Mudahnya Awak Tuturkan ‘Maaf’

Assalamualaikum dan Selamat Petang Semua.

Sebenarnya apa yang aku nak Confess Hari ini tentang percintaan dan aku dah baca tentang panduan yang admin buat, Aku tahu tak semua admin akan siarkan tapi kalau admin siarkan aku Ucap terima kasih banyak. Kalau tak takpe la cukup sekadar aku luahkan untuk puaskan hati.

Cerita bermula begini, Aku kesian tengok orang yang kena reject terutama pihak lelaki. Bukan lah aku nak pilih kasih terhadap orang lelaki sahaja, Aku tahu orang perempuan pun ada yang kena reject tapi majoritinya yang aku perasan orang lelaki dan perempuan sangat sikit bilangannya.

Sebab apa?

Sebabnya, first sekali kebiasaannya orang perempuan kalau minat seseorang dia akan pendam dan tak akan luahkan, sebahagian la. Aku tak kata semua, tak pasal-pasal aku yang kena attack nanti. Yelah biasa kita dengar orang kata nanti kena gelar perigi cari timba la ataupun dah kena tebuk tupai la (sorry kalau bahasa aku agak kasar).

Jadi nak taknak orang kata terpaksa la orang lelaki yang start dulu, lepas itu kan ko orang boleh bayangkan tak macam mana bila lelaki dah start luahkan yang dia minat kat seorang perempuan ini lepas itu kena reject macam itu sahaja. Pedih kot weyh serious pedih. Aku faham macam mana perasaan korang yang kena reject, i feel u bro sebab aku sendiri pernah rasa.

Jadi sebab benda ini la yang aku lebih fokuskan kepada orang lelaki, Lepas itu kan kalau korang nak tahu, aku tak boleh terima betul cara alasan setengah perempuan bagi untuk reject.

cliche sangat contohnya: Sorry ,tengah study lagi , awak jangan harap kat saya tau,dan macam- macam lagi. Kalau nak reject cakap sahaja nak reject terus tak payah nak berkias, kalau kias pun orang boleh faham dan itu still pedih. jawapan yang paling aku tak suka bila cakap sorry awak saya tak layak untuk awak. Aku paling pantang kalau orang duduk banding-bandingkan antara satu sama lain, yelah mana aku tak geramnya. Kenal perangai pun tak tahu sangat tetiba nak bagi jawapan macam itu. Ke sebenarnya kau nak cakap yang aku tak layak untuk orang baik macam ko.

Sudah-sudah la bagi jawapan yang biasa macam Itu terutama sekali yang part last tu. Why not cuba bagi jawapan yang lebih elok sikit contohnya : awak kita kawan dulu ye awak sebab saya pun masih belajar lagi, kerja pun belum kalau awak jumpa yang lebih baik dari saya takpe awak saya redha ataupun jawab la awak saya dah tanya mak ayah saya tapi mereka tak setuju dan tak restu, restu ibubapa itu kan penting.

Hatta walaupun kau tipu tapi untuk kebaikan menjaga hati masing-masing supaya tak terasa aku rasa tak salah, tapi lagi bagus kau tanya betul-betul supaya mengelakkan kau dari menipu. Maybe ada yang akan kata, itu bukan ke contoh macam bagi harapan? Bagi aku langsung tak sebab itu cara reject yang halus, pandai-pandai la faham sendiri kan dah kata kawan, lepas itu kalau jumpa yang lain , ha apa lagi move on la.

So, andai kata la lepas ini kan kalau orang-orang yang reject ini kena benda yang sama macam kena reject ke atau boyfriend curang ke itu korang kena muhasabah balik, maybe sebab alasan korang untuk reject itu membuatkan ko orang dikena ujian cash yang setimpal. Macam mana boleh setimpal pula? Yelah rasa pedih sama macam orang yang kena reject.

Kau reject sedap la tapi pernah tak kau fikir perasaan dan rasa orang yang kena reject itu? So, jangan salahkan takdir atau orang lelaki atau sesiapa tapi salahkan diri sendiri sebab balasan pada perbuatan kau. Dunia ini kan macam roda, kita biasa dengar kejap ada masanya kita di atas ada masanya kita dibawah.

Yelah, mungkin ada yang agak kurang setuju sebab kalau dah jodoh tak kemana, tak kan la nak mainkan perasaan ataupun bagi harapan or tunggu lepas itu tergantung itu kan lagi pedih. Betul memang aku tak nafikan tapi atleast kau kenal la dulu hati budi masing-masing, kalau nak kawan dulu pun tak kisah. Lepas itu bila kau dah cuba dan memang tak boleh ha baru la kau reject tapi reject dengan jawapan better yang aku beritahu kat atas tadi dan kalau boleh jangan la terus reject, ambil masa dah lama kenal tapi kau tak boleh tipu perasaan kau ha baru la reject, ini tidak ada yang setengah itu terus je reject, dibuatnya tetiba satu hari kau jatuh cinta kat orang yang kau reject dulu, lepas itu mula la nak cari ha time tu baru nak menyesal dah tak guna. tapi aku rasa benda ini sangat mustahil untuk berlaku.

Aku tahu ini semua berkaitan hati, kena jaga hati dan doa banyak-banyak. yelah apa yang aku confess ini just pendapat aku, terpulang pembaca nak terima atau tidak. oklah aku rasa dah panjang sangat ini, kalau panjang – panjang pun orang malas nak baca.

Sampai sini sahaja la dulu Confess aku untuk hari ini, segala silap dan salah minta maaf kalau ada yang terguris. Sekian.

Yang Benar

-Goliath-

– Goliath

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit