Mudah Jangan Susahkan

Assalamualaikum, mengikut kepada arahan so aku straight to the point je. aku anak sulung dan telah bertunang 2 bulan dengan lelaki sulung dalam keluarga, aku tak faham, zaman sekarang nih memang hantaran dan mas kahwin demand tinggi2 nih dah jadi trend ke eh?

al kisahnya, 2 bulan lepas aku bertunang. before tunang, aku ade je tanya parents aku pasal hantaran berapa dorang akan minta, parents aku kata 12k. aku dah kerut2 dah kening dahi semua.. sebab aku sebenarnye kesian kat tunang aku, dia anak lelaki sulung, bagi aku anak lelaki sulung nih, tanggungjawabnya sangat besar even atas tunang aku dia ada seorang kakak. mana nak simpan duit kawin lagi, nak bagi parents lagi, duit utk adik2 yang masih sekolah lagi,lepas tu nanti nak cari rumah untuk duduk lepas kawin lagi. tapi bila aku tanya kawan2 aku yang dah berkahwin, kata dorang 12k tu kira murah untuk seorang ‘degree holder’ dan 12k tu standard. masyaAllah..adat mana la yang korang ikut nih.

ok..masa hari tunang tu. actually aku cuma tau pasal bende nih selepas hari tunang. bila pihak lelaki tanya, berapa mas kahwin kene sediakan. kau tahu, parents aku letak 3k. sedihnya aku dengar.. tetibe aku rasa aku nih umpama barang jualan. bila aku tanya kenapa buat macam tu, kenape tak rendahkan je mas kahwin atau minta bagi barang which is barang kemas ke,telekung ke, kenapa kene minta 3k. jawapannya sebab sedara mara aku semua kahwin mas kawin nya atas 1k, tak ade yang bawah 1k, so malulah kalau rendah dari 1k. sedihnya aku dengar. kenapa kene ikut orang?

girls, makcik pakcik.. nikah tu kan sunnah. nikah tu kan bende yang baik. banyak perkara perkara buruk dapat di elakkan dengan nikah. jadi, janganlah demand yang pelik2. kan seelok eloknya mahar tu di rendahkan, hantaran tu tak payah la tinggi2. lelaki ada mak bapak yang dia WAJIB jaga, bagi aku seorang anak yang dah bekerja, bende utama dia kene buat lepas dapat gaji, asingkan duit untuk diberi pada parents. tapi kalau pihak perempuan demand pelik pelik, macam mana si lelaki nak menghulur duit pada keluarganya. macam mana nak menyimpan untuk kecemasan. macam mana nak menyimpan untuk future. janganlah demand tinggi2 sebab nak ikut2 keluarga la, jiran la,apela. nanti yang nak hidup susah senang sama2 tu yang nak bernikah, lepas kahwin orang dah tak ambik tahu dah dia hidup susah ke tak. yang orang tau nak mengate je. sebelum demand macam2, fikir dulu tentang orang lain. moral of the story aku nih, bende baik tu, mudahkan lah. kadang kadang perempuan tak kisah pun, lebih lebih lagi yang jenis memang bekerja ada income sendiri, tak kisah pon pasal hantaran ni, tak bagi pon tak pe. tapi kami perempuan tiada pilihan sebab kami juga ade ibu bapa yang menjaga kami dari kecik. so girls, kalau korang rasa parents korang melampau sangat letak hantaran, why not korang tolong pasangan korang. hmmmmm..dah lah lelaki lepas kahwin nak kene tanggung dosa isteri, itu pon demand hantaran,mas kahwin tinggi2.. kesian lelaki. sado kan lah hati korang wahai lelaki. aku respect korang yang berusaha nak halalkan anak dara orang. terima kasih!

moga urusan perkahwinan aku dimudahkan,kuat dan tabah harungi ujian2 sepanjang bertunang ni. amin. sesungguhnya, ujian kami banyak dari family. semoga post nih membuka mata orang sikit, tolonglah jangan disusahkan bende2 yang baik.
thanks membaca, assalamualaikum.

– Ani

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit