Mudah Terkejut

Hi, assalamualaikum readers semua. I’m 26 yo and I’m from borneo. Kini menetap di utara sebab berkahwin dengan orang utara.

Tujuan nak tulis confessions ni sebenarnya kerana saya betul2 tidak tahan lagi dengan apa yang berlaku pada diri saya. Saya sebenarnya tidak tahu yang saya ada lemah semangat sehingga suami mengatakan kepada saya bahawa saya terlalu lemah semangat. Selama ini personaliti saya berubah2 mengikut suasana hati saya. Maka saya confius dengan diri sendiri dan kadang2 rasa nak gila.

Apa yang saya perasan, saya menjadi orang yang sangat2 penakut bermula semasa saya berada di tahun 6 iaitu Setelah arwah nenek saya meninggal. Saya tidak tahu mengapa tetapi sejak arwah nenek saya meninggal saya menjadi orang yang sgt2 penakut. Sebelum meninggal saya memang sejenis orang yang sikit2 takut tetapi ianya menjadi2 setelah nenek meninggal.

Sejujurnya sejak saya melihat mayat arwah nenek saya jadi sangat takut sehingga terbawa2 dalam mimpi dan dalam mimpi arwah macam mengajak saya pergi bersamanya. Bila saya menceritakan kepada ibu saya, ibu saya hanya mengatakan itu syaitan. Sejak itu saya selalu menghayal dan termenung sehingga saya langsung tak makan. Hilang total selera makan saya.

Setelah seminggu, biasanya kan dulu2 buat tahlil dan beri makan pada orang yang telah mati. Nah, keluarga kami juga melakukan hal tersebut. Iaitu dengan cara me letak ayam rebus, minuman 7/5 rasa, dan beras kunyit di dalam talam kemudian talam itu diletakkan di dalam bilik si mati dengan harapan si mati akan datang semula untuk menjamah makanan tersebut. Rupanya acara tersebut adalah khurafat! Masuk University baru lah saya tahu rupanya acara tersebut adalah khurafat.

Nah, masuk seminggu tu sebenarnya saya sudah mulai demam. Demam berminggu minggu! Sehingga saya sesak nafas. Apa yang saya dengar melalui perbualan pacik saya dengan ibu saya, pacik mengatakan saya menjadi terlalu kurus, pucat dan bawah mata saya lebam. Orang kata mata panda. Itu yang saya dengar tapi masa itu saya hanya termenung dan pendiam. Saya Sangat2 takut mati waktu itu sehingga la kini.

Akhirnya makcik saya menyuruh ibu saya bawa saya berubat. Perubatan itu bermula setelah 3 minggu tidak silap saya. Saya dibawa ke rumah tok bomoh dan apa yang saya ingat, cara tok bomoh itu mengubat saya adalah dengan cara mengisi air suam di dalam gelas dan bomoh itu seperti membaca baca sesuatu yang saya tidak fahami.

Habis bacaan tok bomoh itu meludah ke dalam air tersebut dan menyuruh saya minum. Waktu itu saya langsung tak rasa geli sebab waktu itu saya dalam keadaan ketakutan melampau. Siapa pernah dalam keadaan ketakutan telampau pasti faham perasaan itu macam mana. Saya takut hantu dan saya takut mati. Macam2 saya terbayang2 sehingga 1 malam itu, keseluruhan badan saya menggigil ketakutan.

Dipendekkan cerita, waktu berlalu dengan pantas dan ketakutan saya semakin membaik. Malangnya masuk tingkatan ke dua, perasaan ketakutan melampau itu kembali menghantui! Allah, sengsaranya rasa itu. Apabila perasaan itu datang, saya akan jadi orang yang suka termenung dan Asma secara tidak langsung akan datang. Saya teringat ustaz kata, kalau mak ketenangan baca Al quran. Kemudian saya baca quran and its work. Saya tenang seketika. Tapi hanya seketika. Begitula sehingga kini.

Saya boleh katakan 6 bulan saya ok, 6 bulan atau bertahun saya akan berubah. Saya menjadi Sangat2 takut. Masalahnya sekarang, perasaan itu datang kembali. Sehingga saya takut berbuat baik dan takut mengamalkan Islam sebab saya takut mati. Astaghfirullahulazim. Orang kata orang yang buat baik ni kena ambil Allah cepat. Jadi saya menjadi sangat2 takut. Perasaan ni datang setelah saya baca cerita pasal acap. Korang mesti tahu kan kes acap yang viral baru2 ni.

Sebelum itu keadaan saya ok sangat. Tidak takut apa2. Tapi sejak baca cerita itu perasaan kembali menghantui. Saya sangat streess. Sehingga saya mimpi macam2 yang menakutkan. Apa yang saya perasan lagi, saya menjadi orang yang kuat berkhayal dan sangat mudah terkejut.

Saya menceritakan kepada suami, dan suami kata saya terkejut tengok mayat waktu tahun 6 lalu. Suami katakan nak bawa saya berubat takut saya terkena sakit jiwa. Masalahnya sampai kini saya tidak dibawa2 pun. Saya nak hidup macam manusia normal. Tolong saya Kawan2. Saya stress dan rasa nak gila Sangat2. Ketakutan ini melampau! Keterlaluan!

Siapa2 yang pernah alami macam saya, boleh tak bagi cara macam mana nak atasi masalah saya ini? Saya minta tolong jangan letakkan komen tentang cerita2 yang menakutkn kerana bila saya baca komen atau pun cerita tentang perkara yang menakutkan saya menjadi semakin takut dan merasa sesak nafas.

Saya mohon letakkan cadangan untuk mengubati masalah saya ini ya. Saya juga ingin tahu penyakit apa yang saya deritai ini. Terima kasih semua. Oh ya, Mohon mukhsin mohd jangan komen. Komen dia selalu kasar, ganas dan tidak membina. Thanks semua.

– Salehah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *