Hi korang, sempena hari yang barokah berbekalkan 30 minit yang berbaki kat kopitiam ni sementara tutup, aku nak sambung la citer sikit..pertama kalinya, nak ucap trimas tak terhinggalah sebab admin sudi siarkan cerita aku last time “Sangka Baik dan Jangan Putus Asa” moga menjadi dorongan buat kawan-kawan yang dilanda kebuntuan, patah hati dan mungkin kemurungan..
So hari ni, aku nak share cerita sikit…bagaimana aku tangani kemurungan hati waktu dilanda masalah kene terminate kerja, dengan takde duet, kawan pulak janji nak bantu terus tinggalkan aku terkangkang dan dengan mak aku terkejut pasal aku diberhentikan sampai masuk spital.Sebenarnya, asalnya nak tulis lain..Instead of spreading my hate to past people, I’ve been decided untuk ubah jalan cerita dan moga cerita ini beri inspirasila kat korang nak tangani rasa murung stress dan sembelit.
After my termination (dalam Feb 2016) aku memang terus blah dari unit tempat aku “dilamar” untuk bantu kerje penyelidikan dan urus geran..Dan kerana tempat ini banyak beri kenangan kat aku, memang agak peritla nak lupakan memori lepas. Sebanyak aku tak pernah diraikan ditempat kerje lama. Alangkan kene terminate pon mereka tak buat farewell party.
Bukanlah harap sangat, tapi dengan meraikan dan menghargai orang yang ada atau yang pergi, inshaallah hal itu akan berikan kekuatan pada orang berkenaan (jap ek..amek tisu kesat hingus..tacing tau I). Ada sampai satu masa, lepas termination itu, aku sembunyikan diri..Sungguh aku tak suka perasaan macam ini. Kene tinggal, gunapakai untuk kepentingan diri dan orang lain..padahal aku perlukan sesuatu untuk bantu aku, masa depan aku, keluarga aku..bukan janji coki-coki si polan si polan.
So, start from basic, zero..no money, no more so called sincere people, yang asal pungpang nak bantu aku smue hilang da macam beskut chipsmore (puih)..aku put smue trust aku kat Allah. “Ya Allah, aku ni sorang je Ya Allah, aku perempuan, aku takde suami, aku kat jalan kau dan kat sini aku takde siapa-siapa melainkan Kau Ya Allah, jadikan aku kuat dan sabar, bantu aku dari masalah ini” nak cerita apa yang jadi kat kawan-kawan aku yang pedajal aku masa lalu? Ada la bahagian mereka, itu urusan Allah..aku tak seronok pon diorg terkena kifarah rupa tu..moga Allah ampunkan mereka dan jadikan mereka orang yang ikhlas dan sabar.
So di bawah ini adalah antara aktiviti aku berhuhu waktu sem 1, yang menyebabkan aku punye sem 1 pon huhuhu..hahahahhaha..sorry ye Dr aka SV ku..aku betul murung waktu tu..la ni boleh la gelakgelak..SV pon da pindah sebelah bilik..selalu aku jenguk dia tanye kabo.hahahah:-
1)Main nano block lego-bunyi macam goblok kan??tahukah anda dengan bermain nano lego korang akan lebih fokus dan fikir lebih kreatif kreatis berbanding maen permainan android..Trust me bebeh..aku tak tipu..tapi bile tak setel..mmg boleh naik bebal gak..hahahah
2)Aku banyak bace blog agama dan motivasi..antara pilihan aku..AkuIslam.com, adalah sesetengah tu aku dengar tazkirah pasal ujian dan kifarah..semua tu untuk kuatkan diri supaya aku kuat dan masih percaya dengan buat baik, kalau aku tak dpt kat dunia, inshaallah aku dpt balasan kat akhirat.
3)Berniaga- waktu ni aku niaga macam-macam..ingat tak post last time aku cerita pasal keluarkan duet TH aku? aku keluarkan buat bayar kete waktu tu, sebahagian aku pusing niaga skincare produk yang diluluskan oleh Biro Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA ke apentah) waras lagi otak aku..hati aku memang rosak disakitkan orang, tapi takla sampai aku gamak nak rosakkan muke customer aku..aku jual tudung, jualkan jagung….so dengan niaga ni..aku jadi lebih tabah dan sabar..bile aku fikir..kire okla lagi aku niaga dgn naik kete..zmn dulu zaman nabi kita lagila..dengan panas terik naik unta..syukurla..kalau nanges pon nanges dalam kete..syukur la Rapeah
4)Make yourself busy, tapi jangan busy body..tu tak bagus..kawan dengan kawan-kawan positif..nak dijadikan cerita..aku terjumpe balik kawan lama aku waktu zaman aku mengaji kat skolah menengah..so mak cik ni banyak nasihat aku. “Rapeah, tak hina pon kalau kau makan sorang, gerak sorang. Kau nanti faham yang being alone ini akan buat kau lagi kuat. Adakala kene belajar gerak sorang, jangan bersama-sama ketiak geng sahaja..kalau time susah adakah ketiak-ketiak ini akan memerah keketiakkannya membantu kau? Kalau ada kau untungla..So..jangan sedih”..begitula kate Zubaidah (bukan name sebenarnya kepada aku)..
5)Solat, jangan tinggal..sebab Allah ada kata “Dengan ingat Aku, hati akan jadi tenang” maaf, Rapeah tak ingat surah mana..kalau x salah Surah At Tawbah..betulkan ye is Rapeah salah
6)Rapeah mula kerap balik, get close dengan family. Banyak masa aku share semua masalah dengan adik, dengan abah aku. Mak aku memang terkejut sampai masuk spital waktu termination aku..dan lagi sadis, aku tak dapat pun ganjaran kontrak, sedihnya perasaan tu terbawa-bawa sampai hari ini..
Adalah sedikit impian “if aku tak dapat ganjaran, aku harap sgt ad orang rekomen nama aku untuk APC”..tau x kenapa Rapeah nak dapat sgt APC..sebab dengan APC, at least aku ad sikit duet kocek, dengan APC lepas aku diterminate sekurangnya aku boleh apply kerje lain sbb ad pengiktirafan, dengan APC tu sekurangnya aku rasa dihargai lepas secure geran yang aku buat solo siang malam, yang tak banyak pon organisasi kat tempat aku ni secure..
Tapi..lain yang diharap lain pulak jadinya..sabar dan tabah sambil seka air mata..betulla kata orang “APC tu anugerah paling controversy..yang malas, yang culas..yang kerje pass orang tu yang dapat anugerah..siapalah aku nak nafikan rezki orang..tu milik Allah..sabarla dan melangkah”..ok aku dah menerawang ni melalut..
Cerita sikit pasal mak aku…sebenarnya die macam da ok sikit da…kira setahun juga kes aku kene terminate ni..die nampak da boleh terima dah suratan Illahi ni. “I was chosen by Him, I have to accept this fate, mak pun kene mak..kita kene redha mak.” mak aku da ok dah..tapi banyak masa aku share dengan adik aku yang bongsu dan ayah aku.
“Abah..akak rasa akak kalah abah..kenapa semua tak jadi macam akak rancang, kenapa orang yang akak paling percaya tipu akak, sakitkan akak..kenapa orang yang tak berhempas pulas dirai, kenapa akak diletakkan kat tempat camni..”
Abah aku pon balas “Rapeah, abah crite sikit zaman abah waktu jadi cikgu..waktu tu..abah muda sangat..bila abah nak bagi idea, orang tak mahu dengar..mereka perlekehkan..sampaila abah sambung belajar dan diletakkan semula kat sekolah tu sebagai HEA, waktu tu ada majlis dan senior abah kene berucap, abah jd pengacara waktu tu. Dan senior abah pun berikan ucapan..
“Terima kasih kepada saudara Kasim (sungguh bukan nama sebenar ayah Rapeah) benarlah kata orang, ada suatu masa benda yang kita ada tidak akan diiktiraf, dan bila sampai masa benda tu diiktiraf, saat itu kita bergelar juara. So, Peah, jangan sedih, apa Peah lalui, dan apa Peah ada ni mungkin tak diiktiraf lagi pada masa ni, tapi bila Peah diiktiraf, waktu tu Peah akan jadi juara” ayat abah..aku genggam sampai sekarang..biar jadi kekuatan menghadap bangsat perangai manusia yang menipu memanipulasi diri ini.
7)Bukan setakat itu, Peah kini mula berjinak-jinak dengan menulis kat confession ni..sebab Peah percaya, dengan beri orang semangat dan inspirasi, secara tak langsung Peah akan menjadi kuat dan positif.
So korang, mana yang hadapi stress kemurungan, mungkin korang ada cara lain selain cara Peah senaraikan..yang pasti, balik semula pada al-Quran dan Sunah..Peah memang bukan orang alim..tapi Peah percaya selagi subur bumi ini dengan kebaikan kita, inshaallah Allah akan tetap pelihara kita.
“Laut tenang, dapat ku renang, hati orang siapa tahu” itu lirik lagu..tenang, senyum kat wajah Peah ni..Allah je tau perasaan Peah setiap hari..Inshaallah semoga ada perkara baik yang Peah dapat dari setiap dugaan ini. Korang pon, jangan murung sedih, berduka lara lama-lama..tak elok..nanti takut sembelit..senyum, chin up and don’t give up!!
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)
Allah tak suke suki bagi ujian kat hambaNya,..semua sesuai dengan kekuatan masing-masing..berbahagialah saat diuji- Cik Ola Oli ku beri nama saudara saudari cikibom cikibom
p/s admin tq ye sebab sudi share..Peah bagi bintang kat admin! ^^
– Ola Oli kuberi nama saudara saudari cikibom cikibom
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit