Mudahkan, Jangan Susahkan

Nama aku Kapten. Why orang panggil aku Kapten, mungkin sebab dulu aku tiap – tiap tahun jadi ketua darjah. So sebab tu orang panggil aku kapten. Aku ni kategori orang lambat kahwin sebab dah masuk 31 baru nak kahwin. Aku kenal dengan sorang wanita ni masa kat satu event ni. Kenal jer terus dia cabar aku jumpa mak bapak dia. Aku ni pulak entah bijak macam mana, terus jumpa mak bapak dia.

Pendek cerita, mak bapak dia bagi aku kawan dengan anak dia. Tak lama lepas tu, mak bapak aku jumpa dengan family perempuan ni untuk rundingan kahwin kami. Masa runding tu, hantaran letak tinggi. Aku jadi speechless time tu. Mak aku time tu pun speechless. Bapak aku jer yang dok runding. Aku masa dengar duit hantaran tu tinggi, aku dok calculate segala harta yang aku ada untuk kahwin ni. Harta aku punya k, bukan mak bapak aku punya sebab diorang tak kerja dah bertahun.

Nak dijadikan cerita, lepas mak bapak aku balik ke kampung, aku pergilah runding balik dengan family perempuan. Dijadikan cerita, dapatkan 12k all in. Since nak kahwin punya pasal, aku perah keringat tulang 4 kerat aku ni sampai tulang bahu aku yang pernah patah ni sakit balik semata-mata nak kahwin punya pasal. Aku dah calculate, busuk-busuk untuk kahwin aku kena ada dalam 20k semuanya. Tunang aku request nak gelang/rantai tangan. Aku pun surveylah harga berapa. Last aku jumpa gelang tangan macam gelang kat Vancouver dulu dalam 1.2k. So aku preparelah budget aku nak beli gelang tu. Yelah, orang kite sayang, mestilah kite nak kasi yang terbaik.

Nak dijadikan story, tunang aku nak gelang harga 2k. Terduduk bai aku dengar, memula gaduh jugak sebab aku budget 1.8k sebab nak kena bayar untuk kenduri side aku lagi. Time tu aku dah pikir nak gadai jer motor cabuk aku tu. Pujuk-pujuk okaylah gelang harga 1.5k. Sekali mak aku pulak tak berkenan sebab gelang nak kasi tu harga tinggi. Mak aku berkeras jugak sampai mak aku cakap kalau aku berhutang untuk kahwin dia, dia tak redha. Aku macam langit jatuh berapa puluh ketul atas kepala ni. Aku pujuk tunang aku, last-last dia cakap lepas ni dia tak mampu nak bantu aku. Aku jadi macam kusut jugak laa sebab nak kahwin lagi berapa hari ni.

Nasihat aku kat perempuan-perempuan, wanita-wanita di luar tu, korang kalau nak kahwin, aku mintak korang permudahkanlah bakal suami korang tu. Betul dia sayang korang, tapi korang jangan demand tinggi-tinggi sampai dia terduduk nak bagi kat korang. Aku tanya korang la, bangsa mana yang datang bawak falsampah lelaki kalau sayangkan perempuan kena habiskan harta yang dia ada untuk perempuan tu? Korang bila kahwin nanti nak hidup sama-sama bukan sehari dua, tapi bertahun.

Pikir panjang sebelum korang demand tu, pikir mampu ke tak bakal suami korang nak kasi kat korang. Korang mungkin pikir kahwin sekali jer seumur hidup, so tak salah nak demand tinggi. Tapi korang pikirlah, kerana demand korang tu, bakal suami korang nak tanggung bertahun umur dia. Korang pun try pikir on the same picture yang bakal suami korang pikir.

Nasihat aku kat bakal-bakal mak pak mertua, korang jangan jadi keturunan jual anak. Lelaki nak masuk minang anak kau, kau letak sampai berbelas ribu. Tu dah namanya jual anak walaupun dibaluti dengan nikah. Lepas kahwin, bukan kau yang pikul dosa anak kau, suami dia yang pikul dosa dia. Tergamak ke kau nak letak berbelas ribu duit hantaran hanyak untuk kau pindahkan tanggungjawab kau kat bakal suami anak kau? Pakcik makcik sekelian, kalau kau letakkan harga tinggi sebab kau bela dari kecik sampai besar tu, sama macam kau jual anak kau.

Sorry to say laaa brother, kalau lelaki tu setuju dan bagi duit hantaran tu, ko dah tak ada hak atas anak kau dah lepas tu. Jangan susahkan perkahwinan anak-anak kau. Tak kisah kau keturunan mana sekali pun, jangan jadi bangsa manusia yang menyusahkan urusan kebaikan. Kau tak malu ke letak harga tinggi untuk anak kau kahwin? Malu laaa pakcik makcik sekelian.

Aku harap korang kat luar tu, pahamlah mesej ape yang aku nak sampaikan ni. Lelaki ni bukan dia mengemis nak kahwin sebab nak seronok. Tapi dia nak kahwin sebab dia nak jaga orang yang dia sayang tu.

– Kapten Tersepit

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *