sehari, sejak saya matrikulasi sehingga sekarang saya dah beranak pinak. Bila dah bekerja di uni, saya masih tak lupa memberi kepada mak ayah saya, Alhamdulillah sekarang dah boleh beri 4 angka.

Bila kita jaga hubungan dengan Allah, dan ibu bapa, I. allah akan luas terbentang rezeki kita. PERCAYA LAH.

Saya nak ingatkan juga, ingatlah rezeki takkan datang bergolek. Aktifkan diri sertai pelbagai aktiviti dalam dan luar universiti. Beribu graduan keluar setiap tahun, cuba sinarkan diri sendiri agar ia boleh di jadikan batu loncatan supaya majikan memilih anda.

Moga urusan semua kalian dipermudahkan.

– Dr iiii

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *